ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 January 2010

Hishammuddin tidak tolak ada usaha gagalkan konsep 1 Malaysia

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak menolak kemungkinan bahawa insiden membakar gereja dan surau merupakan satu cubaan untuk mengagalkan gagasan 1Malaysia.

Beliau bagaimanapun yakin gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu tidak akan terjejas dengan cubaan itu.

Katanya beliau percaya orang ramai akan memahami bahawa pengertian sebenarnya gagasan 1Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama ke arah kemajuan yang lebih tinggi.

“Gagasan 1Malaysia...bertepatan dengan keperluan dan tuntutan orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program “Juara Rakyat” peringkat negeri di Dewan Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu, di sini.

Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berharap semua pemimpin Umno akan memberikan sokongan padu dalam menjayakan gagasan itu.

Mengenai kejadian membakar dua buah surau di Muar, Johor semalam, Hishammuddin yang kesal dengan kejadian itu berkata beliau percaya tindakan itu bukan sahaja rasa kecewa di kalangan masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam yang selama ini hidup dalam keadaan yang rukun dan damai.

“Memang saya kecewa dan saya rasa majoriti rakyat Malaysia juga kecewa. Bila gereja dibakar, saya tengok majoriti umat Islam marah, kecewa dan bila berlaku (bakar) surau di Muar, yang bukan Islam pun kecewa.”

Dalam pada itu, beliau berkata Ketua Polis Negara dan timbalannya serta Ketua Polis Johor telah diarahkan supaya segera menjalankan siasatan berhubung insiden cubaan membakar dua buah surau itu.

Hishammuddin berkata walaupun jumlah kerugian yang dianggarkan kira-kira RM500 bagi kedua-dua buah rumah ibadat terbabit adalah kecil, namun tindakan yang dilihat cuba mencetuskan keadaan yang tegang itu dipandang serius oleh kerajaan.

Beliau meminta rakyat bertenang dan yakin dengan siasatan yang dilakukan oleh polis dalam usaha menjejaki mereka yang terlibat dalam cubaan membakar dua buah surau berkenaan.

“Bila kita kata kita akan ambil tindakan, kita akan siasat dengan bersungguh-sungguh dan kita akan bawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya.




penyapu sial


Dia ni tak habis habis dengan proganda politik. Tak ada ke kerja lain yg lebih afdal dan memberi manafaat kepada seluruh rakyat. Tak payah nak ulas apa dia 1Malaysia, rakyat dah maklum apa yg sebenarnya. Negara ini tak habis habis dengan cogan kata yg tak kemana mana, seperti Bersih, cekap dan amanah, tembelang, gemilang, temberang, rakyat di kerjakan dahulu. Negara maju seperti Jepun, Korea, USA, UK, France, Germany, Italy, Canada, Australia, New Zealand, Singapore tak perlu pun kata kata retorik seperti ini.

No comments:

Post a Comment