ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

27 January 2011

tiada maruah dan integriti ....calon UMNO-APCO prk dun Tenang di gesa tarik diri....Siakap Senohong Gelama Ikan Duri. Bercakap Bohong Lama-Lama jadi Menteri.....



Calon Umno-BN Mohd Azahar Ibrahim  di gesa agar menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil DUN Tenang atas alasan bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit itu berhadapan tindakan saman — berkaitan isu tanah — yang akan didengar bulan depan.  Mohd Azahar perlu berbuat demikian kerana akibat kecuaian dan kelalaian beliau ketika menguruskan hal tanah di daerah Segamat lapan tahun lalu.

Mohd Azahar ketika itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Akibat kecuaian dan kelalaian Mohd Azahar dalam menguruskan tanah di kawasan itu seorang penduduk di Segamat telah menjadi mangsa sehingga menyebabkan tanah tersebut dilelong kepada pihak ketiga.

Bagaimanapun keputusan mahkamah tidak memihak kepada Mohd Azahar.

Menurut Salahuddin, saman tersebut dibuat oleh pihak ketiga yang telah membeli tanah seluas lapan ekar yang berharga RM70,000.

Pendengaran kes tersebut ditetapkan 7 Februari ini di Mahkamah Tinggi Muar.

Mohd Azahar semalam berkata perkara tersebut telah selesai dan berkata beliau hanya bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan.

Bagaimana calon Umno-BN dengan mudah menyatakan isu tersebut sudah selesai sedangkan akibat kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa telah menyebabkan pembeli (tanah itu) yang membeli secara tidak sah menyaman calon Umno-BN, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan kerajaan negeri Johor sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno-BN dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan ke atas keempat-empat defendan, calon Umno-BN dinamakan sebagai defendan pertama dan kes tersebut telah didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar.

Bagaimanakah calon Umno-BN menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan ke atas calon Umno-BN dan tiga yang lain pada 7 Februari ini...

Demi menjaga imej dan kredibiliti Mohd Azahar perlu menarik diri.

Berdepan dengan fakta-fakta  satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno-BN untuk membersihkan nama jika masih ada saki-baki intergriti dan harga diri adalah dengan menarik diri sebagai calon.

Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan isu tuntutan RM1.5 juta...

Kita juga meminta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar memberikan penjelasan mengenai pemilihan Mohd Azahar sebagai calon Umno-BN.

Selain itu, menggesa Muhyiddin menjelaskan tentang penjualan tanah tersebut yang dijual di bawah harga pasaran.

Mengapa calon Umno-BN bagi pilihan raya kecil Tenang Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah penduduk? Mengapa nilai tanah yang di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?

Mengapa rayuan penduduk untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak dilayan oleh Mohd Azahar? Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku? Mengapa Mohd Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?

Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah tersebut? Mengapa Umno sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?...

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili Mohd Azahar.


Calon BN TEnang kata kes beliau telah pun selesai di Mahkamah. Namun dokumen-dokumen di bawah menunjukkan kes beliau MASIH BELUM SELESAI lagi di Mahkamah.

Kata orang tua-tua:

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri. Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri



No comments:

Post a Comment