ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

21 August 2010

Awas Jerangkap Samar UMNO yang sedang nazak dan nak mampossss.....!!!!!




Macam-macam hal pula berlaku dalam politik negara sekarang ini. Mungkin akibat langkah terdesak, kini puak-puak UMNO memainkan semula sentimen "raja" bagi menimbulkan kemarahan orang Melayu terhadap parti pembangkang. Sebelum ini kita mendengar berita bahawa terdapat kain rentang yang menghina Sultan Johor di temui di kawasan Batu Pahant dan sekitarnya.

Kain rentang yang kononnya menunjukkan PKR negeri menyokong penuh bekas Menteri Kesihatan dan Ahli Parlimen Bakri yang kini merupakan Pengerusi Perhubungan PKR Johor iaitu Chua Jui Meng (foto) diangkat menjadi Menteri Besar Johor. Apa yang lebih mengejutkan, gambar Chua diletakkan bersebelahan dengan gambar Sultan Johor pada kain rentang terbabit. Rasionalnya supaya rakyat Johor terutamanya orang Melayu marah dan benci terhadap PKR. Pihak polis juga telah mengambil keterangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akibat kejadian tersebut. Begitu cepat pihak polis menyiasat, berbanding dengan kain rentang menghina Sultan Terengganu (Agong) yang dibuat oleh puak-puak penyokong Idris Jusoh di Terengganu dulu.

Polis bertindak pantas seperti kilat apabila laporan dibuat oleh puak-puak UMNO, tetapi "slow n steady" bila laporan dilakukan oleh pihak sebelah sini. Soalnya sekarang, siapakah yang berani membuat kain rentang sebegitu rupa agaknya?. Tidak masuk dek akal PKR Johor sebodoh itu. Bahkan umum mengetahui dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Johor seseorang Menteri Besar itu perlulah berbangsa Melayu. Makanya, sudah pastilah kerja-kerja jahat ini dilakukan oleh puak-puak UMNO BN sendiri sebenarnya. Mereka takut Johor tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Lantaran itulah terpaksa melakukan apa sahaja, hatta menggunakan sentimen "raja dihina" bagi menagih simpati orang Melayu mempertahankan kuasa UMNO di negeri tersebut. Sementara itu Chua Jui Meng berkata kain rentang yang memaparkan gambarnya dan Sultan Johor sengaja dinaikkan untuk menimbulkan kemurkaan sultan terhadap parti pembangkang itu.




Memang sudah dijangka, akhirnya satu lagi "jerangkap samar" dilakukan oleh mereka. Kali ini di Pulau Pinang pula. Menteri Pertahanan selaku Ketua Perhubungan UMNO negeri, Zahid Hamidi semalam membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini. Beliau berkata berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong. Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

Tambah menarik Zahid juga menegaskan pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara itu dan sedang meneliti sama ada wujud arahan tertentu daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP). Maka gemparlah seluruh negara atas apa yang berlaku. Soalnya sekarang, apakah benar kejadian itu berlaku atau mungkin ia juga merupakan satu lagi provokasi yang dilakukan oleh puak-puak UMNO yang sudah terdesak itu. Apa sahaja yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang sekarang ini, semua serba tidak kena. Beri bantuan kebajikan salah, hadir majlis penyerahan zakat salah, bagi bonus raya RM400 kepada kakitangan kerajaan salah. Pendek kata semua salah, dan hanya UMNO sahaja yang betul. Inilah senario yang berlaku sekarang ini sebenarnya.

Semuanya hanyalah untuk menakutkan rakyat kononnya kaum Cina sudah mula menunjukkan taring untuk berkuasa dan menghna raja-raja Melayu. Zahid lupa bahawa di negeri-negeri lain termasuk Johor, Pahang dan banyak lagi itu memang hanya nama Sultan dan kerabat baginda sahaja yang disebut dalam doa selepas khutbah Jumaat. Malah di Pahang ini hanya nama Sultan Pahang dan Tengku Mahkota yang disebut, kenapa nama Agong tidak disebut. Apakah itu juga menjadi kesalahan kepada Zahid Hamidi. Inilah yang dikatakan membuat tindakan tidak pakai otak. Mana mungkin nama Lim Guan Eng disebut dalam doa selepas khutbah Jumaat. Beliau bukannya beragama Islam, lantaran itulah Zahid sengaja mahu menjadi kes ini sebagai isu baru bagi menimbulkan sentimen kemarahan kepada orang Melayu di Pulau Pinang khasnya dan seluruh negara amnya

No comments:

Post a Comment