ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

15 January 2011

besar punya pundek MAMAK UMNO nie....dah minta maaf pun nak suruh ADUN Komtar terjun dari tingkat 28...supaya ada prk...apa ko ingat boleh menang ke jika ada prk...????




ADUN Komtar, Ng Wei Aik akhirnya tunduk kepada desakan sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan memohon maaf kepada seorang pengusaha restoran.

Permohonan maaf kepada Syed Kassali Mohammed Aliyar itu dibuatnya pada sidang media di bangunan Komtar, pagi ini.

"Saya dengan hati yang ikhlas ingin memohon maaf atas ketelanjuran saya pada hari itu dan tidak mahu ia berpanjangan dan sudah sampai satu tahap perkara ini perlu berakhir tanpa sebarang pertikaian," katanya.

ADUN DAP itu melahirkan kekesalan kerana bertindak kurang sopan ketika mengiringi sekumpulan pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi ke atas restoran-restoran yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.



Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Pualau Pinang, Amir Ghazali yang menjadi orang tengah dalam pertelagahan itu berkata permohonan maaf itu bagi mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin lama di antara kerajaan negeri dan komuniti India Muslim.

"Menjaga baik usaha-usaha murni Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan para peniaga pelbagai kaum di Pulau Pinang.

"Meneguhkan semangat setiakawan dengan rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat, khusus merujuk kepada Ng Wei Aik," katanya.

Ng sehingga hari ini bertegas bahawa beliau tidak bersalah dan tidak pernah meluahkan kata-kata berbaur perkauman semasa kejadian itu.

"(Bagaimanapun Ng) memohon maaf sekiranya ada ungkapan atau kata-kata yang dikeluarkan dengan sedar atau tidak sedar yang menyinggung perasaan Syed Kassali, keluarganya serta rakan-rakannya pada malam tersebut," katanya.



Sebelum ini, Suara Anak-Anak Mamak Pulau Pinang dan beberapa pertubuhan lain termasuk Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) memberi amaran bahawa protes lebih besar akan diadakan hari ini pada jam 2 petang di Komtar.

Ng pada kenyataan akhbarnya menjelaskan tindakan penguatkuasaan dilakukan ke atas restoran-restoran di Gat Lebuh Macallum, George Town itu kerana kejadian 2 Januari lalu yang melibatkan dua buah kenderaan itu hampir meragut nyawa pelanggan-pelannggan restoran nasi kandar berkenaan.

“Tindakan penguatkuasaan diambil MPPP untuk mengelakkan sebarang malapetaka yang lebih serius akan berlaku pada pelanggan-pelanggan restoran serta menjamin kepentingan dan keselamatan awam.

“Tidak wujudnya unsur atau niat jahat untuk tindakan-tindakan tersebut diambil,” kata beliau sambil menambah, sebarang tindakan yang diambil oleh MPPP dengan niat murni atau tujuan yang baik perlu disokong oleh semua pihak.



Dalam operasi itu, kakitangan MPPP telah merampas meja, kerusi dan peralatan atau struktur yang menghalang di sepanjang jalan dan kaki lima.

Pertelingkahan berlaku dan Ng didakwa menggunakan perkataan "tutup kedai, balik India, terhadap pemilik restoran, Syed Kassali.

Sehubungan dengan permohonan maaf itu, Amir berharap tidak ada lagi pihak yang cuba mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh dengan meniupkan sentimen perkauman.

"Marilah kita bersama-sama hidup di dalam negeri ini dengan suasana muhibbah, kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang tinggi," katanya.

Bagaimanapun ada pihak yang dikatakan masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf ADUN Komtar Ng Wei Aik dan menuntut beliau meletakkan jawatannya sebagai setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.



Kumpulan itu juga mahu Ng mengosongkan kerusi Komtar kerana mendakwa ADUN itu mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman itu.

“Beliau mesti letak jawatan dengan segera, jika tidak kami akan protes,” kata penganjur protes itu, Abdul Ghani Mohammad Jiman yang juga adalah naib pengerusi persatuan peniaga Komtar.

“Jika tidak, kami tak peduli jika dia minta maaf, lompat dari tingkat 28 Komtar (pejabat ketua menteri) atau bunuh diri, kita akan terus berarak.

“Jika dia lompat dari tingkat 28... kita akan ada pilihan raya kecil.”

No comments:

Post a Comment