ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 August 2010

Tidak salah MP DAP Serdang berada di surau




Pemimpin PAS mempertahankan langkah Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang mengunjungi sebuah Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu yang kini dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu termasuk Perkasa dan Umno.

“Tidak menjadi satu kesalahan atau masalah bagi wakil rakyat bukan Islam mengunjungi masjid atau surau untuk memberi bantuan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika hendak mempertikaikan wakil rakyat itu tidak memakai tudung, tindakan tidak mengenakan tudung, “ia tidak mengharamkan seseorang daripada datang ke masjid.”

“Cuma ia menjadi adap, bukan syarat (mengenakan tudung) apabila masuk ke masjid, surau... bukan syarat tetapi adap,” kata beliau.

Terdahulu beliau menyampaikan takzirah di masjlid bandar Kinrara selepas solat Jumaat.

“Ketika di masjid Kinrara, saya ada menimbulkan contoh, bagaimana masjid ini kemungkinan dibina oleh seorang Cina walaupun projeknya diperoleh oleh seorang Bumiputera, dan pekerja-pekerjanya mungkin dari Myanmar, yang bukan beragama Islam.

“Adakah kita melarang dia daripada memasuki masjid dan surau ketika sedang dibina?” kata Mahfuz sambil menambah, dalam kes Teo beliau sebenarnya dibenarkan oleh pengurusan surau.

“Dari hukum tidak menjadi masalah... sama seperti isu doa, membaca doa untuk bukan Islam, bukan satu kesalahan, kita minta hidayah, tetapi isu itu dipolitikkan,” kata beliau lagi.

Teo dipetik sebagai berkata beliau tidak faham sebab kunjungannya ke surau itu menjadi kontroversi dan “dipermainkan-mainkan” kerana hanya berniat ikhlas.

“Kunjungan ke surau Al-Huda, Kajang adalah satu lawatan yang mesra, (dan) ikhlas untuk berjumpa dengan penduduk di situ. Mereka menerima kehadiran saya,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depan hari ini memetik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, perkara tersebut tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Teo menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

“Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk,” katanya.

Ditanya kenapa beliau tidak memakai tudung ketika memasuki surau, Teo yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP menjelaskan:

“Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu.

“Pada kebiasaannya saya hanya berada di luar surau sahaja. Ini bukan kali pertama saya ke surau itu. Sebelum ini saya berada di luar,” katanya yang sudah mengunjungi beberapa surau sepanjang Ramadan yang bermula 11 Ogos lalu.

Dalam laman webnya Teo berkata:

“Beliau yang hadir berbaju kebaya disambut oleh Pengerusi Surau Ustaz Azemi Ahmad dan ahli dan kariah surau sebaik sahaja selesai ibadah solat sunat tarawih dikerjakan.”

Teo berharap dengan kunjungan beliau kali ini akan menambah lagi kemesraan dan persahabatan di antara masyarakat berbilang kaum.

“Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri Selangor ada membuat penawaran bantuan pinjaman pelajaran kepada lepasan-lepasan SPM di mana pinjaman yang terbuka kepada permohonan anak-anak negeri Selangor ini akan berubah menjadi biasiswa jika keputusan peperiksaan peminjam di universiti adalah cemerlang.

“Beliau menyeru kepada semua agar mengambil peluang tersebut supaya tiada anak-anak yang tercicir untuk memasuki ke universiti semata-mata disebabkan masalah kewangan,” kata laman web itu



penyapu sial


Orang-orang Islam harus berfikiran terbuka dan bebas berlandaskan al-kitab, bukannya terikut-ikut dengan pemikiran politik kepartian yang sempit. Jangan jadi jumud dan mempolitikkan agama sehingga ternoda kesuciannya. Orang bukan Islam memasuki surau atau masjid bukan sesuatu yang pelik di sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Mempolitikkan perkara ini tidak akan membuatkan kita menjadi lebih bijak.

Selama ini masjid dan surau pun siapa yang buat? Terang-terang UMNO beri kontrak kepada orang bukan Islam yang membenanya. Saya sendiri pernah menyaksikan sebuah masjid ditempat saya dicat seluruh bangunan oleh orang bukan Islam dan menggunakan berus yang diperbuat daripada bulu kinzir. Apabila saya suarakan bantahan kepada jawatankuasa masjid tersebut sebaliknya saya pula yang dimarahi. Ada tak sesiapa disini yang boleh beri komen?


"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang."

No comments:

Post a Comment