ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

10 January 2010

bila PM kacukan melayu-monggolia hanya pandai baca terjemahan al-quran...maka berkeriau makmum makmum mazhab ameno...!!!!

APABILA TOK JIB PETIK TERJEMAHAN AYAT AL-QURAN




















Wanita mithali yang solehah ?

MAKA bercucuran lah air mata rakyat terutamanya yang menganut `mazhab Ameno' parti yang sekular dan bersemangat kebangsaan itu apabila Presiden mereka memetik terjemahan ayat Al-Quran. Tiada mereka sangka rupanya Presiden mereka `alim' dan tahu tentang isi Al-Quran dan amat bertuahnya mereka rasa memunyai Presiden sedemikian. Selama ini mereka selalu beranggapan bahawa Presiden mereka hanya tahu berbahasa `Monggolia' sahaja.

Mungkin Presiden mereka Tok Jib tahu isi Al-Quran, maka sebab itu lah isterinya sentiasa menutup aurat. Sebab itu lah juga gamaknya akta ISA masih dipertahankan dan sebab itu lah juga hukum hudud sedang berjalan sekarang di negara yang diperintah oleh Tok Jib ini. Maka, tidak hairan lah kes DS Anwar akan dibicarakan di mahkamah Syariah seberapa segera dengan menampilkan empat orang saksi. Di negara Tok Jib mana ada lesen judi dan arak yang dikeluarkan? Jika ada, itu hanya fitnah pembangkang sahaja. Mustahil insan warak yang tahu Al-Quran ini mahu berbuat demikian di dalam pemerintahannya.

Mengulas isu sensitif berkaitan Kalimah Allah dan juga perbuatan khianat membakar gereja, Tok Jib menunjukkan kewibawaannya sebagai Ulamak Ameno. Beliau memetik terjemahan ayat Al-Quran, "Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadah dalam agama yang lain adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk...bukan sahaja di sisi undang-undang negara... segi agama Islampun kita dilarang oleh agama untuk melakukan perbuatan seperti ini. "Dalam Surah Al An'am Ayat 108, Allah berfirman " Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan."

Itulah kata-kata Tok Jib seperti yang disiarkan di dalam akhbar semalam. Bukan Tok Jib tidak boleh membaca Al-Quran, tetapi beliau tahu jika beliau membaca ayat Al-Quran ramai yang tidak tahu, maka beliau hanya membaca terjemahannya sahaja di dalam bahasa ibunda Tok Jib. Mungkin beliau selepas ini akan menterjemahkannya ke dalam bahasa Monggolia.


Oleh: WFAUZDIN NS

No comments:

Post a Comment