ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 August 2010

bertindak samseng di perhimpunan anti ISA....OCPD Petaling Jaya Didesak Mohon Maaf



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed  di gesa memohon maaf secara terbuka berhubung tindakan ganas yang dilakukan pihak polis menangkap 29 individu dan menyuraikan peserta perhimpunan aman anti ISA di Petaling Jaya Ahad lalu.

Sebagai pegawai yang bertanggungjawab, tindakan ganas polis atas arahan Arjuanaidi itu sangat tidak profesional dan tidak wajar disebabkan himpunan itu mempunyai permit yang sah.

Tanpa mengendahkan permintaan penganjur untuk berunding syarat untuk acara memasang lilin itu dan memberi masa kepada hadirin untuk bersurai secara aman, anda mengarahkan anggota anda bertindak secara keras ke atas peserta menyebabkan keadaan huru-hara dan ketakutan. Dalam keangkuhan, anda malah menafikan permit yang diberi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kepada penganjur,

Polis berlaku ganas dan kejam apabila menceroboh masuk untuk menahan peserta yang hadir acara memasang lilin di dataran Padang Timur, MBPJ itu.

Mereka yang ditahan termasuk peserta wanita ditolak, dipukul dan diheret serta secara dimaki hamun oleh pegawai polis.

Menggunakan kekerasan keterlaluan sedemikian amat tidak perlu kerana mereka yang ditahan akan bekerjasama bila diberitahu bahawa mereka telah ditahan. Anda mempraktikkan kuasa anda secara arbitrari dan oleh itu, anda dipersalahkan atas pencabulan hak asasi yang berlaku pada malam itu

Arjunaidi diselar kerana menggunakan taktik intimidasi seperti mengarahkan penggunaan trak pancutan dan Unit Pasukan Simpanan (FRU) untuk menyuraikan peserta di hadapan ibu pejabat polis tersebut yang berkumpul kerana menunjukkan solidariti kepada rakan mereka yang telah ditahan.

 Tindakan itu sebagai ugutan paling dahsyat termasuk memaksa peguam yang mewakili mereka yang ditahan memberi kenyataan saksi berasingan.

Kita mengutuk pencabulan terang-terangan terhadap hak mendapatkan peguam dan hak peguam mewakili pelanggan mereka,

Walaupun Seksyen 27 Akta Polis memperuntukkan polis dengan kuasa arbitrari untuk tidak membenarkan perhimpunan awam, peruntukan itu bercanggah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menjamin kebebasan awam.

Sebagai OCPD, anda seharusnya merasa malu kerana menjadi satu contoh buruk sebagai seorang pemimpin kepada anggota polis yang lebih muda dan lebih rendah pangkat daripada anda.

Anda telah menunjukkan teladan bukan sahaja kepada pegawai anda tetapi juga rakyat Malaysia bahawa anda berlatih mengendalikan keselamatan awam dengan menimbulkan ketakutan dan keganasan.

Disebabkan di atas, kami  menuntut anda meminta maaf secara terbuka kepada peserta perhimpunan nyalaan lilin, mereka yang didera oleh pegawai anda dan peguam yang anda gertak. Kami juga menggesa anda tidak mendakwa mereka yang ditahan kerana mereka hanya mempraktikkan hak perlembagaan dengan memasang lilin secara aman

No comments:

Post a Comment