ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 August 2010

saman ekor ....KPN cuba berdalih.....

Ketua Polis Negara, cuba mengalihkan isu sebenar apabila mencadangkan kepada kerajaan agar mengurangkan kadar bayaran saman ekor.

Isu sebenar adalah bukan kadar bayaran, tetapi tindakan mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyekat mereka yang disaman ekor dari memperbaharui cukai jalan.

Dia (Tan Sri Musa Hassan) faham, atau buat-buat tak faham atau sengaja nak alihkan isu.

Isu sebenar yang kita tentang adalah menyenarai hitam mereka yang disaman ekor dari memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan

Tindakan terbaru Polis Di Raja Malaysia (PDRM) itu juga  cubaan membuat untung atas angin apabila tidak mahu mengikut prosedur untuk membawa mereka yang disaman ekor ke Mahkamah.

Saman ekor katanya bukan saman, namun hanya notis saman yang perlu dibuktikan bersalah oleh mahkamah sebelum individu yang menerimanya diarahkan membayar.

Itu juga menunjukkan polis tidak boleh proof kesalahan, dia tidak ada bukti, kamera tidak boleh dijadikan bukti.

Mereka malas nak ke mahkamah, jadi nak suruh orang tetap bayar, mereka kata kurangkan kadar bayaran

Musa semalam memberitahu PDRM telah mengemukakan cadangan agar kerajaan menetapkan kadar kompaun saman ekor yang mampu dibayar pesalah trafik berikutan pelbagai rungutan di kalangan orang ramai berhubung kadar saman itu.

Beliau juga berkata kadar kompaun saman itu juga akan diselaraskan antara dua agensi, iaitu PDRM dan JPJ.

Semalam juga, Kase ke pejabat Kementerian Pengangkutan, menyerahkan memorandum bantahan kepada menterinya, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Mereka mendesak menteri menggunakan kuasanya mengarahkan JPJ dan PDRM agar tidak menyenaraihitamkan mereka yang disaman.

Ia kerana, menurut mereka tindakan tersebut adalah bercanggah dengan Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan setiap warganegara boleh menggunakan hartanya

No comments:

Post a Comment