ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

04 January 2010

Jaga jaga arrr....Tendangan polis bernilai setengah juta




“Walaupun dapat wang sebanyak itu, saya tetap lumpuh dan tak boleh buat apa-apa dalam keadaan begini.”

“Emak dan ayah banyak berkorban wang ringgit, tenaga dan masa sejak 10 tahun saya terlantar sakit. Malah wang yang diperoleh itu pun, pasa saya masih tak cukup untuk membayar jasa mereka dan menampung kehidupan saya pada masa depan,” kata Syarizan Sudirmin yang kini lumpuh.

Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan mengarahkan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi RM552,299.59 kepada Syarizan yang menderita lumpuh selepas motosikal ditungganginya ditendang oleh seorang anggota polis dalam sekatan jalan raya 10 tahun lalu.

Hakim Datuk V.T. Singham memerintahkan supaya bayaran yang meliputi ganti rugi khas, ganti rugi teladan dan ganti rugi am tersebut dibuat kepada Syarizan Sudirmin, 26, dari Kampung Tengah, Pulau Pangkor, Perak ekoran kejadian yang menimpanya pada 9 September 1999.

Bagi ganti rugi khas, Singham memerintahkan supaya kerajaan membayar ganti rugi khas RM11,987.09 dan ganti rugi teladan sebanyak RM50,000 kepada Syarizan atau plaintif pertama.

Syarizan bagaimanapun hanya menerima 75 peratus atau RM490,312.50 daripada ganti rugi am yang diputuskan oleh hakim dengan alasan kejadian tersebut sebahagian daripadanya berpunca daripada tindakan plaintif sendiri.

Perbicaraan dijalankan di Kuantan selepas Singham dipindahkan ke Pahang.

Singham sebelum itu beberapa kali mengendalikan perbicaraan kes ini di Ipoh.

Dalam penghakimannya, Singham dipetik Harian Metro berkata, mahkamah bersetuju defendan pertama Lans Koperal Abdul Rahman Bukil bertindak keterlaluan dan tidak wajar apabila menendang motosikal ditungangani Syarizan dan pemboncengnya sehingga menyebabkan mereka hilang kawalan lalu terbabas.

Bercakap kepada Harian Metro di Kampung Tengah di sini, Syarizan berkata dia bukan mata duitan apabila menyatakan wang pampasan itu masih tidak mencukupi, namun lebih trauma apabila memikirkan kejadian sedekad lalu itu.

“Sejak kemalangan itu pada 1999, hidup saya berubah.

“Enam tahun saya di hospital, 21 hari koma di Hospital Ipoh, selain dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Manjung,” katanya.

“Dalam tempoh itu, terutama ketika di HKL, emak dan ayah sering berulang-alik.

“Lebih menyedihkan, ayah yang bekerja sebagai nelayan ketika itu terpaksa ke laut mencari duit menanggung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang saya di sana,” katanya sebak.

Selain itu kata Syarizan, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk kos membeli ubat termasuk membeli ubat termasuk mencuci luka dan rawatan lain.

“Bukan tidak puas hati tapi saya akan minta penguam mencabar semula keputusan itu supaya pampasan diterima lebih tinggi, jika boleh RM1 juta atau RM2 juta.

“Ini kerana sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga dan dalam keadaan tidak boleh melakukan sebarang kerja, saya sedih dan kecewa mengenangkan nasib adik-adik.

“Emak suri rumah sepenuh masa manakala ayah kini mengambil upah membawa kaki pancing ke laut. Selain itu, saya ada tujuh beradik perempuan termasuk kakak sulung dan empat adik lelaki yang masih kecil dan semuanya memerlukan bantuan kewangan,” katanya lagi.

Selain itu katanya, sejak disahkan lumpuh, dia tidak mendapat bantuan mana-mana pihak.



penyapu sial


pulis oh pulis....kejahatan mu di mana mana....setakat tendang kacang punya....C4 pun depa boleh seludup bawak keluar dan bawak pi test dengan altantuya....gua tatak helan punya....!!!!

No comments:

Post a Comment