ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

03 January 2010

bila Maal Hijrah di ketepikan...maksiat di tahun baru di utamakan....

Antara Tahun Baru atau Maal Hijrah

Tahun 2009 telah melabuhkan tirainya dan bermula dari tengah malam semalam lembaran baru tahun 2010 mula menghitung detik kiraannya. Sejak semalam juga, penduduk seluruh dunia rata-ratanya menyambutnya dengan perasaan gembira dengan mengadakan sambutan secara besar-besaran.

Namun, ramai tidak menyedari realiti keseronokan sambutan tahun baru yang menyumbang kepada isu keruntuhan moral khususnya kalangan remaja.

Budaya berpesta, bercampur antara lelaki dan wanita meminggirkan mereka daripada kesedarana muhasabah diri menjelang tahun baru.

Ramai anak gadis hilang dara, puluhan remaja dicekup merempit adalah sebahagian fenomena biasa setipa kali sambutan diadakan.

Apa yang berlaku jelas terpesong daripada budaya dan identiti bangsa, hingga timbul persoalan bilakah generasi muda kita akan berubah?

Jika ditanya kepada golongan remaja beragama Islam, adakah mereka ini memahami erti sebenar tahun baru hijrah berlandaskan Islam. Apa yang mereka tahu hanya meraikan sambutan tahun baru dengan cara tersendiri yang dianggap sebagai ‘gaya hidup moden’.

Sambutan yang lebih berpaksikan kepada hiburan ini mungkin boleh diubah dengan program yang lebih bermakna sekiranya pihak berkaitan bersungguh untuk melakukan perubahan dan penghijrahan.

Seharusnya mereka ini meneliti setiap detik waktu yang dilalui sama ada diisi dengan perkara sia-sia atau sebaliknya. Saban tahun, tidak ramai mengetahui makna atau pengertian Hijrah.


Nilai moral yang rendah

Umat Islam seharusnya tahu mana yang lebih patut diutamakan berbanding melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah. Demikian menurut Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut, 63, mengulas tentang sambutan Tahun Baru atau Maal Hijrah.

Tegasnya, menyambut perayaan tahun baru hijrah dengan budaya negatif seperti maksiat, berhibur dengan muzik yang melalaikan, bercampur gaul antara lelaki dan perempuan adalah perkara yang dilarang oleh Allah.

“Setiap kali menjelang tahun baru dan ada sahaja sambutan atau acara menarik berkonsepkan hiburan, pasti golongan muda tidak melepaskan peluang melakukan maksiat.

“Alangkah baiknya, sambutan tahun baru disambut dengan penuh kesyukuran, mengimarahkan masjid, membaca Al-Quran dan memohon doa kebaikan. Malangnya kesedaran umat Islam di negara ini amat rendah mereka lebih meraikan tahun baru hijrah berbanding memuliakan Maal Hijrah, berbanding sambutan tahun baru kalendar masihi,” katanya.

Dalam mengejar kemajuan, umat Islam di negara ini nampaknya sudah hilang kepekaan terhadap mana yang sepatutnya diutamakan. Misalnya Hari Krismas yang jatuhnya tanggal 25 Disember baru-baru ini begitu ketara diraikan termasuk oleh ramai umat Islam itu sendiri, walhal Maal Hijrah yang jatuh seminggu lebih awal begitu dipandang sepi.

Nooh yang juga Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Johor 2009 berkata, tidak salah seorang umat Islam itu mahu menyambut tahun baru, tapi biarlah ia disambut secara sederhana, tidak ada perkara-perkara yang melalaikan apatah lagi diiringi dengan perkara yang mengundang maksiat atau mukadimah maksiat itu sendiri.

Semua pihak terutamanya pemimpin negara, masyarakat perlu menggemblengkan tenaga Umat Islam perlu sedar dan sentiasa berusaha memaparkan serta menganjurkan program-program tentang kehebatan, kemuliaan dan kebesaran agama Islam itu sendiri

“Sepatutnya umat Islam perlu berlumba-lumba memanfaatkan kedatangan Maal Hijrah selain merenung kembali berapa banyak amalan serta kejayaan yang telah dilakukan dan dicapai.

“Jangan batalkan syahadah dengan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Ingatlah dengan janji balasan Allah kepada mereka yang melakukan maksiat,” katanya.


Bukan perayaan keagamaan

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memberitahu, perayaan itu diambil mengikut kepada takwim Masihi yang digunakan pakai hampir dalam segala urusan dan kenyataan itu sesuatu yang tidak boleh dinafikan.

“Sambutan tahun baru mengikut takwim Masihi diraikan oleh kebanyakan bangsa dan perayaan ini tiada kaitan dengan keagamaan. Apabila semua bangsa meraikannya, maka sambutan itu nampak lebih meriah dan meluas,” katanya.

Apabila satu perayaan disambut oleh segenap lapisan masyarakat, kaum dan agama, semestinya perayaan seperti itu akan nampak lebih besar, meriah dan mendapat sambutan yang begitu meluas.

“Dalam Islam, kita juga meraikan sambutan tahun baru Islam mengikut takwim Hijrah pada 1 Muharram. Cara sambutan yang kita buat sebagai umat Islam juga berlainan di mana kita meraikan kehadirannya dengan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dan memperingati Rasulullah SAW.

“Hari ini kita berasa gembira apabila melihat kesedaran di kalangan umat Islam dalam meraikan hari-hari penting dalam Islam seperti Awal Muharram, Nuzul Quran dan sebagainya semakin difahami menjadikan ia lebih bermakna di samping banyak program dianjurkan dalam memperingatinya,” katanya.

Beliau berharap agar kesedaran umat Islam akan berterusan dengan gaya hidup Islam yang lebih bertamadun di samping mempunyai nilai moral yang tinggi.


Kenal pasti lokasi panas

Setiap tahun sambutan tahun baru pasti akan disambut dengan meriah di seluruh negeri terutamanya di ibu negara iaitu di Kuala Lumpur, pelbagai konsert-konsert hiburan diadakan maka banyak gejala sosial turut berlaku.

Antaranya kes mabuk dan maksiat yang makin berleluasa setiap kali menjelang sambutan dan perayaan. Sinar Harian menghubungi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bagi meminta ulasan lanjut.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, seperti tahun-tahun lalu Jawi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalankan rondaan dan operasi bersepadu terutamanya membanteras maksiat terutamanya di hotel-hotel murah dan rumah-rumah tumpangan yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

“Operasi ini memang dilakukan bukan sahaja seperti perayaan malam tahun baru tetapi juga pada setiap hari apabila kami menerima maklumat orang ramai melalui talian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan hotline Jawi," katanya.

No comments:

Post a Comment