ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 January 2010

Niat jahat media di sebalik 'cah keting'




Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas media yang menurutnya telah memperbesar-besarkan isu "cah keting" atau tikam belakang dalam parti itu sedangkan fenomena itu turut wujud dalam parti-parti politik lain.

Menteri Besar Kelantan itu berkata media juga telah salah tafsir saranannya dalam kuliah Jumaat minggu lalu supaya umat Islam mendoakan perlindungan daripada tuhan supaya parti itu dijauhi niat manusia yang ingin berbuat khianat atau menikam belakang.

Beliau percaya semua itu dilakukan dengan tujuan dan niat jahat untuk menimbulkan konflik dalam parti itu.

"Tindakan itu memperlihatkan seolah-olah tidak berlaku cah keting kepada pihak parti politik lain, termasuk Umno sendiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu, di Kota Baharu.

Pada Sabtu lalu, Mursyidul Am PAS itu mengakui budaya "cah keting" wujud di mana-mana, termasuk dalam PAS sendiri dan ia bukanlah merupakan perkara baru dalam mana-mana pertubuhan politik.

No comments:

Post a Comment