ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

20 January 2010

Antara Anak Menantu P.Ramlee dan Anak Menantu Perdana Menteri

Malam tadi sekitar jam 11.30 malam, ketika sedang membantu kerja rumah anak-anak, pandangan saya tertangkap kepada siaran TV3 di ruang tamu di depan mata. Kalau tidak silap, rancangan tersebut bertajuk "Terjah". Yang menarik perhatian saya ialah kerana ia memaparkan keluarga Allayarham seniman agung P. Ramlee yang digambarkan berada dalam keadaan yang agak daif. Lalu dipaparkan mengenai kehidupan isteri dan anak-anak Allayarham Nasir P. Ramlee yang kais pagi makan pagi dan semakin tambah menderita selepas kematiannya.


Digambarkan bagaimana isteri Allayarham Nasir - Suria Bakar, 46 tahun yang sakit tetapi terpaksa bekerja kerana tiada lagi tempat bergantung. Kerjanya sebagai penjual goreng pisang hanya mampu meraih pendapatan bersih antara RM20-RM30 sehari yang sangat sukar bagi meneruskan survival di kota sebesar Kuala Lumpur. Yang menjadikan hati Suria sedih ialah tiada siapa yang katanya cuba bertanya kabar tentang dirinya sebagai menantu P.Ramlee dan anak-anaknya sebagai waris seniman agung.

Katanya dia dan anak-anak menggalas nama besar P.Ramlee sedangkan realiti kehidupan mereka jauh berbeza kerana selain dari melarat dan tidak dipedulikan masyarakat, mereka juga seperti disisihkan. Kata balu Nasir, rakan-rakan Allayarham suaminya dari kalangan artis dan bukan artis seperti cuba melarikan diri apabila cuba didekati, seolah-olah takut waris-waris P. Ramlee itu bakal meminta sesuatu dari mereka, sedangkan katanya mereka sekeluarga tidak bermaksud begitu.



Sedih juga mengenangkan nasib waris-waris P.Ramlee ini. Tapi jika P.Ramlee dapat hidup semula saya tidak fikir seniman agung yang karyanya segar sepanjang zaman itu akan terlalu kesal dengan nasib yang menimpa cucu-cucunya. Lagi pun cucu-cucunya masih muda dan masih jauh perjalanan hidup mereka. Mungkin ada yang bakal berjaya melebihi yang pernah dimiliki P.Ramlee.


Jika P.Ramlee masih hidup pasti dia bangga kerana anak kandungnya Nasir tidak bergantung kepada nama besarnya untuk meneruskan hidupnya. Begitu juga dua anak angkatnya Sabarudin dan Sazali yang semasa hidup cuma pekerja biasa yang tidak bergantung kepada ihsan nama seniman agung ayah mereka. P. Ramlee jika masih hidup tidak akan menangis kerana anak-anaknya membina kehidupan sendiri tanpa bergantung kepada pengaruh dan ihsan namanya.

Ia berbeza dengan anak-anak Perdana Menteri Malaysia - Najib Tun Razak, Hishamuddin Tun Hussain dan Mukhriz Tun Mahathir yang banyak bergantung kepada pengaruh, nama dan kuasa milik ayah mereka untuk membina karier politik masing-masing.

Begitu juga dengan Mukhriz anak Tun Mahathir dan Khairy Jamaludin menantu Tun Abdullah Badawi yang membina kejayaan dalam politik dan kekayaan hasil nama besar, kuasa dan pengaruh ayah dan mentua mereka. Nasib mereka jauh berbeza dengan nasib menantu P.Ramlee - Suria Bakar yang kini hidup merempat dan tidak bergantung kepada nama besar P.Ramlee.


Jika Allah menghidupkan Tun Razak dan Tun Hussain Onn semula, mereka pasti sedih melihat apa yang telah anak-anak mereka lakukan terhadap negara ini. Najib Tun Razak dan Hishamuddin Tun Hussain bukan saja menggunakan nama besar Tun Razak dan Tun Hussain untuk membina karier politik mereka, tetapi kedua mereka telah membuat banyak perkara yang tidak membantu membina kesejahteraan rakyat negara ini.


pendikar gunung kriang

No comments:

Post a Comment