ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

02 September 2009

UMNO MENGGALI KUBUR SENDIRI


Gali kubur sendiri! Itulah ungkapan yang wajar ditujukan kepada pemimpin UMNO...

Hari demi hari pelbagai tindakan pemimpin UMNO telah menambahkan kebencian masyarakat Malaysia. Bermula dengan nafsu besar untuk meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sehinggalah yang terakhir sekali pelbagai langkah sumbang yang dilakukan untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.


Dulu terkenal kewujudan "think-tank" yang berada di "tingkat empat". Sekarang kita tidak tahu entah di ceruk mana pula duduknya mafia politik Malaysia ini. Kadang-kadang terbayang ahli majlis meja bulat mafia UMNO ini terdiri dari Menteri UMNO dan wakil-wakil dari Polis, SPRM, SPR, Hakim terpilih, dan semua kroni mereka yang sewaktu dengannya. Nampaknya bermesyuarat tiap malamlah mereka ini mencari idea dan merancang strategi menjahanamkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Yang terkini ialah perarakan kepala lembu. Memang hebat penasihat mereka yang mencadangkan idea ini. Memang UMNO dulu, kini dan selamanya tidak menghormati kaum dan agama lain. Bahkan ada pemimpin mereka walaupun mengaku Islam pun turut terbabit menghina agama sendiri. Bukankah lidah pemimpin UMNO-lah yang mengatakan hudud tidak sesuai dalam zaman moden? Islam tidak boleh memerintah kerana masyarakat mamuk! Kalau hukum potong tangan dijalankan payah orang Melayu nak dapat kerja? Inilah lidah celupar pemimpin UMNO! Ucapan ini kadang kala disambung pula oleh pemimpin mereka di peringkat bahagian dan cawangan.

Tindakan ini menyebabkan MCA dan MIC sampai sekarang belum aqil baligh tentang agama Islam. Tetapi bila Nga Kor Meng boleh berucap dengan turut membaca ayat Al Qur'an selepas tidak sampai 2 tahun berkawan dengan orang PAS, riuh pula puak-puak UMNO memberikan komen "dukacita" mereka! Pooorahhhh.

Perarakan kepala lembu ini nampaknya usaha UMNO menyalakan api perkauman. Ulamak makan gaji dalam UMNO tidak sempat hendak mengajar anak buahnya bahawa Islam melarang kita menghina agama dan sembahan kaum lain. Tidak jumpa ayat Al Qur'an ke? Tenggelam dalam pitih? (meminjam ungkapan ulamak PAS Kelantan).

Adalah diharapkan UMNO terus bertindak secepat mungkin menggali kubur sendiri. Lakukanlah lagi tindakan-tindakan yang menambahkan kebencian rakyat jelata. Mungkin UMNO terlupa bahawa sekarang era generasi baru yang boleh berfikir dengan kritis. Tindakan provokasi hingusan UMNO yang seterusnya bakal menjadi senjata makan tuan dan menambahkan keluasan "kubur" mereka.

MCA dan MIC juga bakal menempuh hari-hari terakhir mereka. Kita patut memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. sekiranya BN tinggal kerusi Pekan sahaja dalam politik Malaysia.

Kita juga mengharapkan agar rakyat Malaysia semua kaum bertenang dalam menghadapi gelagat orang-orang yang hampir kelemasan dan hilang talian hayat politik ini.


syaheed

No comments:

Post a Comment