ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 September 2009

PUYOOO...UMNO SUDAH GILA TALAK...CINA BUTA PUN TAU MALU MAAA...!!!



"HARI ini melalui Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi cuba menjalin kerjasama dengan PAS kononnya atas semangat untuk memajukan umat Islam di negara ini.

Persoalannya selama 52 tahun UMNO menerajui kepimpinan politik negara ini apa yang telah UMNO buat dalam usaha menjaga kepentingan umat Islam di negara ini? Bantuan perkapita untuk sekolah-sekolah pondok siapa yang memberhentikannya? Adakah ini caranya UMNO hendak menjaga kepentingan imat Islam di Negara ini?

Siapa pemimpin UMNO yang ada hari ini berani menyanggah bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir yang mempermainkan hukum agama dan sunah baginda Rasullullah sautu ketika dulu. Adakah pemimpin macam ini hendak kita harapkan untuk membantu menjaga kepentingan umat Islam dan memertabatkan agama di negara ini?

Kenapa baru sekarang para pemimpin UMNO mula menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan PAS? Ketika UMNO semakin lemah dan menghadapi krisis keyakinan rakyat termasuk orang melayu baru kedengaran suara-suara untuk bekerjasama. Kenapa ketika UMNO gah dipersada kekuasaan usul ini tidak pernah disuarakan?

Kini UMNO memang menghadapi masalah untuk menarik sokongan orang melayu dan ditambah dengan kemelut yang melanda MCA, MIC dan PPP menambah parah kedudukan mereka. Lantaran itu mereka mengatur strategi dengan memujuk PAS untuk bekerjasama. UMNO hari ini bagaikan sedang ditelan gelombang besar ditengah lautan dan apa saja yang mampu dicapai akan dicapai walaupun kayu buruk demi survival politik mereka, inilah keadaan UMNO hari ini.

Mahukah kepimpinan PAS menyambut usul itu? Adakah kepimpinan PAS lupa apa yang berlaku di Kelantan sewaktu PAS menyertai BN di sekitar tahun 70an dulu. Selepas bekerjasama UMNO memainkan jarum dan menubuhkan BERJASA sehingga PAS terlepas menguasai Kelantan.

Mahukah PAS menerima nasib yang sama sekali lagi? Lupakah kepimpinan PAS bagaimana royalti minyak di Terengganu ditarik balik selepas PAS berjaya menguasai negeri tersebut? Royalti minyak itu diganti dengan Wang Ihsan yang disalurkan dibawah kekuasaan kepimpinan UMNO Terengganu? Apa yang mereka tak kata kepada Tok Guru Nik Aziz dalam usaha mereka menawan negeri Kelantan?

Kepimpinan PAS yang ada hari ini perlu sedar apa yang pemimpin UMNO lakukan hari ini semata-mata untuk membina kembali keyakinan rakyat yang telah lama hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO. Mereka cuba untuk menumpang kekuatan dan keyakinan rakyat terhadap PAS.

Jesteru itu kepimpinan PAS disaran jangan terpengaruh malah jangan pedulikan saranan kepimpinan UMNO dalam usaha menjalin kerjasama dengan PAS. Malah kepimpinan PAS juga disaran jangan mengulas atau mempedulikan seruan kepimpinan UMNO. Biarkan mereka jadi macam orang gila talak.

Memang UMNO gila talak dan ingin merujuk kembali kepangkuan PAS selepas lebih 30 tahun bercerai. Yakinlah UMNO kini menuju zaman kehancuran mereka selepas 52 tahun rakyat memberikan kepercayaan kepada mereka tapi mereka langsung tidak menjaga kebajikan rakyat yang menyokong mereka. Dan yakinlah Datuk Seri Najib Tun Razak adalah PerdanaMenteri BN/UMNO yang terakhir sesuai dengan berakhirnya teori RAHMAN. Sayonara UMNO. "

utaraonline

No comments:

Post a Comment