ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

08 August 2010

demi tembolok haram...UMNO-BN sanggup jadi balaci singapura demi menjatuhkan Islam....!!!!

Singapore Sokong UMNO/BN

Beberapa minggu lepas, saya berjumpa seorang kawan saya yang bertugas di Singapura. Beliau rapat dengan beberapa pimpinan PAP di Singapura. Setelah berborak beberapa lama, saya mengubah topik kepada politik Malaysia. Saya agak terkejut dengan maklumat yang beliau berikan kepada saya. Mengikut maklumat beliau, Singapura/PAP telah mengeluarkan polisi baru, yakni memastikan kerajaan BN/UMNO dikekalkan sebagai kerajaan Malaysia.

Kawan saya berkata beliau telah bertemu beberapa orang pembuat polisi dalam kerajaan Singapura dan kesimpulan yang diberikan oleh mereka adalah serupa, yakni:

Menyokong dan memastikan kerajaan UMNO/BN yang ada sekarang dikekalkan serta membantu Najib Tun Razak mengekalkan kuasa beliau


Mengikut teman saya itu, Singapura amat membenci Anwar Ibrahim kerana Anwar dikatakan sebagai seorang Islamists dan akan memastikan Islam kuat di Malaysia dan Asia Tenggara.

Bukti jelas adalah sokongan tegar Anwar kepada Hamas dan GAZA. Kerajaan Singapura pula secara terbuka menyokong pembunuhan kejam rakyat Gaza secara terbuka. Ada khabar angin terdapat sekelompok tentera Singapura yang membantu Israel di dalam pembantaian Gaza, namun perkara ini tiada bukti. Cuma khabar angin.

Tindakan Anwar membuat pendedahan berkaitan APCO juga telah menaikkan kemarahan Amerika dan Israel/Yahudi. Apabila Amerika dan Yahudi marah, Singapura akan turut marah sama.

Singapura/PAP sudah pun berbuat beberapa persediaan untuk memastikan Najib dan UMNO kekal memerintah Malaysia.

Maklumat kawan saya ini mengingatkan saya kepada saat2 sebelum jatuhnya kerajaan PAS di Terengganu. PAda masa itu, saya adalah Pegawai Khas kepada PJ Selangor (dan masih kekal pada jawatan ini). Saya banyak berinteraksi dengan para wartawan dalam/luar negeri serta para penganalisa politik antarabangsa.

Yang menghairankan saya pada masa itu adalah semua wartawan dan penganalisa yakin PAS kekal memerintah Terengganu selepas 2004. Namun, yang berbeza pendapat adalah mereka2 dari Singapura atau mereka yang mempercayai laporan agen perisik Singapura.

Mengikut mereka, perisikan Singapura "ijma'" menyatakan Terengganu akan jatuh kepada UMNO/BN dan mereka telah memberi laporan seperti itu sejurus selepas Pak Lah naik ke takhta Perdana Menteri.

Hairan saya di mana Singapura dapat maklumat yang begitu jitu dan rahsia itu? Tidak hairanlah Dr Mahathir sendiri telah membuat tuduhan kerajaan Pak Lah ini pro atau dikawal Singapura.

Kekalahan PAS dipandang penting oleh Singapura kerana ia bermakna kekalahan Islam. Singapura lebih menyukai UMNO kerana UMNO boleh diharap untuk menghalang kemaraan Islam dalam kehidupan sehari-hari rakyat Malaysia.

Ia juga menjawab soalan mengapa Khairy Jamaluddin begitu kuat menyerang Anwar sejak akhir-akhir ini. Khairy telah dituduh oleh ramai dalam UMNO sebagai agen Singapura. Saya tak tau benar atau tidak, tapi tindakan Khairy menyerang Anwar adalah selaras dengan polisi Singapura yang membenci Anwar Ibrahim.

Sebagai penutup, tulisan saya ini bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang kawan saya berikan ini. Saya tidak tahu perkara ini benar atau tidak. Cumanya, sejak akhir-akhir ini, hubungan Malaysia-Singapura nampaknya semakin rapat dan Najib terutamanya semakin intim dengan Lee Hsian Loong.

Bagi saya, sokongan Singapura kepada UMNO/BN tidak mengejutkan(kalau benar). Kalau saya jadi Singapura pun, saya akan menolong dan menyokong UMNO/BN. Saya tahu, selai UMNO/BN memerintah, Malaysia akan jadi lebih lemah dan lebih longlai tanpa saya perlu berbuat apa-apa. Juga, dengan amalan korupsi yang diamalkan oleh UMNO/BN, bermakna Singapura boleh membeli pemimpin-pemimpin di Malaysia sekirannya saya memerlukan apa-apa dari Malaysia.

Dengan kata lain, kaedah terbaik melemahkan musuh adalah menggunakan musuh saya itu sendiri. UMNOCO akan terus melemahkan serta menjatuhkan Malaysia tanpa Singapura perlu melakukan apa-apa. Free sahaja pada Singapura.

Tak hairanlah, Lee Kuan Yew pernah membuat kenyataan umum bahawa dengan SD800 juta, beliau boleh membeli keseluruhan UMNO/BN.

Bagi saya, demi menjamin kemerdekaan Malaysia, haruslah kita lontar UMNOCO/BN ke dalam Laut Cina Selatan.

Tulang Besi

1 comment:

  1. temberang suma nih... dari tadi aku cari mana 'DAP' dalam artikel ni.. tapi tak jumpa.

    Penyapu Sial, Singapura dapat bantu BN berkuasa? ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha........

    ReplyDelete