ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

24 January 2010

potong, potong dan memotong - Umno hebat merangka strategi

"Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam telah menafikan mengenai pemotongan elaun elaun sara hidup (COLA) dan juga Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) seperti yang diwar-warkan oleh blog-blog yang berpengaruh.

Ini bermakna COLA dan ITP akan di teruskan seperti biasa dan penjawat awam boleh bernafas dengan lega. Kalau tidak nafas akan tersekat-sekat seperti bernafas dalam lumpur. Mana-mana penjawat awam yang berkira-kira nak memangkah Parti Pembangkang dalam Pilihanraya Umum yang 13 boleh menarik balik kenyataan dan pendirian itu.

Walaupun penafian ini dilakukan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, ini tidak bermakna bahawa perkara ini tidak akan berlaku. Perkara seperti ini bukanlah luar biasa bagi negara Malaysia. Apa yang tidak pernah sebelum ini mungkin akan berlaku, jangan percaya kepada khabar angin tetapi angin yang kecil menyamankan udara dan mendamaikan manusia tapi jika angin ini bertukar kepada tiupan yang lebih ganas ia akan mengakibatkan kemusnahan yang teruk seperti ribut taufan yang melanda.

Mungkin pemotongan eluan COLA dan ITP akan berlaku sedikit masa lagi, dan percayalah bahawa semua ini tidak mustahil. Kerajaan akan mula memotong COLA dan ITP dengan segera dan akan menjimatkan perbelanjaan pembayaran dan kerajaan akan membagi semula COLA dan ITP apabila akan berlaku pilihanraya umum yang ke13. Diwaktu rakyat terjerut dengan masalah ekonomi dan susah mendapatkan duit kerajaan akan datang memberi bantuan, Rakyat akan dianugerah kembali elaun COLA, ITP dan juga akan diberi bonus tambahan. Rakyat akan kembali lega dengan pengembalian COLA, ITP dan wang bonus, Diwaktu ini rakyat yang lega dengan kembalinya COLA, ITP dan bonus akan kembali menyokong BN dan UMNO, Begitu mudah memperdayakan rakyat yang telah susah disusahkan oleh Pemimpin UMNO.
Strategi ini amat berkesan kepada rakyat yang menderita kerana kenaikan harga barang yang begitu mengcengkam rakyat. Dengan mengembalikan Elaun COLA dan ITP bermakna kuasa beli rakyat akan kembali seperti biasa.

Dan jarum-jarum halus akan digerakkan oleh media dengan mengagungkan kebaikan umno. Pemimpin Umno faham kesusahan rakyat. Begitu ampuh strategi ini. Dan Umno akan kembali mendapat undi dari penjawat-penjawat awam.

Apa yang dilakukan dalam bujet, iaitu mewajibkan pemeriksaan PUSPAKOM kepada kereta-kereta yang berusia 15 tahun keatas, dan apabila pemimpin UMNO kononnya bersuara bahawa pemeriksaan ini akan menyusahkan rakyat Malaysia, dan kesempatan ini telah diambil dengan baik oleh UMNO untuk menyatakan bantahan, dan kononnya bantahan ini berjaya dan akhirnya kerajaan UMNO pun akur dengan bantahan pemimpin UMNO. Dan pemeriksaan keatas kereta yang berusia 15 tahun keatas ditarik balik. Media pun mencanangkan kebaikan PM kerana menerima pandangan rakyat, dan tindakan ini menarik balik pemeriksaan ini adalah satu strategi sebenarnya tapi begitu baik disusun dan nampak begitu jujur dalam persembahan. Pm 1 Malaysia mendapat kredit hasil lakonan ini.

Begitu juga masa Anuar Ibrahim menjadi menteri kewangan, lesen memandu dinaikkan sehinga rm60.00 setahun, pemimpin umno mengeluarkan kenyataan bahawa tidak patut dinaikkan kerana menyusahkan rakyat. Dan Anuar ibrahim menteri kewangan waktu itu menarik balik kenaikan lesen memandu. Dan rakyat menyambut baik lakonan ini, begitu berbisa lakonan yang dimainkan dan rakyat akan terus tertipu dan tertipu. Umno prihatin kepada permintaan rakyat Malaysia. Begitulah rakyat Malaysia terus diperbodohkan oleh pemimpin umno dari dulu kini dan selamanya. Sebelum rakyat rebah menyembah bumi rebahkanlah UMNO dari takhta di Putrajaya.


kayukelat

No comments:

Post a Comment