ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 July 2010

lawan tetap lawan...PKR terbit akhabar tanpa permit......itu permit punya undang2 manusia bikin...bukan tuhan bikin...

PKR Terbit Akhbar Dedah Kepincangan Felda

Parti Keadilan Rakyat tetap menerbitkan akhbarnya hari ini, walaupun Kementerian Dalam Negeri tidak memperbaharui permit Suara Keadilan setelah akhbar itu mendedahkan kepincangan dan keborosan dalam Felda.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Senator Syed Husin Ali mengucapkan tahniah kepada parti, penerbit dan pencetak atas kejayaan menghasilkan akhbar Keadilan.
Akhbar Keadilan 24 mukasurat ini mula diedarkan ke seluruh negara sejak semalam.
Ia terus memuatkan berita mengenai salah urus Felda di muka depan, selain memerinci tindakan KDN tidak memperbaharui permit Suara Keadilan dengan tajuk ADA Niat jahat.

Turut dipaparkan adalah urutan salah urus Felda yang antara lain di katakan faktor di sebalik rizab felda merosot lebih enam puluh peratus dalam tempoh lima tahun.
Sebelum ini Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengancam untuk mengambil tindakan ke atas Parti Keadilan rakyat sekiranya Suara Keadilan diterbitkan tanpa permit.

" Kita berharap pihak KDN tidak akan bersikap terlalu zalim dan bertentangan dengan hak asasi (atau) kebebasan kepada media untuk bersuara" ujar Syed Husin.
Suara Keadilan sebelum ini diancam tindakan undang-undang oleh Felda berikutan edisi akhbarnya sebelum ini menyiarkan laporan bertajuk "Felda Bankrap."

Lantaran artikel itu PKR sebagai pemilik, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd sebagai penerbit dan Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd sebagai pencetak disaman RM200 juta ringgit.
Semalam media turut melaporkan tiga lagi nama turut akan dikenakan tindakan saman iaitu bekas Timabalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Anggota Majlis Tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan Pengerusi Biro Felda PKR, Suhaimi Said.
Syed berkata Parti Keadilan Rakyat akan tetap menggunakan segala saluran yang ada untuk membela hak rakyat mendapatkan maklumat benar mengenai isu-isu yang melibatkan kepentingan awam.

" Saya hendak ucapkan tahniah kepada mereka yang berani mengeluarkan akhbar ini walaupun lewat sedikit" tambah beliau lagi.

TVS

No comments:

Post a Comment