ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 August 2010

Hudud: Usah ikut perangai babi UMNO....!!!!

kita sangat kecewa dengan kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang beragama Islam yang cuba memberi komen kurang cerdiknya terhadap Hukum Hudud. Ia dilihat seolah-olah tidak mengerti maksud ‘pendirian’ dengan ‘tuntutan’.

Jika begitu keadaannya, tiada bezalah mereka ini dengan pemimpin Umno yang menolak hukum Hudud dan negara Islam dengan alasan tidak sesuai zaman sekarang.

Satu kenyataan yang dibuat oleh Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan.

Menurut Bernama, Nik Nazmi berkata, “ PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai.”

Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Nazmi.

Menurut beliau lagi, berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

Satu soalan, boleh ke kita pertimbangkan tidak melaksanakan puasa atau solat? Begitu juga Hudud. Bukan ke begitu?

Jika bukan Islam yang menolak atau memberi komen terhadap hukum Islam atau negara Islam, ia tidaklah menjadi suatu kepelikan sebab sudah sememangnya mereka itu bukan orang Islam yang sudah tentu belum mengerti tentang Islam, lebih-lebih lagi tentang ‘tuntutan’.

Tetapi kita sedih sebab orang Islam yang merendah-rendahkan hukum Islam dan negara Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN.

Kita perlu faham maksud ‘pendirian’ dengan ‘tuntutan’.

Jika pendirian, mungkin ianya boleh berubah jika bersesuaian dengan keadaan asalkan ianya tidak berlawanan syarak dan merosakkan akidah. Tetapi jika dinamakan tuntutan, maka ia ke arah benda yang perlu buat, tidak kira bila boleh laksananya, tetapi tuntutan itu tidak akan berubah.

Seperti puasa Ramadhan yang kita tunai sekarang ini, ia merupakan ‘tuntutan’. Kita wajib berpuasa sebab ianya merupakan tuntutan Allah terhadap kita kecuali ada sebab-sebab tidak boleh berpuasa, namun tetap kena ganti jika seseorang itu meninggalkan puasa.

Sampai ke mati pun, seseorang itu perlu menjelaskan hutang puasa berkenaan jika ianya tinggalkan puasa sebab atas nama ‘tuntutan’.

Kita  kiaskan hukum Hudud dengan puasa kerana di sana ada persamaan tuntutan terhadap orang-orang beriman seperti yang tercatat dalam Al-Quran. Jadi, jika kita mengaku beriman kepada Allah, tidak terkecuali kita dari parti politik mana sekali pun, asalkan namanya Islam, tuntutan itu akan dipertanggungjawabkan ke atasnya kerana tanggungjawab melaksanakan Hudud bukan hanya tanggungjawab PAS semata-mata, tetapi semua yang mengaku beriman.

PAS hanyalah sebagai alat atau pun platform untuk ke arah itu.

Sebagai orang Islam, perkara berkaitan hukum dan tuntutan ini, kita perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jangan hanya memikirkan keuntungan politik semata-mata tetapi sanggup gadai tuntutan Allah SWT.

Namun dalam Islam ada hikmah dan caranya untuk melaksanakan apa saja tuntutan yang diperintah Allah kepada kita. Namun untuk mengelak daripada melaksanakannya adalah khianat kepada janji kita terhadap Allah dalam dua syahadah, ‘Tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad (nabi) itu pesuruh Allah.’

Jadi jangan jadikan kepentingan politik untuk mengatasi hak Allah terhadap kita sebagai khalifah di muka bumi ini sebab kehidupan kita memang tidak lari daripada di bawah naungan Allah. Sehinggakan mahu buang air ke tandas pun ada kaitan dengan agama.

Itulah sebabnya dalam Islam, mengajar kita tentang politik hendaklah seiring dengan agama dan agama perlu berada di puncaknya bukan di bawah atau menjadi pilihan kedua.

No comments:

Post a Comment