ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 January 2010

KERAJAAN NEGERI SABAH LANTIK KETUA KAMPUNG DAN PENGERUSI JKKK BERTARAF 'SETINGGAN'


PARA Penduduk Kampung Upak, Ulu Segama menggesa Kerajaan Negeri Sabah agar tidak membuat kesilapan demi kesilapan dengan melantik Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung yang menjadi ‘Setinggan’ di Kampung berkenaan.

Jurucakap mereka, Loli Bakig, 31, ketika menghubungi Sabahkini.net berkata, beliau kesal kerana Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang dilantik tidak tinggal di kampung berkenaan, sebaliknya di bandar dan di kampung lain sehingga penduduk kampung bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

“Kami seperti ‘hamba abdi’ yang dikurung di penjara yang diwujudkan Wakil Rakyat dalam fikiran kami sendiri,” ujar Loli yang kesal kerana Ketua Kampungnya, Baginda Rumokoi jarang melawat kampungnya.

Manakala Pengerusi JKKK kampung tersebut, Lanjut Padun pula, kata Loli tinggal di Bukit Belacon yang terletak lebih kurang 20 kilometer daripada Kampung Upak.

“Oleh kerana itu, tiada siapa yang tahu kami hampir mati kebuluran kerana terputus hubungan selama satu minggu dengan dunia luar apabila berlaku banjir dan kampung kami tidak mempunyai talian telefon,” kata Loli yang menggesa agar Adun Lahad Datu dan Ahli Parlimen Silam campur tangan bagi memastikan kejadian berkenaan tidak berulang.

Kampung yang mempunyai penduduk seramai 300 penduduk tersebut, kata Loli terlalu mundur dan diabaikan selama ini kerana sikap kerajaan melantik Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK yang berstatus ‘Setinggan’ di kampung berkenaan.

sabahkini

No comments:

Post a Comment