ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

28 January 2010

hari hari kita ditipu

Harga gula telah dinaikkan sebanyak rm0.20 sekilo, kenaikan yang begitu kecil oleh golongan yang berada, seolah-olah mencapat 10 kilogram ke laut, tiada ada apa-apa kesan kepadanya. Kesan kenaikan dari harga gula di hilangkan dengan mudah oleh kerajaan dengan menimbulkan beberapa isu yang semakin memualkan merimaskan rakyat Malaysia. Dengan isu kalimah Allah, dengan isu pembakaran gereja, dengan kesan vandalisme surau di johor dan yang terbaru adalah kes 2 kepala babi yang dilontarkan ke dalam masjid. Isu-isu ini seolah-olah membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan, atau isu ini hanya diwujudkan kerana untuk menghapuskan jejak kesan lain. Untuk mengelakan rakyat terus memperkatakan tentang isu kenaikan harga gula, isu yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku.

Apakah Tok Jib menggunakan ilmu yang sama seperti ilmu ayahandanya dalam mengukuhkan institusi kepimpinannya. Sewaktu 1969 13 mei berlaku, isunya agak hampir sama, Perikatan waktu itu mengalami keadaan seperti sekarang iaitu kehilangan undi 2/3 dari parlimen. 1969 perarakan kemenangan parti-parti pembangkang menjadi punca rusuhan atau tragedi 13 mei 1969. Dan pihak perikatan dapat memulihkan kekuatan dengan mewujudkan MAGERAN(MAJLIS GERAKAN NEGARA) yang mana diketuai oleh ayahanda Tok jib. Diwaktu mageranlah perikatan waktu itu sempat memulihkan maruah dan semangat yang telah tercalar dan koyak rabak kerana kehilangan banyak kerusi.

Dan pada hari ini, isu-isu yang seakan-akan sama telah berulang kembali, semacam strategi yang sama digunakan. Barisan Nasional akan pulih kembali kekuatan, maruah dan intergritinya jika dapat memanupulasikan keadaan semasa ini. Pihak Pas dibebankan dengan isu-isu keagamaan, Pkr diberi tugas untuk mendamaikan kaum-kaum yang mana selama ini harmoni dan tenteram, Dap terus diperdajalkan dengan isu-isu perkauman. Apabila Pakatan Rakyat ini diperdajalkan dan diperbodohkan dengan isu-isu semasa yang tidak masuk akal, ketiga parti ini disibukkan lagi oleh para pemblog yang mahu menaikan rating blognya. Pemimpin-pemimpin ketiga pakatan ini akan terus berhempas pulas untuk mendamaikan, mententeramkan dan mengharmonikan suasana, pada waktu ini Barisan Nasional sedang menikmati saat-saat penyembuhan, perubatan yang bertaraf dewa dalam keadaan tenang dan damai.

Hari ini kita lihat mca tenang, mic tidak ada kocakan, umno terus selesa dengan menjadi juara rakyat, yang ada kita lihat hanya parti pembangkang sahaja yang bertarung dengan bayang-bayang isu yang sengaja dimomokan oleh media. Pas dengan masalah Ugama islam, kebanyakan NGO, pemimpin Pas sendiri, pemimpin Parti pembangkang sendiri memberi masalah kepada pemimpin Pas, mengeluarkan hujah kononnya ini adalah demokrasi yang subur dalam Pas. timbul aje isu berkaitan dengan agama islam Pas akan mengalami banyak masalah. Makin hari makin banyak isu agama ditimbulkan dan tidak memberi ruang langsung kepada PAS untuk bernafas dengan selesa dan memberi serangan kepada UMNO. Akhirnya PAS akan lelah dan semput sendiri tanpa bantuan oksigen dari pendokong, penyanjung dan pemimpin sendiri.

Pemimpin dalaman PAS sendiri membekalkan maklumat dalaman Pas kepada orang luar yang tidak sepatutnya tahu apa yang berlaku dan musuh-musuh pas akan mudah menyerang pas menggunakan kelemahan ini. PKR dibebankan dengan masalah-masalah pentadbiran, isu-isu pasir, isu kepala babi, isu-isu tanah yang mana isu ini tidak sepatutnya menjadi duri dalam daging dalam pemerintahan. SPRM telah berjaya mewujudkan suasana yang tidak tenteram dalam pentadbiran Selangor, Sejak dari mula sehingga kini, MB ini dibebankan dengan masalah-masalah rasuah yang mana sepanjang pemerintahan kerajaan baru ini tidak pernah sunyi dari kunjungan SPRM, sudah menjadi lumrah kepada MB baru ini akan sentiasa berhadapan dengan SPRM.

Kedah tidak mendapat kunjungan SPRM, Penang ada sekejap dapat kunjungan SPRM, Kelantan baru-baru ini mendapat kunjungan SPRM, Perak tidak lama dapat kunjungan SPRM kerana dah karam kerana pendayungnya dah lompat ke kapal lain, sambil lompat sambil menebuk kapal yang ditumpanginya itu, apakah jenis manusia ini, yang pasti Selangor adalah negeri dibawah naungan SPRM. Pentadbiran menjadi kelam kabut kerana terlampau menghadap kepada isu-isu ini, diperbesar-besarkan dalam media, menjadi makanan rutin di Selangor akan mendapat kunjungan SPRM.

Pakatan rakyat akan terus dihidangkan dengan masalah-masalah yang makin banyak direkacipta untuk memudahkan umno dan barisan merawat lukanya yang parah. dalam rawatan pihak umno perlu mencipta sebanyak mana isu untuk menyusahkan pakatan rakyat untuk menyelesaikan dan umno ada masa untuk berubat. Masa ini pakatan rakyat tidak berupaya untuk menyerang umno kerana dibebankan dengan tugas-tugas khas yang diberikan oleh Umno. Keadaan selesa akan menyebabkan umno akan cepat sembuh dan mampu bangkit kembali seperti selepas tahun 1969

No comments:

Post a Comment