ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 January 2011

anwar yang demam atau najib yang pitam gagap dalam perdebatan...



kita mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak, supaya menerima pelawaan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat mengenai ‘Janji 100 hari Pakatan Rakyat'.

Kita percaya Perdana Menteri sepertimana yang dinyatakan baru-baru ini, mempunyai maklumat yang lengkap dan mampu berhadapan dengan hujah Ketua Pembangkang itu.

Najib mempunyai ramai pegawai-pegawai khas, Jabatan dan Unit yang mampu memberikan input penting dalam perdebatan ini dan kami percaya di akhir debat nanti, akan ada seseorang yang demam’ sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri,...

Debat itu penting supaya rakyat boleh menilai hujah dan fakta yang dilontarkan antara beliau selaku Perdana Menteri yang mewakili kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Jadi kita merasakan rakyat berhak mengetahui apakah kandungan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam buku Jingga benar-benar realistik ataupun retorik semata-mata. Perdana Menteri pula boleh mengemukakan hujah balas dengan mengemukakan apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh pembangkang selama ini terhadap rakyat...

Sepatutnya Perdana Menteri memandang isu perdebatan sesuatu yang baik kerana ia adalah amalan biasa di negara-negara maju bagi membuktikan siapa yang mampu memberi khidmat terbaik untuk rakyat.

Dengan perdebatan secara akademik, sihat, bernas, terbuka dan matang akan mampu membentuk budaya pemikiran positif dari kalangan rakyat Malaysia. Lagipun isu ini adalah penting yang melibatkan kepentingan rakyat Malaysia secara keseluruhannya,...

Sementara itu, akhbar dan media kerajaan di bidas kerana tidak mampu memberikan jawapan tepat mengenai isu ini sedangkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak pernah diberikan ruang dan peluang bagi menjelaskan janji mereka.

Perdebatan antara kedua tokoh negara ini bakal menjadi mercu tanda negara yang mengamalkan demokrasi yang sihat. Ia bakal memahat sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri mampu berhadapan dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat dan negaranya.

Rakyat pula akan mengenang dan menghormati Perdana Menteri Malaysia sebagai PM yang paling ‘gentleman’, berjiwa rakyat, tidak beretorik, dan berjiwa besar sekiranya penerima pelawaan debat ini...

Rakyat teruja nak lihat Anwar demam selepas debat dan najib akan pitam. Berbuih mulut pak menteri sudah tertulis dalam lipatan sejarah...

No comments:

Post a Comment