ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

13 July 2010

Motif Najib serah tanah kepada Singapura di curigai

Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus dicurigai rakyat selagi beliau sendiri enggan menjelaskan tujuan sebenar tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar diserahkan kepada kerajaan Singapura.

Selagi Najib tidak menjelaskan mengapa tanah itu diserahkan kepada Singapura, selagi itu rakyat terus sangsi dengan kabinetnya.

Tindakan Najib yang seakan menjual kedaulatan negara itu akhirnya banyak menimbulkan kesedaran rakyat, khususnya kaum Melayu sendiri.

Sewajarnya kita   menggandakan usaha menghebahkan kepada semua  rakyat  agar  dapat t mendedahkan kegiatan Najib yang melampau  kerana  menggalakkan campur tangan Singapura dalam perlaburan di Wilayah Pembangunan Malaysia (WPI) kebelakangan ini kepada rakyat.

"Najib minta kita sebagai  rakyat bersikap terbuka dalam isu WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) ini, sedangkan motif beliau berbaik dengan Singapura tidak pula didedahkan kepada kita dan rakyat.

Sehubungan itu, rakyat wajar mempersoal tindakan Najib memelihara kepentingan Singapura di wilayah komersial itu.

Lihat di WPI, apakah keuntungan yang rakyat dapat apabila tanah ini dibuka untuk pihak luar.

Berapa banyak premis di WPI dimilik oleh rakyat dan berapa banyak premis di WPI dinikmati oleh pihak luar

Dari itu  kita  mengajak rakyat semua mengetepikan fahaman politik masing-masing dengan kembali bersatu mempertahankan kedaulatan negara dari dikhianati oleh pemimpin UMNO-BN yang hanya mementingkan diri semata-mata.

Tidak ada jalan lain, kecuali rakyat tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang, sama-sama kita beri ingatan kepada pemimpin-pemimpin ini dengan  rakyat melakukan perubahan menggunakan kuasa mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Najib, petang semalam, dilaporkan meminta rakyat supaya bersikap terbuka dalam menilai tindakan kerajaan terhadap Singapura.

Jika kita mahu melihat Iskandar Malaysia dan Johor maju, kita mesti bersikap terbuka terhadap semua pelaburan," ujar beliau seperti dipetik dari Bernama.

Pelaburan di wilayah komersial itu seharusnya mementingkan keuntungan, sama ada hasil pelaburan Amerika Syarikat mahupun Singapura sendiri.

Apa yang berbeza di antara pelaburan Singapura dan Amerika Syarikat, tiada bezanya, asalkan menguntungkan," jelas beliau ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai, Johor Bahru.

Manakala, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sejak bulan lepas mendakwa tindakan Najib menyerahkan tanah Tanjong Pagar kepada Singapura adalah tidak sah kerana isu itu tidak pernah dibawa ke Parlimen serta diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

No comments:

Post a Comment