ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

03 September 2009

temberang apakah ini....SPRM terima lebih 15,000 maklumat setahun, lucunya sebahagian besar tiada kaitan dengan rasuah

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima tidak kurang daripada 15,000 maklumat daripada orang-ramai setiap tahun tetapi malangnya sebahagian besar daripada jumlah tersebut tiada kaitan dengan rasuah, kata Timbalan Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed pagi Rabu.

Beliau berkata, maklumat yang SPRM terima adalah daripada pelbagai sumber antaranya melalui surat (yang kebanyakkannya surat layang); email dan panggilan telefon.

“Kami mempunyai satu bahagian yang terdiri daripada enam hingga tujuh orang yang menerima dan menyaring segala bentuk maklumat yang disalur, dihantar dan dikirimkan kepada SPRM. Dan dalam setahun kita menerima tidak kurang daripada 15,000 maklumat daripada orang-ramai yang mengadu akan pelbagai hal,” katanya selepas menghadiri temuramah dengan webtv The Star online (www.thestar.com.my) dan The Star Online live chat di Studio V The Star di One Utama, Damansara.

Temuramah itu dikendalikan oleh Pengarang Berita Meja Jenayah The Star, Lourdes Charles.

Bercakap kepada mStar Online dan The Star selepas itu, Abu Kassim berkata, apa yang melucukan ialah sebahagian besar daripada aduan dan maklumat yang diadukan kepada SPRM tidak ada kaitan pun dengan bidang kuasa suruhanjaya itu.

Misalnya kata beliau, ada yang meminta SPRM menyiasat kenapa mereka tidak dinaikkan pangkat malah ada yang mengadu akan perbalahan domestik (rumahtangga) kepada SPRM.

“Dalam satu kes, ada seorang isteri meminta SPRM menahan suami dan anaknya di lapangan terbang kerana perbalahan rumahtangga dan ada juga isu-isu cemburu di pejabat turut dilaporkan kepada SPRM untuk disiasat.

“Kami di SPRM tidak pernah membakul sampahkan mana-mana aduan pun. Cuma kita ada bahagian yang membuat saringan supaya kita mengenalpasti aduan mana yang di bawah bidang kuasa kami dan maklumat mana yang terkeluar daripada bidang kuasa kami,” ujarnya.

Beliau juga menjelaskan, sebahagian besar daripada maklumat yang disalurkan kepada SPRM bersifat khabar angin atau diklasifikasikan sebagai surat layang dengan tiada nama pengadu, nombor telefon pemberi maklumat dan juga alamat yang membolehkan pihak SPRM menyiasat aduan tersebut secara mendalam.

Abu Kassim berkata, beliau dan SPRM memahami hakikat bahawa kebanyakkan pemberi maklumat khuatir identiti mereka akan terdedah sebaik sahaja kes yang mereka adukan di bawa ke mahkamah.

Buat masa ini katanya, SPRM hanya boleh memberi jaminan kepada pemberi maklumat bahawa identiti mereka akan dirahsiakan.

“Tetapi sebagai pemberi maklumat kepada SPRM, sukalah saya nyatakan kita masih belum mempunyai satu akta yang memberi perlindungan kepada pemberi maklumat sepertimana di Australia dan beberapa negara lain.

“Oleh yang demikian SPRM kini di dalam proses untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya akta seumpama ini diwujudkan kerana hanya dengan itu akan menyelesaikan masalah berhubung pemberi maklumat kepada SPRM,” katanya.

No comments:

Post a Comment