ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

23 January 2010

betul ke buaya....???....bukan kot...????..tak percaya tanya MB 9 dan PERHILITAN...pakar kelentong haiwan haiwan untuk tujuan pelancungan,,,,...

Korek biji mata buaya untuk selamatkan diri






















KUCHING,  — Seorang pemandu lori terpaksa bergelut dengan seekor buaya selama kira-kira 10 minit untuk menyelamatkan diri daripada menjadi habuan reptilia yang menyambar kakinya itu semasa beliau sedang mandi di Sungai Semada, Balai Ringin dekat sini semalam.

Mathias Winston, 37, (gambar) dari Kampung Semada Belatok, kira-kira 40 kilometer dari pekan Serian mengalami kecederaan di paha kiri, betis dan tapak tangan kanannya selepas diterkam dan dihempas buaya yang ‘mengamuk’ itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang, Mathias yang sedang mandi bersendirian di sungai, diserang buaya berukuran kira-kira enam meter panjang itu, yang pada mulanya menyambar bahagian betis kanan.

Isteri Mathias, Mira Dehim, 37, yang ditemui di Hospital Umum Sarawak di sini hari ini berkata ketika kejadian beliau sedang memasak di rumah apabila beliau terdengar jeritan suaminya meminta tolong.

“Saya ingat suami saya akan mati. Buaya itu ganas dan menerkam kaki selain beberapa kali menghempas badannya. Saya terus tarik tangan suami, tapi buaya itu tidak lepaskan gigitan, saya hampir jatuh,” katanya.

Mira berkata buaya itu melepaskan gigitannya hanya selepas Mathias mengorek biji mata reptilia itu.

“Suami saya cuba membuka mulut buaya untuk melepaskan diri namun gagal. Dia sempat capai bahagian mata buaya itu dan cuba mengorek biji matanya.

“Buaya itu kemudian melepaskan gigitan dan terus menghilangkan diri,” katanya. Mathias yang dibawa ke Hospital Serian kemudian dirujuk kepada HUS untuk rawatan lanjut.

Mira berkata ini merupakan kes kedua serangan buaya di Sungai Semada, di mana sebelum ini pada tahun 2008, pakciknya turut diserang seekor buaya tidak jauh dari tempat kejadian dan mengalami kecederaan di bahagian pinggang, paha serta tulang rusuk.

“Akhir-akhir ini, dua hingga tiga ekor buaya selalu timbul di sungai itu pada sebelah petang. Saya harap pihak berkuasa dapat ambil tindakan agar kejadian serangan buaya tidak berulang,” katanya. — Bernama


kisah buaya dan klentong MB N9 serta PERHILITAN di sini...


kan aku dah kata...pantai port dickson ada buaya....!!!!

kisah buaya...bukan buaya darat port dickson....

Buaya Di Port Dickson, Penafian MB N9 Kurang Meyakinkan......!!!!


percaya dengan ramalan sendiri @ dengan perangai haiwan PERHILITAN ...


buaya punya angkara...yu pulak di ikanhitam kan....he he he...!!!!

No comments:

Post a Comment