ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

12 May 2010

Kejahilan UMNO Terserlah di Sibu

"Perkembangan yang menggalakkan telah berlaku di Sibu. Isu agama dibangkitkan oleh SUPP. Dakwaannya ialah undi untuk DAP merupakan sokongan kepada PAS untuk membentuk negara Islam. Rakyat sudah tahu bahawa UMNO telah berjaya menakut-nakutkan semua parti bukan Islam dalam BN tentang perjuangan PAS menegakkan sebuah negara Islam di Malaysia. Imej negara Islam ala PAS itu telah ditampalkan dengan ekstremisme dan konservatif. Maka dipancarkanlah ketidaksesuaian pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Dengan berbuat demikian, mereka mengkesampingkan fakta kerajaan Islam yang diwujudkan oleh Rasulullah dihuni oleh masyarakat yang menganut pelbagai agama. Kemuliaan Islam berjaya menyatukan semua anggota masyarakat yang berlainan keturunan dan pegangan agama itu.

Parti-parti bukan Islam dalam BN memang elergik terhadap Islam hasil didikan UMNO. Melalui pendekatan yang berhemah, PAS berjaya membawa pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PKR dan DAP memahami Islam. Di samping itu, PAS berjaya menarik kaum Cina dan India menyertai Kelab Penyokong PAS. Sokongan pelbagai kaum kepada PAS dan perpaduan erat dalam kalangan pemimpin Pakatan Rakyat telah menimbulkan rasa gentar UMNO-BN. Sebab itulah mereka berusaha memecahbelahkan pakatan ini.

Harus diingat bahawa pembentukan negara Islam hanya wujud dalam PAS. Apabila PAS menyertai Pakatan Rakyat, teras perjuangan PAS itu tidak dipaksa menjadi teras perjuangan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat berjuang untuk membentuk sebuah negara mampu memberi keadilan kepada semua kaum tanpa menggugat Perlembagaan Malaysia. Sehubungan itu, merakyatkan kemakmuran negara dijadikan iltizam oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat. Dengan demikian, segala bentuk kedurjanaan yang selama ini dilakukan oleh UMNO-BN akan diperangi secara habis-habisan.

UMNO mendakwa mereka berjuang untuk agama, bangsa, dan negara. Hakikatnya merekalah yang menentang keputusan mahkamah dalam isu kalimah Allah. Mahkamah membenarkan majalah Kristian menggunakan kalimah itu bagi menggantikan God. UMNO menentangnya sehingga ada gereja yang dibakar. PAS tidak turut serta dalam kesilapan tafsiran yang dibuat oleh UMNO.

Kalimah Allah sememangnya telah lama digunakan dalam Bible berbahasa Arab. Perkara ini bukan satu masalah besar. PAS bersetuju kalimah itu digunakan oleh penganut Kristian asalkan tidak mengelirukan penganut agama Islam. Fakta-fakta sebeginilah yang dijelaskan oleh PAS kepada lebih 50 % penganut Kristian di Sibu. UMNO yang telah tersilap langkah dalam hal ini mula rasa tergugat kerana mereka telah dipersalahkan. Orang yang berprinsip sepatutnya berani buat beranilah tanggung!!!

Pengundi-pengundi di Sibu perlu diberi penerangan yang jelas tentang konsep hidup bersama dalam Islam bagi membersihkan tanggapan negatif terhadap ajaran agama itu yang diselewengkan oleh UMNO. Undi DAP bermakna undi untuk negara Islam PAS ialah propaganda lapuk BN-SUPP.

85% pengundi Cina di Bukit Gantang memilih Nizar. 80% pengundi Cina di Hulu Selangor memilih Zaid. Adakah mereka menyokong pembentukan negara Islam? Pakatan Rakyat tidak pernah pada bila-bila masa meletakkan Islam sebagai teras perjuangan. PAS memperjuangkan Islam dalam kalangan orang Melayu-Islam kerana UMNO menolak Islam dalam erti kata melaksanakan Islam secara berpilih-pilih. Hal ini tidak ada kena-mengena dengan orang bukan Islam.

Hubungan dalam kalangan umat Islam merupakan hubungan saudara segama. Hubungan antara orang Islam dengan bukan Islam merupakan hubungan sesama insan. Kedua-dua konsep ini akan menjadi pegangan PAS sampai bila-bila. Tidak perlu ada syak wasangka terhadap orang Islam dalam kalangan orang bukan Islam di Malaysia. Hal ini telah dibuktikan oleh pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam PKR dan DAP. Biarkanlah UMNO dengan imej kelabu mereka terhadap Islam. Kejahilan mereka sudah sampai ke tahap menghalalkan judi bola sepak Piala Dunia!!!


ruhan

No comments:

Post a Comment