ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 January 2011

" HANG KEBUN " nak jadi setiausaha yang setia dan berusaha....muakakaka....sekali aku ketik berterabur gigi palsu dalam kelambu...!!!!

Bila Setiausaha tidak setia dan tidak berusaha




Nak jadi seseorang setiausaha bukanlah senang. Pertama dia mesti setia. Kedua dia juga perlu berusaha. Sebut tentang setia, nak setia pada siapa? Dan usaha pula nak usaha untuk siapa? Ini adalah soalan yang menarik untuk difikirkan bagi mereka yang suka berfikir walaupun sebenarnya perlantikan seseorang setiausaha bukanlah sesuatu yang menarik sangat untuk difikirkan oleh rakyat.

Selama ini pelbagai setiausaha dalam pelbagai organisasi dan juga kerajaan telah dilantik. Ada setiausaha akhbar dan setiausaha politik menteri yang cukup setia kepada menteri dan cukup berusaha untuk menteri tersebut sehingga diberikan peluang bertanding dalam pilihanraya dan akhirnya menjadi wakil rakyat. Ada juga yang berjaya dilantik menjadi anggota kabinet dan kemudiannya melantik setiausaha mereka sendiri.


Seorang penulis biografi tokoh politik pernah memberitahu bagaimana satu hari dia menelefon seorang setiausaha akhbar untuk mendapatkan beberapa ucapan seorang menteri untuk dimuatkan ke dalam bukunya. Dengan hendak tak hendak setiausaha akhbar menteri itu menyuruhnya menghubungi setiausaha politik yang kemudiannya menyuruhnya pula menghubungi setiausaha sulit.

Pertanyaan lazim yang ditanyakan oleh ketiga-tiga setiausaha berkenaan ialah apakah tujuannya dia mahukan teks ucapan boss mereka (seolah-olah teks ucapan itu termasuk dalam kategori dokumen terkelas walhal ia hanyalah teks ucapan kepada umum yang bukannya sulit apatah lagi rahsia sama sekali).

Dipendekkan cerita akhirnya setiausaha sulit menteri itu berjanji akan menelefon semula. Bagaimanapun janji tinggal janji sehinggalah penulis tersebut selesai menulis buku dan menerbitkannya.

Begitulah kisah ringkas beberapa orang setiausaha menteri yang setia dan berusaha sepenuhnya. Dulu dalam UMNO pun ada seorang menteri yang menjadi Setiausaha Agung kepada pertubuhan politik tersebut. Sementara dia setia kepada parti dan presiden, tetapi kadar usaha yang dilakukan agak dipertikaikan sehingga ada cawangan yang tidak berdaftar dan mengakibatkan badan siasah yang ditubuhkan pada 1946 itu terkubur atas perintah mahkamah.

Cerita-cerita mengenai setiausaha ini memang menarik. Satu ketika dulu ada kisah-kisah mengenai bagaimana adanya bos-bos yang menjalinkan hubungan sulit dengan setiausaha peribadi mereka. Tapi cerita semacam ini sudah basi. Skandal seperti ini mungkin masih berlaku tetapi orang sudah tidak hairan lagi kerana sudah ada cerita yang lebih sensasi, misalnya kisah bagaimana seorang bos yang berijazah-ijazah dan ada kedudukan dalam politik merogol pembantu rumahnya. Tapi dalam orang sibuk bersembang dan memperkatakan tentang perogol bukan-bersiri ini tiba-tiba masyarakat Malaysia sekali lagi dikejutkan pula dengan cerita hangat mengenai seorang manusia yang entah bagaimana dilantik menjadi seorang setiausaha kerajaan negeri.

Jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri itu nak dikatakan besar, bukanlah besar sangat. Sama sahaja pentingnya dengan jawatan Pencari Fail atau Pembantu Pejabat yang juga disebut sebagai Budak Pejabat. Cuma ada sesetengah mereka yang menjawat jawatan berkenaan merasakan dirinya sudah cukup besar atau sama besar dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat walhal kerja yang dilakukan adalah sama sahaja iaitu menjadi hamba kepada kerajaan negeri yang seluruh bajetnya, termasuk gaji Setiausaha berkenaan dibiayai oleh wang rakyat.

Oleh kerana wang rakyat terbabit dalam hal ini, maka tidak ada sebab mengapa rakyat tak boleh bising-bising apabila orang yang dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri itu tidak disukai oleh rakyat (iaitu rakyat yang diwakili oleh Wakil Rakyat, termasuk Menteri Besar, Ahli Berhormat DUN dan para EXCO).

Sepatutnya perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam negeri berkenaan sahaja dan bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Soal negeri, soal negerilah. Apa ada kena mengena dengan KSN yang sepatutnya hanya mengambil tahu perlantikan pegawai-pegawai Persekutuan sahaja.

Bagaimanapun atas sebab-sebab sejarah dan carta organisasi perjawatan yang disediakan oleh pentadbir British di Malaya satu ketika dulu, maka semua Setiausaha Kerajaan Negeri adalah merupakan pegawai Persekutuan kecuali bagi negeri Johor dan Kedah.

Mungkin Johor dan Kedah ketika itu enggan Setiausaha Kerajaan Negeri mereka dilantik dari kalangan Persekutuan. Macam tak logik sahaja, apabila jawatan tertinggi sesebuah negeri adalah jawatan Persekutuan dan bukannya jawatan Negeri.

Apapun sejauh ini tidak ada apa-apa masalah tentang perlantikan sedemikian walaupun prosidur perjawatannya adalah pelik dan tidak ada sesiapa dari kalangan pihak parti pemerintah yang membuka mata untuk membetulkan prosidur ini bersesuaian dengan masa. Dan sejauh ini semua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor seperti juga negeri-negeri lain yang menurut prosidur pelik ini membuat perlantikan masing-masing menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri masing-masing.

Di Selangor sendiri, menerusi Seksyen 52 Perlembagaan Negeri Selangor menyata dengan jelas bahawa perlantikan tiga ex-officio negeri iaitu,Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri hendaklah dilakukan oleh Perkhidmatan Awam Negeri itu. Oleh itu, dalam lain perkataan sekiranya perlantikan dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang lain daripada yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri Selangor itu, maka perlantikan tersebut bolehlah dianggap sebagai tidak sah dan terbatal.

Adalah tidak mungkin bagi KSN dan sesiapa sahaja dalam kerajaan yang bertanggungjawab ke atas perlantikan Khusrin Munawi tidak tahu peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Selangor atau tersilap menginterpretasikan ayat-ayat dalam Seksyen 52 yang ibarat sudah terang lagi bersuluh. Begitupun, umum perlu mengetahui betapa ada sesetengah manusia yang dilantik menjadi setiausaha kerajaan (termasuk kerajaan Persekutuan) menumpahkan taat setianya kepada parti yang menguasai kerajaan dan berusaha melakukan apa sahaja termasuk memperlekehkan undang-undang demi memuaskan hati pihak yang mereka menaruhkan kesetiaan tersebut. Mereka ini sama ada tidak faham perbezaan di antara kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan atau takut sekiranya kedudukan mereka tergugat.

Dalam kes perlantikan Khusrin selaku Setiausaha Kerajaan Negeri, bolehkah beliau menumpahkan kesetiaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk rakyat Selangor menerusi Wakil Rakyat yang dipilih rakyat. Atau apakah beliau tidak lebih daripada hamba kepada pihak yang telah melantiknya ke jawatan tersebut?


Shirzad Lifeboat

No comments:

Post a Comment