ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

18 August 2010

UMNO-BN susukan kera yahudi rakyat mampos kelaparan....... Kontrak RM77 Juta Upah Apco Tertinggi Di Dunia

Malaysia menjadi negara yang membayar yuran perkhidmatan tertinggi di dunia kepada syarikat pro Zionis-Israel, Apco Worldwide sebanyak RM77 juta.
Malah setelah syarikat tersebut dikecam berhubung kaitannya dengan konsep One Israel dan hubungan rapat pimpinan tertinggi syarikat itu dengan Zionis-Israel, Kerajaan Malaysia di bawah Umno-Barisan Nasional, menyambung semula kontrak perkhidmatannya awal Julai lalu.

Daripada maklumat yang  perolehi daripada seorang bekas duta Amerika Syarikat, Malaysia membayar upah paling mahal kepada syarikat itu.
Kita dimaklumkan oleh seorang bekas duta Amerika Syarikat, daripada sebanyak lebih 50 cawangan Apco di seluruh dunia, tidak ada satu pun yang menerima bayaran bernilai RM77juta, yang paling tinggi ialah USD2 juta atau kira kira RM7 juta sahaja.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang amat merisaukan.

Apco dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak 15 Julai 2009 bagi memulihkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa melalui konsep 1Malaysia.
Setelah lebih setahun gagasan 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri dan jutaan ringgit dibelanjakan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akur kempen itu belum mencapai sasaran dan masih tidak difahami rakyat.

Kerajaan seharusnya menghentikan khidmat Apco Worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membina konsep 1Malaysia, tetapi malangnya kontrak perjanjian dengan syarikat pro-Zionis-Israel itu disambung semula.

Maknanya, ada agenda tersembunyi, meskipun kelemahan berhubung konsep 1Malaysia ini disuarakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, tetapi macam ada agenda lain apabila kontrak ini disambung. Kita ragu RM77 juta yang digunakan untuk tujuan apa. Macam mana tak tercapai sedangkan kita bayar RM77 juta, mengapa rakyat masih tak faham tentang konsep 1Malaysia.

Kesan yang di bawa 1Malaysia, yang diperkenalkan oleh syarikat Yahudi ini menunjukkan kesan negatif sehinggakan tidak ada penerimaan yang tepat oleh rakyat Malaysia berhubung apa sebenarnya konsep 1Malaysia, sedangkan pemimpin nombor satu dan nombor dua juga bercanggah dari sudut penerimaan.

Berpuluh juta dibelanjakan untuk program dan kempen 1Malaysia sedang-kan hasilnya, rakyat menjadi keliru. Kalau TPM sendiri keliru, bayangkan bagaimana pula dengan rakyat terbanyak

Kenyataan Dr Mahathir dan Muhyiddin, 3 Ogos lalu yang secara terbuka mengakui kelemahan 1Malaysia dilihat memberi tamparan hebat kepada Najib.

Malah  Muhyiddin seolah-olah cuba mengambil kesempatan memburukkan konsep 1Malaysia semasa ketiadaan Perdana Menteri, yang menyaksikan hubungan yang semakin keruh antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara itu.

Kita nampak gambaran memang begitu, mengapa Timbalan Perdana Menteri, selepas Najib bercuti, terus keluar kenyataan yang bercanggah, nampak macam disengajakan dan seperti ada elemen yang disengajakan untuk memburukkan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.

Slogan 1 Malaysia gagal mencapai matlamat dan hanya merupakan retorik kosong bertujuan untuk memenangi hati kaum bukan Melayu.

Slogan itu bukan sahaja gagal dari sudut perlaksanaan malah perpaduan kaum juga dilihat semakin goyah dengan tertubuhnya kumpulan ekstrem seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menjadi proksi kepada Umno.

Perkasa menjadi liabiliti yang sangat besar kepada kerajaan dan menghakis perpaduan dalam negara. Perkara ini berlawanan dengan kehendak gagasan 1Malaysia yang di bawa Najib.

Jelas 1Malaysia hanya slogan tetapi perlaksanaannya jauh dari matlamat sebenar terutama di Sabah dan Sarawak. Dulu kita kritik Islam Hadhari, tetapi sekurangnya ia masih dapat difahami. Tetapi 1Malaysia ini seolah agama baru yang di bawa, umpama satu patung yang dipuja.

No comments:

Post a Comment