ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 July 2010

Umno mimpi perpaduan selepas hilang majoriti

Mengapa pemimpin Umno baru sekarang beriya-iya benar mengharap perpaduan dengan PAS, sedangkan sebelum Mac 2008 perkara itu tidak pernah berbangkit.

Malah ketika itu tidak timbul langsung soal perpaduan Melayu seperti cuba diketengahkan hari ini.

Merungkai persoalan tersebut,sebenarnya  Umno baru bermimpi untuk berpadu dengan PAS selepas mereka kehilangan kuasa dua pertiga pada pilihan raya umum lalu.

Sedangkan sebelum ini Umno tidak memerlukan PAS. Jadi kita hendak tanya perpaduan yang dihulur sekarang ikhlas atau tidak.

Kalau beriya-iya benar hendak perpaduan mengapa dalam masa yang sama kerajaan pusat menafikan hak rakyat Kelantan ke atas royalti petroleum.

Mengapa perlu diwujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri ini. Begitu juga pengerusi Majlis Keselamatan Negeri di negeri Pakatan tidak diketuai Menteri Besar

kalau benar perpaduan Melayu diharapkan pemimpin Umno tentunya mereka tidak menyinsihkan Kelantan kerana bilangan penduduk Melayu lebih 95 peratus.

Namun berdasar kepada apa yang berlaku sekarang di mana diskriminasi terhadap Kelantan berterusan jadi kita tidak nampak perpaduan yang disebut pemimpin Umno sebagai ikhlas

Perpaduan dalam Islam bukan sekadar melibatkan satu bangsa sahaja, malah ia merangkumi semua kaum.

Turut di persoalkan  mengapa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran kepada kerajaan Kelantan selepas meluluskan enakmen hudud pada 1993.

Memperjelaskan kekeliruan dalam isu perpaduan , perpaduan hanya boleh berlaku apabila Islam menjadi prasyarat.

Sekiranya hanya diperjuangkan bangsa Melayu dalam lanskap politik di negara ini, bagaimana pula kaum-kaum lain.

Macam mana kita hendak ajak orang Cina dan India mendekati Islam, sedangkan orang Melayu hanya memperjuangkan bangsa sendiri seperti dilaungkan pemimpin Umno sekarang,

No comments:

Post a Comment