ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 September 2009

Perlukah guna istilah 'P***mak* untuk jadi Pahlawan?

Salam,

Saya adalah pengguna internet yang agak kecewa dengan perkembangan politik tanah air sejak akhir akhir ini. Namun saya tiada pilihan lain memandangkan kemudahan internet sekarang ini sudah semakin berleluasa dan ianya harus diguna sebaik mungkin. Apa yang saya rasakan sekarang adalah, membaca berita politik tanah air adalah sama rasa nya seperti melayar laman web porno. Perlu berhati hati.

Sejak akhir akhir ini muncul nya istilah ‘P***mak* yang semakin sering digunakan di dalam pergolakan politik. Saya tidak tahu mengapa. Mungkin hanya ada usaha sekadar manafikan keahlian parti tapi tiada tindakan yang dikenakan kepada individu tersebut.

Saya amat serba salah untuk mendapatkan informasi berita tentang politik Negara apabila saya rasakan bahawa untuk membacanya sahaja perlu berhati hati dan memastikan anak anak tiada bersama ketika layaran dibuat.

Pernah sekali, anak saya bertanya sambil merujuk kepada imej sepanduk yang dipegang oleh satu kumpulan yang tertulis ‘P***mak’. Saya tiada alasan lain selain dari memberitahu tentang maksud istilah tersebut. Maka terkebil kebil mata anak saya menerima jawapan dan saya sendiri berasa serba salah selepas itu.




Permulaan penggunaan bahasa porno telah dibuat ketika satu kumpulan yang saya tidak mahu menyebut nama kumpulan mereka bermonstrasi di Perak baru baru ini. Dimana berita di MStar sendiri memaparkan photo sepanduk yang tertuis “P***mak*yang diusung oleh ahli ahli mereka dengan bangganya. Ianya tidak boleh dinafikan kerana berita itu tersiar di dalam laman web berita aliran perdana sendiri.

Saya berharap tindakan itu adalah tindakan yang terakhir, tetapi malangnya, seorang dari mereka yang terbabit dalam Dailog Tentang Kuil di Selangor baru baru ini turut menyebut perkataan yang sama.

Persoalan yang timbul adalah, perlukah saya menggunakan “P***mak* hanya untuk dikenali sebagai pejuang bangsa Melayu? Kalau itulah hakikatnya, maka selepas ini tidak hairan sekiranya semakin ramai yang akan turut menggunakan kaedah carut ini di khalayak ramai.

Tertanya juga saya, apakah Hang Tuah dulu turut menyebut ‘P***mak* untuk dilabel sebagai Pahlawan Melayu atau hanya Hero moden sekarang saja yang lebih sudu dari kuah?

Saya menyarankan kepada Wanita dan Puteri UMNO atau mana mana parti politik juga untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Terbayang betapa susahnya nanti untuk mengambil tindakan terhadap orang lain yang melakukan kesalahan akibat kita sendiri melakukan perkara yang sama terlebih dahulu dan tiada tindakan dibuat.

Melayukecewa
Petaling Jaya

No comments:

Post a Comment