ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

03 January 2010

cukup kaya tapi miskin sampai ada rakyat yang jadi pelacur

Negeri Sabah sebenarnyai cukup kaya. Ada balak, ada tembaga, ada emas, ada kepala sawit, tanah luas dan terakhir merupakan pemilik telaga minyak paling besar di tenggara Asia, tetapi kenapa kita miskin? saya ulangi lagi "KENAPA NEGERI KITA MISKIN?"

Negeri lain di Semananjung tidak sekaya kita, tetapi kita kaya menjadi negeri termiskin di Malaysia? Bukankah anih bin ajaib namanya itu? 23% kemiskinan Sabah pak !...itu fakta yang jelas dikeluarkan oleh pemerintah/Kerajaan yang buat.

Kemiskinan di Penang hanya 5% dan demikian juga Selangor dan Kelantan negeri termiskin, tetapi tidaklah semikin kita ini. Nah, lalu ke mana harta Sabah diangkut? Apa para pemimpin Sabah tidak bijak mengurus negeri Sabah ini? Apa akan disalahkan rakyat Sabah lagi yang tidak pandai mengurus diri?

Kalau Rakyat Sabah disalahkan, kenapa zaman USNO, BERJAYA dan PBS tidak semiskin seperti sekarang ini? apa bezanya otak rakyat dulu dan rakyat pimpinan BN sekarang ini?

Saya harap para pemimpin BN di Sabah bisa menjawab persoalan ini tanpa mengaitkan nama Anwar Ibrahim kerana Anwar tidak ada kaitan hal kemiskinan di Sabah ini.

Saya bertanya kepada para pemimpin BN terutama di Sabah ini. Kan elok adakan debat antara PKR dan BN mengenai isu ini, dan sekaligus panggil sama DAP dan SAPP untuk menyilat kata tuduhan ini agar rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Saya bercakap ini bukan main-main/bukan sengaja cari publisiti murahan, tetapi saya agak rawan sekali melihat lulusan universiti, belum dikira lulusan kolej/ramai yang mengganggur tak punya pekerjaan untuk membantu orang tua.

Mereka yang sudah sekian lama membiayai persekolahan anak-anak/ramai balik kampung dan masih minta makan dengan orang tua yang kalau berkerja di kerajaan dikira selesai, tetapi yang tak ada kerja/bagaimana mahu hidup?

Lihat fakta berapa orang yang juga lari ke kuala lumpur, selangor dan singapura? mereka berkerja di kilang-kilang. Ramai mereka ini adalah belia-belia dari Sabah yang memang tidak punya pekerjaan di Sabah. Gaji mereka tidak seberapa dan cukup menyedihkan terpaksa menyewa kamar dan makan hanya magi dan terpaksa sesekali menahan lapar.

Yang paling mengecewakan ialah mereka yang pergi ke Singapura/ada kalangan anak bangsa kita berkerja di sana/wang tak cukup biayai sara hidup, lalu menjadi PELACUR secara sambilan untuk menampung perbelanjaan. Ini fakta yang saya dapatkan dari seorang kawan dan ada juga dibunuh di Singapura. Cukup sedih bila mengenangkan keadaan ini.

Apa tindakan kerajaan Sabah untuk menyelesaikan masalah ini? Saya tahu ada bermacam juga dilakukan, tetapi saya lihat hanya semacam sambil lewa sahaja dan tidak serius sangat dan alangkah baiknya kalau di Sabah ini dibikin kilang misalnya yang bisa menampung sebarang pekerjaan untuk kaum belia kita dan ini mengelak mereka ke semanannung Malaysia yang akhirnya melakukan perkara buruk bila kesempitan wang untuk sara hidup.

Inilah persoalan bangsa kita. Apaklah hal semacam ini tidak diperhatikan atau mereka hanya memikirkan berapa juta wang masuk ke kantung sendiri untuk cepat kaya alias buang main judi kalah 25 juta di luar negeri dan rakyat pula dibiar miskin papa kedana hidup menderita pahit jua kesannya.

Saya akan terus menulis tanpa henti dan saya tidak pernah gentar kerana mereka itu juga manusia seperti saya/Kalau memang saya ini menghasut atau "BIADAP" istilahnya dalam bidang penulisan yang saya kawini bertahun-tahun lamanya/silakan lakukan apa saja kerana usia senja seperti ini tentunya tidak bermakna kalau disumbat ke penjara dan saya sendiri sudah siapa sedia akan bangun terus menendang dan terjang.

Rakyat Sabah harus bangun dan sedar/jangan sampai leka tidur kesiangan, tau-tau akhirnya menjadi pelarian di bumi sendiri. Saya tidak pernah gusar sedikutpun dan kawan-kawan tidak usah risau dan saya akan terus memperjuangkan hidup rakyat yang miskin meski saya gagal menduduki kerusi MP lewat pilihanraya lalu/saya tak salahkah rakyat yang belum mengerti erti hidup ini sebenarnya. Tak apa.

BILA kita memeperjuangkan rakyat yang miskin, itu bermakna perjuangan agama sebab agama tidak mahu rakyat miskin sebab miskin menghampir kufur/teruskan dan saya terpaksa jua pergi kerana sudah tidak punya tanah untuk membikin rumah. Tanah yang ada rupanya milik orang asing.

BILA rakyat miskin, maka sekaligus melarang rakyat punya pendidikan dan bila rakyat tak punya pendidikan/lalu samalah istillahnya di zaman Raffles yang tak mahu menghantar rakyat biasa belajar lebih tinggi kecuali anak raja/inilah yang kita terima/makanya di SK Mantanani tak seorang lulus peperiksaan darjah enam/satu sejarah buruk dalam pendidikan negara kita.

Apa kata BN?

No comments:

Post a Comment