ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

26 May 2010

Mahdzir Khalid cuba beli Lim Soo Nee’

Isu pembubaran DUN Kedah selesai dengan penegasan oleh tiga ADUN KeADILan dan seorang DAP bahawa mereka sekali-kali tidak akan melompat sebaliknya akan setia dengan kerajaan negeri pimpinan Dato’ Seri Azizan Abdul Razak. Mereka berucap di hadapan lebih 20 ribu rakyat yang membanjiri Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Dalam penjelasan yang panjang lebar bagi setiap ADUN tersebut, pihak media tali barut BN hanya memetik ‘luahan hati’ ADUN Kulim, Lim Soo Nee terhadap partinya dan kerajaan kerana kononnya tidak memberi ruang untuk perbincangan terhadap perkara-perkara berbangkit.

Exco kerajaan Negeri Kedah itu mengulas mengenai sebab musabab seseorang itu lompat parti. Ada faktor penolak dari dalam dan ada faktor penarik dari luar. Dia mahu memberitahu bahawa ‘faktor penolak’ juga penting untuk dikaji lalu mencadangkan supaya pemimpin parti mahupun kerajaan berbincang mencari jalan penyelesaian. Semua pihak harus sedar bahawa Soo Nee adalah mangsa manipulasi BN. Sewaktu belum ada wakil rakyat melompat, namanya bersama Tan Wei Shu (Bakar Arang) dan Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) telah tersenarai dalam spekulasi lompat. Sejauh mana setianya pun dia pada parti tetapi kalau saban hari asyik dicurigai rakan tertentu dalam parti, diajukan pula soalan-soalan yang mencabar kesabaran; letih dibuatnya. Pencetus manipulasi itu ialah BN yang sentiasa berniat jahat untuk memecahkan parti Pakatan Rakyat dari dalam. Jika ada yang termakan permainan licik mereka, sehingga wakil rakyat tertentu rasa tersisih dari parti, memang akan ada yang bertindak keluar parti walaupun tawarannya cuma seribu ringgit.

Soo Nee bercakap secara berterus-terang di hadapan ribuan rakyat dan pemimpin utama parti komponen Pakatan Rakyat. Ucapan tersebut agak menyinggung ramai pihak kerana beliau memilih untuk bercakap di medan terbuka, namun semua yang hadir mendengar dengan tenang. Tiada lontaran kata-kata kurang sopan dari hadirin mahu pun maki hamun. Itulah hebatnya Pakatan Rakyat.

Hanya sehari sebelum ini, Ketua Pemuda MIC iaitu sebuah parti yang menjadi rakan kongsi dalam BN dipecat oleh partinya hanya kerana meminta Presidennya, Datuk Seri Samy Vellu meletakkan jawatan. Ibulah bezanya antara toleransi dalam Pakatan dan ‘kuku besi’ BN.

Apa yang penting di malam penentuan sikap terhadap empat ADUN Pakatan Rakyat itu ialah mereka bertekad tidak akan lompat parti termasuk Soo Nee. Pemimpin BN, khususnya di Kedah sangat kecewa lantaran hasrat untuk menubuhkan kerajaan katak hancur berkecai. Bagi mereka penubuhan kerajaan katak adalah peluang terbaik mereka memerintah. Peluang untuk memerintah negeri secara sah melalui pilihanraya umum ke 13 nanti, amat gelap. Apabila nanti BN turut tewas di Pusat, maka BN di negeri akan hilang dari catatan sejarah.

Ada satu fakta yang lebih penting dari luahan hati secara terbuka ADUN Kulim tersebut iaitu pendedahannya perihal bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang bertemunya di sebuah hotel di Seberang Jaya. Soo Nee tidak menyebut dengan jelas peristiwa yang berlaku, tetapi semua hadirin faham bahawa ianya berkisar dari dakwaan sogokan yang cuba dibuat terhadap oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahdzir Khalid supaya melompat parti pada tahun 2008.

“Saya pernah ditawar (lompat parti). Saya sanggup tidak menjaga keselamatan saya membuat laporan dekat SPRM, berpakat dengan SPRM sewa bilik di sebuah hotel di Seberang Jaya dan memasang CCTV, rakaman semua dalam bilik. Saya ingat hari itu Mahdzir Kahlid kena dah (dakwaan rasuah)… tapi sehingga hari ini rakaman itu ‘ilek’ (tiada), tak tau mana pergi. Hingga hari ini juga isu itu (umpan untuk lompat parti) tak habis-habis,” jelasnya.

Ia adalah pendedahan berani. Pemuda Pakatan Rakyat sepatutnya membuat laporan polis terhadap SPRM yang gagal menyiasat dakwaan kes cubaan membeli ADUN yang dibuat oleh orang kuat Umno Kedah itu.

Isu tersebut pernah dibangkitkan oleh Datuk Seri Anwar di Parlimen. Bukan setakat kes itu tidak disiasat dan rakaman videonya ‘hilang’ tetapi penyiasat kes itu juga dilaporkan ditukarkan ke tempat lain. Bagaimanapun hal tersebut dinafikan oleh Ketua Pengarah SPRM yang lalu.

Menjatuhkan sesebuah kerajaan melalui rasuah adalah babak rasuah yang paling terkutuk di antara semua jenis rasuah. Jika kepimpinan negara boleh dijual beli, maknanya perhitungan maruah dan kewarasan sudah berakhir.

Kita sudah letih untuk bercakap mengenai SPRM yang sudah hilang kredibilitinya. SPRM, SPR dan PDRM secara sinis pernah dirangkumkan dalam watak komedi ‘The Three Stooges’.

Ini adalah pembongkaran kali kedua mengenai isu rasuah dalam masa terdekat di Kedah. Dalam Sidang DUN Kedah yang lalu, ahli-ahli Dewan dan pemerhati dikejutkan dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB Dato’ Ir Amiruddin Hamzah mengenai kos pembinaan logi pembersihan air di Padang Sanai, Kedah. Menurutnya kos anggaran membina loji air untuk kapasiti satu juta liter air ialah RM1 juta. Loji Padang Sanai yang dibina untuk kapasiti 50 juta liter sepatutnya cuma RM50 juta, tetapi kos pembinaan yang ditawarkan kepada kontraktor oleh kerajaan BN dulu melebihi RM150 juta. Kemana perginya RM100 juta duit rakyat yang dihasilkan dari keuntungan berlipatganda itu.

“Kerajaan tidak dapat memberi penjelasan kenapa kos pembinaan loji Padang Sanai meningkat sehingga lebih RM150 juta. Mungkin pihak di sebelah sana (pembangkang) dapat menjelaskannya kerana dahulu mereka yang menjadi kerajaan,” ujar Amiruddin dalam sidang DUN.

Lantas Mahdzir Khalid bangun menjelaskan bahawa dirinya tidak terbabit sebaliknya adalah angkara ketua kerajaan terdahulu yang sudah pun bersara. Angkara siapa pun, ianya tetap berlaku di zaman BN.

Rasuah dan BN sudah sinonim. Rasuah wujud selagi ada manusia tamakkan wang serta tidak takut akan dosa. Meruntuhkan BN sama mulia kerjanya dengan meruntuhkan rasuah dan kemungkaran. Tapi sebelum BN diruntuhkan, mereka merasuah rakyat dengan wang ringgit untuk terus mengundi mereka dalam pilihanraya. Jika rakyat kuat imannya menolak rasuah serta parti rasuah itu sekali, mereka merasuah pula wakil rakyat. Rakyat digulingkan secara tidak bermoral seperti di Perak.

Rasuah, ketamakan dan kebodohan sebahagian rakyat terus memilih perasuah; adalah rangkaian perisai kuasa BN. Sekarang ia nampak utuh tapi masa makin hampir untuk ia runtuh.


ZULKIFLI YAHAYA

No comments:

Post a Comment