ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

05 September 2009

Apa kedudukan bukan Islam sebagai ahli PAS

Isu keahlian bukan Islam dalam PAS terus menjadi topik perbincangan khasnya di kalangan anggota Kelab Penyokong PAS (KPP) sejak kebelakangan ini.

Ini kerana, mereka yang tidak sabar-sabar untuk menyertai parti Islam itu merasakan PAS terlalu perlahan dalam menguruskan isu ini.

Namun bagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, ia tidak menjadi satu tekanan kepada partinya.

Bahkan sejak dari dulu lagi perkara ini menjadi perhatian seluruh pimpinan PAS semua peringkat. Ia kini sedang diperincikan dengan serius dalam satu jawatankuasa khas yang ditubuh melibatkan individu yang pakar dalam perlembagaan PAS termasuk Pengerusi Kelab Penyokong PAS sendiri.

Antara perkara menjadi agenda utama dalam jawatankuasa tersebut ialah tentang masa depan kelab yang terdiri dari pelbagai kaum dan juga pandangan-pandangan serta hujah-hujah diketengahkan mereka.

Salahuddin memberitahu, secara formalnya segala elemen berkaitan perkara tersebut telah diteliti di peringkat PAS pusat dan menunggu ianya disahkan oleh Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS, sebelum dibuat kata putus secara kolektif.

Beliau berkata demikian kepada wartawan The Malaysian Insider di pejabatnya petang bagi mengulas permintaan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kebangsaan, Hu Pang Chaw, berhubung perkara berkenaan.

Rasional Pang Chaw membuat permintaan itu berdasarkan sifat optimistik dan survival kelab terhadap hambatan dilema yang memungkinkan sekiranya suara kaum tersebut tidak diambil kira di samping lain-lain hak juga gagal diadili secara saksama atau dipinggirkan setelah menyertai parti itu.

Menurut beliau, masyarakat bukan Islam, lebih-lebih lagi kepada seramai 20,000 ahli kelab tersebut di seluruh negara secara profesionalnya juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh selain suara dan pandangan mereka akan diterima oleh parti itu.

Pang Chaw berkata demikian ekoran kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang mengatakan bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.

Serentak dengan itu juga beliau menegaskan kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu, dan kebetulan pula cadangan tersebut sudah lama dibincangkan.

“Jika ianya sesuatu yang serius maka wajar perkara ini disegerakan dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai PAS,” katanya.

Salahuddin bagaimanapun tidak menafikan keperluan kepada mempercepatkan perkara ini. Sebab itu PAS sentiasa mengambil tindakan proaktif dengan menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji tentang struktur, implikasi perlembagaan dan perundangan dalam PAS itu sendiri.

“Jaminan yang diminta itu kita tengok dan kita kaji, kita akan sesuaikan tuntutan mereka bersama dasar perjuangan kita. Sebab itu perlu ada satu jawatankuasa untuk mengkaji tentang perkara ini,” jelas Salahuddin.

Retreat PAS di Alor Setar sebelum ini telah membincangkan dengan terperinci cadangan keahlian bukan Islam ini. Secara dasarnya, peserta yang terdiri dari semua pimpinan utama PAS itu bersetuju menerima ahli bukan Islam sebagai ahli PAS.

Namun, di manakah kedudukan mereka dalam Perlembagaan PAS perlu dikaji dengan teliti. Hasilnya, jawatankuasa khas ditubukan bagi mengkaji cadangan itu.

Mohd Zuharman



penyapu sial


adakah bukan islam yang ingin menjadi ahli PAS benar-benar memahami atau ingin mempelajari dasar PAS yang bertunjangkan Islam. jika mereka menerima dengan hati terbuka maka bukalah pintu seluas-luasnya. agar nur Islam dapat diterima semua umat manusia.

No comments:

Post a Comment