ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 July 2010

khir toyol takut banyak lubang di selangor kambus dia dan istana balinya




Ketua Pembangkang Selangor , yb dr khir toyo bersunggut hari ini kenapa banyak sangat lubang yang dalam – dalam digali di Selangor ? Tak tau lah apakah justifikasinya MB Selangor kini ?

Mungkin beliau mempunyai serampang dua mata , disamping untuk mendapatkan keuntungan dari industrI pasir yang diambil , dan yang lebih penting barangkali untuk dijadikan sebagai kubur besar untuk meng'kambus'kan semua pemimpin – pemimpin UMNO berserta anak – beranak dan harta benda yang dia orang rompak selama ini kot , macam kubur – kubur besar yang wujud di Bosnia-Herzegovina di zaman pencerobohan tentera Serbia di Srebrenica ?

Barangkali dia risau kerana beliau diantara yang paling banyak rembat harta , projek dan komisyen di Selangor. Yb sdr khir tidak perlu lah bimbang !!! . Tapi kalau beliau risau kawan - kawan tak tau kat mana letak kubur besar untuknya bersama - sama hartanya , elok kalau satu lagi lubang besar digali berhampiran dengan istana beliau yang berharga RM24 juta.

Sensitif semacam saja dia ni , tak kan MB Selangor sekarang walaupun rupanya seiras dan seakan - akan , malah macam serupa dengan Radovan Karadzic mempunyai niat untuk menghapuskan etnik Khir Toyo !!!

Baca selanjutnya ,,,,,,,,,,,, Selangor bakal jadi negeri berlubang: Khir Toyo


2010/07/11SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor digesa menghentikan sebarang aktiviti mengorek pasir di tanah miliknya kerana dikhuatiri akan menjejaskan alam sekitar serta struktur tanah pada masa akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata Selangor bakal menjadi "negeri berlubang" sekiranya aktiviti melombong pasir di tanah milik kerajaan negeri tidak dihentikan segera. "Saya dapat tahu ada tanah milik kerajaan negeri dirobek dan dikorek sesuka hati sehingga meninggalkan lubang dan kolam yang besar. Terdapat pasir dikorek hingga 26.6 meter dalam. "Ini boleh memberi implikasi buruk kepada pembangunan negeri pada masa depan, terutama untuk aktiviti perumahan baru dan kawasan pertanian. Malah, untuk menimbus kembali lombong pasir itu memerlukan kos lebih tinggi daripada aktiviti mengorek pasir," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya hari ini.

Dr Mohamad Khir berkata, kerajaan negeri terdahulu (Barisan Nasional) hanya membenarkan aktiviti perlombongan pasir di tanah persendirian selain perlu mendapatkan kelulusan daripada 12 jabatan berkaitan bagi tujuan melakukan aktiviti itu.

Sehubungan itu, beliau mahu anak syarikat kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam perniagaan pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditutup operasinya dan kuasa pengendalian galian dan mineral termasuk pasir di Selangor dikembalikan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Katanya, ini kerana KSSB gagal meningkatkan pendapatan negeri dalam perlombongan pasir.
Sementara itu, tinjauan ke satu kawasan lombong di Kampung Bukit Changgang, Dengkil mendapati 20 hektar daripada kawasan lombong seluas 120 hektar itu sudah dikorek sedalam kira-kira 26.6 meter, hanya dalam tempoh dua minggu.

Lombong itu terletak hanya kira-kira 16.6 meter dari kawasan rekreasi Paya Indah Wetlands.

Seorang penduduk kampung itu, Bahaman Ahmad Jiman, 39, berkata penduduk menyedari aktiviti perlombongan di situ sejak dua minggu lalu.

Katanya, bilangan lori keluar masuk dari kawasan itu mencecah lebih 20 setiap hari


rujukan


ulitmayang

No comments:

Post a Comment