ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 May 2010

Najib buat hak dan kedaulatan negara ini macam harta emak bapak dia punya....boleh gadai sesuka hati...!!!!

woiii...Najib ...hang jangan berlagak serba tau....!!!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar tidak berlagak seperti 'manusia yang serba tahu' sebaliknya harus merujuk kepada semua pihak sebelum membuat sesuatu keputusan melibatkan kepentingan negara.

Najib seharusnya berunding dengan semua pihak termasuk dengan Pakatan Rakyat sebelum menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

"Datuk Najib sebagai Perdana Menteri tidak boleh berlagak seperti dia malaikat, dan tidak boleh berlagak dia seorang manusia yang serba tahu. Kerajaan sepatutnya merujuk kepada banyak pihak sebelum membuat keputusan penting ini,"

Sebelum perjanjian dibuat dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Kerajaan seharusnya mewujudkan satu jawatankuasa khas parlimen yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik bagi membincangkan perkara ini.

"Sepatutnya kerajaan membuat perjanjian dengan Singapura, ia perlu dirunding dengan banyak pihak di Malaysia. Sepatutnya kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas di parlimen yang meliputi pelbagai latar belakang politik untuk kita memberikan input yang baik kepada kerajaan,"

Penyerahan tanah KTMB kepada syarikat usahasama itu bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri sebelum ini.

"Kita perlu melihat secara menyeluruh penyelesaian yang dibuat oleh Perdana Menteri kita dengan Singapura. Memanglah  sesuatu penyelesaian itu perlu dibuat oleh kerajan dalam kes tertunggak tapi apa yang penting penyelesaian itu harus berpegang kepada prinsip mempertahankan kedaulatan negara kita.

Najib harus membentangkan satu kertas putih di parlimen mengandungi penjelasan terperinci berhubung perjanjian yang telah dibuat dengan Singapura bagi membuktikan kejujuran mereka terhadap rakyat Malaysia.

"Perdana Menteri harus membentangkan kertas putih pada sidang parlimen nanti untuk memperlihatkan beliau jujur dalam hal penyelesaian berhubung Tanjung Pagar dengan Singapura. Jadi perlu dibentangkan secara terperinci apa penyelesian hasil perjanjian itu dan sebagainya.

"Kalau kerajaan tidak mahu membentangkan kertas putih bermakna kerajaan sebenarnya telah menjual kepentingan negara kita kepada singapura,"

Keputusan Najib itu sangat membimbangkan kerana sewaktu beliau menjadi anggota kabinet pada zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, beliau bersetuju menyerahkan dua blok minyak kepada Brunei yang mendatangkan kerugian kepada Malaysia.

"Kita sangat ragu dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan seperti usaha Najib sendiri selaku anggota kabinet pada zaman Pak Lah bersetuju menyerahkan dua blok minyak kepada Brunei yang tidak pun menampakkan ada situasi menang-menang, malah merugikan Malaysia,"

Kelmarin, Najib dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong bersetuju untuk membangunkan tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, dan memindahkan stesen keretapi itu ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP) menjelang 1 Julai 2011.

Tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah tambahan di Bukit Timah, yang kesemuanya berjumlah 271 hektar akan diserahkan kepada syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, yang akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini.

Sebanyak 60 peratus kepentingan dalam Syarikat M-S Pte Ltd akan dipegang oleh Khazanah Nasional Berhad, sementara bakinya oleh Temasek Holdings Limited, cabang pelaburan kerajaan Singapura.

No comments:

Post a Comment