ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

29 January 2010

Politik Biadab Nakal Perjudi Dan Peralatkan Rumah Ibadat Bagi Kepentingan Politik

Peristiwa membakar surau dan melempar kepala babi di dalam masjid adalah gambaran bagaimana persoalan emosi dan sentemen umat Islam cuba di provokasi bagi membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap penganut agama lain kursusnya Kristian. Usaha ini di lakukan setelah kegagalan membentuk dan membangkitkan kemarahan umat Islam di dalam peristiwa pembakaran gereja ekoran dari isu penggunaan kalimah Allah.

Penangkapan suspek dalam kejadian pembakaran gereja dan surau yang terdiri dari kalangan umat Islam dan kini melemparkan kepala babi ke dalam masjid ternyata gagalnya pihak berkuasa agama Islam dan mereka yang punya kuasa dalam hal ehwal Islam memberikan kefahaman yang jelas betapa Islam sangat memuliakan rumah ibadat.

Melemparkan kepala babi yang di bungkus dalam pelastik lutsinar adalah petunjuk ianya di lakukan oleh orang yang jijik dan haram dengan babi. Kalau ianya di lakukan oleh orang tidak jijik dan tidak haram dengan babi sudah tentu ianya tidak perlu di letakkan dalam pelastik lutsinar. Kejadian tersebut ternyata berpunca dari kenakalan politik mengadudombakan rumah Ibadat bagi mencapai cita-cita politik Biadab Nakal.

Tindak tanduk politik Biadab Nakal ini adalah berpunca apabila mejoriti rakyat pelbagai kaum dan agama menolak dan tidak lagi terpengaruh dengan kenakalan politik golongan ini. Lalu mereka melakukan percubaan yang mengharapkan umat Islam kembali berpayung kepada politik murahan Biadab Nakal bagi memastikan kelangsungan kuasa politik mereka.

Saya sangat kesal dan kecewa apabila pembakaran gereja, surau dan kini melemparkan kepala babi dengan menjadikan rumah ibadat sebagai alat untuk mencaturkan politik adu domba dan menjejaskan keharmonian hidup rakyat Malaysia.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bertanggungjawab menghentikan dan menamatkan politik Biadab Nakal dan Usaha Memporakporandakan Negara Orang Malaysia .

"SELAMAT MALAYSIA "

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.

No comments:

Post a Comment