ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

30 August 2010

UMNO....beruk mak yee yang kumpul dosa dalam bulan ramadhan

Kepimpinan Umno lebih rela kutip dosa daripada pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT sepanjang Ramadhan dengan melemparkan fitnah semata-mata supaya rakyat terus memarahi kerajaan Pakatan Rakyat.

Umno juga sengaja mencari publisiti murahan mengaibkan individu yang dilihat janggal selama ini apabila berkhutbah dengan menyebut nama bukan Islam untuk mendapatkan hidayah.

Selain itu, mereka sanggup pula menyanggah keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi Hal Agama Islam Malaysia yang mengharus kemasukan pelancong bukan Islam ke masjid dan ruang solat asalkan mendapat persetujuan jawatankuasa dengan perlakuan dan tingkah laku tidak mencemarkan kesucian masjid serta sentiasa terkawal dan beradab.

Kepimpinan Umno lebih nampak dosa dari pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan. Sepatutnya mereka tidak bertindak begitu seandainya mereka bijak.

Pemimpin Umno memang ketandusan idea sehingga melakukan kesalahan yqang disifatkan memberikan bola tanggung untuk pembangkang membidas dengan sepakan kuda sepertimana aksi pemain sepak takraw Thailand.

Segala tuduhan terhadap dua isu terbaru itu jelas menunjukkan kejahilan para pemimpin Umno sendiri malahan menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian ahli Umno yang bijak menggunakan fikiran.

Sebenarnya, tindakan itu yang dianggap Umno boleh memerangkap PAS dan Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya menjatuhkan maruah parti asobiah itu sendiri yang kononnya mewakili serta mementingkan orang Melayu selama memerintah melebihi 53 tahun setelah negara mencapai kemerdekaan.

Sehubungan itu, Umno di desak supaya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' dalam gelanggang politik dengan tidak mencampuradukkan isu perkauman dan agama untuk meraih simpati orang Melayu.

Jika Umno 'anak jantan' sila berada dalam gelanggang sebenar dan jangan pula kerana terlalu terdesak gunakan orang luar untuk menyerang dan memukul Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment