ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

22 August 2010

kegagalan mentadbir negara selama 5 dekad....jangan bagi kepercayaan kepada UMNO-BN lagi...

Orang Melayu tidak boleh lagi terus percaya yang Umno akan membela nasib mereka setelah selama lima dekad rakyat sama-sama melihat bagaimana sistem yang adai menuju kepada “pengagihan hasil ekonomi negara kepada kelompok Umno-putra.”

Ketidakadilan bukan sahaja dirasai oleh pelbagai kaum yang wujud dalam negara kita, bahkan juga berlakunya diskriminasi terhadap orang Melayu dan Bumiputera yang berlainan fahaman politik dengan kerajaan dipimpin Umno-BN.

Bukan itu sahaja, politik perkauman sempit dan laungan bersifat rasis kini telah menjadi bahan ugutan dan senjata untuk meraih sokongan oleh pimpinan BN dikala terdesak, seolah-olah rakyat dengan begitu senang boleh dipengaruhi pada zaman langit terbuka ini, dengan merujuk kepada perkembangan sejak seminggu ini termasuk ekoran tuntutan Kongres Ekonomi Cina.

Permasalahan dibangkitkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berbentuk resolusi dari kongres ekonomi yang dianjurkan oleh parti itu adalah satu lagi manifestasi kegagalan BN dalam memahami kehendak keadilan yang perlu dilaksanakan terhadap rakyat pelbagai kaum.

Keadaan ini tambah merumitkan apabila MCA yang merupakan satu parti yang dianggotai oleh golongan elit dan kaya yang tidak membela nasib rakyat bawahan berketurunan Cina yang memerlukan.

Kegagalan inilah juga yang turut dikongsi bersama oleh parti MIC

Oleh itu, rakyat semua lapisan rakyat dalam negara perlu bertenang dan menilai dengan adil akan tujuan mengapa tiupan api perkauman yang saban hari semakin menebal oleh pimpinan Umno-BN.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita, marilah terus bersama dengan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik songsang mainan Umno-BN ini, dengan kita sama-sama meletakkan negara di landasan yang sepatutnya dalam menghadapi cabaran zaman yang mendatang, ke arah suasana yang lebih adil dan aman di Malaysia

No comments:

Post a Comment