ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 May 2010

geran rizab melayu kg baru cuba di lacurkan...UMNO tergamak jadi pengkhianat bangsa ...!!!!




























Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional yang memberikan 40 peratus pemilikan hartanah yang bakal dibangunkan di Kampung Baru kepada bukan Melayu termasuk pelabur asing jelas menunjukkan penghinaan hak istimewa orang Melayu yang dijamin oleh perlembagaan kerana Kampung Baru selama ini telah diwartakan sebagai tanah rizab Melayu.

"Pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu kini bakal berlaku lagi di Kuala Lumpur

"Penduduk Kg. Baru seharusnya menolak cadangan pembangunan Kg. Baru jika inilah yang dijanjikan Kerajaan. Kita  tidak sanggup melihat anak-anak Melayu duduk berhimpit-himpit dirumah flat yang bakal dibangunkan Kerajaan sambil melihat mereka yang bukan Melayu menguasai 40 peratus hartanah disekeliling mereka

Bagi  kita ,  penduduk Kampung Baru seharusnya menolak cadangan pembangunan Kampung Baru jika inilah yang dijanjikan Kerajaan.

Jika melihat pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 untuk Kampung Baru, pemilik dan waris-waris Kampung Baru yang bersetuju dengan cadangan pembangunan ini akan dibenarkan menyewa atau memiliki rumah-rumah flat model baru yang akan dibangunkan di Kampung Pindah dan kampung Paya,

Manakala, kampung-kampung lain pula akan didirikan rumah kondominium dan premis perniagaan, manakala Kampung Masjid akan dijadikan sebuah taman.

Berdasarkan pengiraan kasar, 60 peratus hartanah yang tinggal untuk orang Melayu hanyalah melibatkan Kampung Pindah dan kampung Paya (rumah Flat serta Kampung Masjid (Taman Rekreasi).

Tiga kampung ini mewakili 40 peratus, baki 20 peratus lagi adalah Kampung Periok Sebahagian Kampung ini telah diambil kerajaan untuk membina jalan raya dan sebahagiannya lagi adalah tanah Kelab Sultan Sulaiman

Baki 40 peratus yang akan diberikan kepada bukan Melayu termasuk pelabur asing selepas dibangunkan adalah sekitar Kampung Atas A, Kampung Atas B, dan Kampung Hujong Pasir.

3 Kampung ini akan menjadi kawasan kondominium dan perniagaan utama.

Untuk rekod, keluasan Kampung Baru kini adalah 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian hartanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 menetapkan kadar RM270.00 ke RM300.00 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan pertanian, RM500.00 ke RM600.00 per kaki persegi bagi tanah perdagangan (komersial).

Apa yang menjadi kerisauan penduduk, majoriti geran tanah yang mereka miliki adalah bagi tanah kediaman dan pertanian dibawah peruntukan tanah rizab Melayu.

Ini bermakna, tanah-tanah mereka akan diambil oleh kerajaan dengan nilai RM 270-RM300 perkaki persegi sahaja,

Kerajaan juga bakal mengunakan kuasa mereka bagi menukar status tanah berkenaan setelah dibeli dari penduduk kepada tanah komesial dan ini akan memberikan untung 'atas angin' kepada pihak berkepentingan kerana nilai tanah komersial disekitar Kampung Baru kini berharga RM 1000-RM 4000 perkaki persegi.

Beberapa penduduk yang telah menjual hartanah mereka secara persendirian mengatakan bahawa mereka mendapat tawaran sekitar RM 1000-RM 4000 perkaki persegi dan harga itu jauh lebih tinggi berbanding yang ditawarkan oleh Kerajaan.

Inilah sebab kenapa penduduk sukar menerima pelan pembangunan ini.

Umno berusaha keras memujuk penduduk supaya mereka mengadaikan tanah mereka dengan harga murah

Malah pakej rumah Flat turut ditawarkan bagi mengelabui mata penduduk.

Kita  berharap Kerajaan menarik balik cadang membuka pemilikan 40 peratus hartanah Kampung Baru kepada bukan Melayu dan pelabur asing kerana di Kuala Lumpur ini hartanah milik orang Melayu semakin susut di bawah pentadbiran Umno-BN.

Kita juga mahu Kerajaan menawarkan harga tanah komersial kepada semua pemilik hartanah di Kampung Baru memandangkan tujuan kerajaan membeli dan membangunkan tanah mereka nanti adalah untuk tujuan komersial.

Kita  juga mahu anak-anak Kampung Baru bersatu dalam membuat tuntutan kepada kerajaan kerana kita tidak mahu melihat mereka menang sorak, kampung tergadai.

Juga  kita mahu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik menghormati ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali yang dipilih rakyat dalam menguruskan isu pembangunan Kampung Baru.

Beliau sepatutnya diberikan hak untuk bersuara dalam perjumpaan dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru pada Sabtu lepas.

Tindakan Menteri Senator yang menafikan hak beliau baru-baru ini tidak menepati tema program itu sendiri kerana Dr. Lo'Lo bukan sahaja hadir sebagai ahli parlimen, tetapi sebagai wakil kepada pemilik tanah yang beliau jadikan pejabat sekarang.

Pejabat ahli Parlimen Titiwangsa terletak di kampung Masjid, dan beliau berhak untuk tahu apakah yang Kerajaan tawarkan untuk tanah yang didudukinya sekarang.

Kita  mendesak Menteri Senator ini meminta maaf diatas kebiadapannya itu. Tanah-tanah Kampung Baru bukan dimiliki oleh orang Umno sahaja.

Ini bukan soal jual tanah parti, tapi ini adalah soal jual beli tanah rakyat dan orang Melayu.

Umno yang bangga mengatakan mereka pejuang Melayu harus menunjukan sikap mereka dalam mempertahankan tanah Kampung Baru dari dijual kepada orang bukan Melayu dan pelabur asing,.

Mereka hanya mahu gadaikan Kampung Baru.

Lihat sahaja kepada Projek Puncak Baru yang dilancarkan Tun Abdullah pada 2008.

Sudah dua tahun berlalu namun penduduk Kampung Baru tidak melihat apa-apa projek pun dibuat ditanah itu sekarang,

Sebenarnya  kerajaan tidak mempunyai wang. Mereka hanya mengharap pada GLC seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad. GLC ini akan mengunakan modal mereka kemudiannya mencari untung dengan menjual hartanah Kampung Baru kepada pelabur asing dengan harga berkali ganda.

No comments:

Post a Comment