ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 August 2010

saman ekor bukan nak mencegah kemalangan tapi menjadi sumber pendapatan haram kerajaan....

Kerajaan Umno-Barisan Nasional gagal mendidik pengguna jalan raya walaupun selepas 10 juta saman ekor dikeluarkan dan lebih satu juta pengguna jalan raya disaman oleh pihak polis dan disenarai hitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

Laporan kematian akibat kemalangan ngeri di jalan raya diseluruh negara terpapar di dada akhbar setiap hari yang membuktikan peratusan kadar kemalangan tidak berkurangan malah semakin menjadi-jadi.

Kegagalan itu disebabkan kerajaan Umno-BN gagal memupuk dan mendidik pengguna jalan raya tetapi sebaliknya menjadikan saman ekor sebagai salah satu sumber pendapatan kerajaan yang lumayan.

Ini menunjukkan kerajaan sebenarnya tidak benar-benar serius mahu melaksanakan sistem pendidikan kepada pengguna jalan raya. Apa yang dilakukan seperti melepaskan batuk di tangga.

Apa yang kerajaan lakukan cumalah mengenakan saman ekor serta menyenarai hitam pengguna jalan raya, manakala pihak JPJ pula mengugut pengguna dengan menghalang rakyat memperbaharui cukai jalan

Kerajaan hanya menjalankan program untuk mengatasi kemalangan jalan raya secara bermusim dan tidak bersungguh-sungguh mengatasi masalah peningkatan insiden kemalangan jalan raya.

Lagi pun , pihak polis sepatutnya ditempatkan mengawasi kawasan kemalangan sepanjang lebuh raya dan bertindak menahan terus pesalah trafik daripada mengeluarkan saman ekor yang diragui kesahihannya.

Kerajaan hendaklah mencari jalan untuk mengatasi kemalangan jalan raya dengan cara mendidik dan bukan memberikan saman tanpa usul periksa.

No comments:

Post a Comment