ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

21 August 2010

RPK punya hal....drama liwat sayfool - anwar kucar kacir



Hubungan drama liwat dan personaliti yang semakin terkenal sebagai "Lone Ranger" 1Malaysia, Raja Petra Kamarudin (RPK) nampaknya semakin erat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) kelihatan seperti sengaja melengah-lengah kes ini dan RPK menjadi dalang yang telah berjaya menghuru harakan perbicaraan dengan pendedahan-pendedahan yang berturutan di blognya.

Apa yang menarik ialah beberapa pendedahan terbaru RPK menyebabkan mahkamah dan pasukan pendakwaan semakin kaku dan kelu, sedangkan apa yang dilakukan oleh RPK hanyalah menulis di blognya dari tempat persembunyian lone rangernya.

Logiknya, apa pentingnya tulisan blog dari seorang blogger yang melarikan diri dari dibicarakan di tanah air sendiri. Kenapa tulisannya semacam menimbulkan satu rasa gerun kepada orang orang tertentu dan kenapa semua dakwaan dalam tulisan terbarunya seolah diiyakan oleh orang orang yang terlibat?


Pertama, pendedahan mengenai hubungan Mohd Saiful Bukhari dan seorang peguam dari pasukan pendakwaan (Farah Azlina Latif) yang tidak terus dinafikan secara rasmi oleh peguam negara atau pasukan pendakwa, sebaliknya peguam terbabit digugurkan dari pasukan pendakwaan.

Bukankah ini pelik? Pelik kerana peguam terbabit digugurkan hanya kerana satu tulisan dari blog seorang pengecut.

Kalau tidak ada kebenaran atau bukti-bukti hubungan kenapa perlu peguam terbabit digugurkan? Bukankah terdapat berlambak (banyak) bog-blog yang melaporkan berbagai-bagai cerita mengenai drama liwat ini terutama yang melibatkan perlakuan atau kegemaran homosek DSAI dan trauma yang dialami Saiful?

Kenapa tidak ada satu pun cerita cerita blog yang berlambak (banyak) ini memberi kesan kepada perbicaraan kes, tetapi tiba-tiba apabila keluar cerita hubungan sulit antara Saiful dan peguam terbabit di blog RPK, plot drama perbicaraan diubah lagi?

Kini muncul pula kisah AC DC yang membabitkan pembantu khas Perdana Menteri dan Saiful dan kisah cinta Tan Sri Abdul Gani Patail (Peguam Negara) dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad.

Pemerhati menyifatkan kisah-kisah baru yang diceritakan oleh RPK di blognya sebagai bom yang dilontarkan yang akan menggegarkan badan kehakiman negara.

Selain itu PRK turut menyentuh mengenai pernikahan Ketua Hakim Negara di Thailand yang dikatakan tidak sah serta mendakwa Ketua Hakim berkenaan menghapuskan bukti bagi mengelakkannya dibicarakan.

Sehingga kini, kita belum mendengar kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang didakwa atau oleh kerajaan Malaysia yang menafikan semua cerita blog RPK dan sudah tentu perkembangan ini menimbulkan tanda tanya.

Walaupun RPK cuba dilabelkan sebagai pengkianat, pengecut dan semua ungkapan yang sewaktunya tetapi yang jelas, namun RPK terus dengan yakin melemparkan tuduhan-tuduhan yang berat kepada orang-orang tertentu yang bersekongkol dalam pembikinan drama liwat II.

Ada kemungkinan tuduhan RPK akan menjadi lebih serius selepas ini kerana tidak ada penafian rasmi yang dibuat oleh pihak yang dituduh RPK. Wajar dan munasabah untuk menyimpulkan bahawa dakwaan RPK ada asasnya walaupun masih belum jelas sejauhmana asasnya itu


notan

No comments:

Post a Comment