ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 January 2010

Pornthip perlukan jaminan tidak ditangkap hadir inkues Teoh

Laporan polis yang dibuat seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli patologi dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand minggu lalu menjadi isu yang mengundang ketegangan dalam prosiding inkues Teoh Beng Hock di Mahkamah Majistret hari ini.

Peguam Karpal Singh yang mewakili abang Beng Hock, Teoh Meng Kee mendakwa laporan polis itu sengaja dibuat bagi menakut-nakutkan dan mengugut Pornthip daripada memberi keterangan berhubung bedah siasat kedua ke atas Beng Hock baru-baru ini.

Katanya mahkamah perlu mendengar permohonan Meng Kee yang memfailkan usul pada Selasa lalu supaya pegawai SPRM Raub Ghani dikenakan tindakan menghina mahkamah dahulu, sebelum meneruskan prosiding.

Karpal berkata Porntip memerlukan satu jaminan agar beliau tidak ditangkap oleh pihak imigresen ketika tiba di negara ini.

Koroner Azmil Muntapha Abas pada awalnya tidak bersetuju dengan cadangan Karpal untuk mendengar permohonan itu kerana berpendapat ia adalah isu luar daripada inkues dan berhasrat meneruskan prosiding dengan menetapkan tarikh untuk membolehkan doktor yang terlibat dalam bedah siasat kedua memberi keterangan.

Gobind Singh Deo memberitahu mahkamah bahawa Pornthip, yang dilantik sebagai saksi pakar oleh kerajaan negeri Selangor memohon khidmat nasihat perundangan berhubung implikasi laporan polis yang dibuat oleh pegawai SPRM.

"Ekoran ancaman bahawa Pornthip boleh ditangkap apabila beliau datang ke sini, kami tidak pasti sama ada beliau boleh datang," katanya.

Koroner juga mengarahkan SPRM mengemukakan kesemua laporan polis yang dibuat esok.

Bagaimanapun ekoran desakan daripada Karpal dan Gobind yang mewakili keluarga Beng Hock, beliau akhirnya bersetuju dan menetapkan 15 Jan ini untuk mendengar hujahan.

Katanya prosiding inkues akan disambung semula selepas kesemua pihak berhujah.

Mereka yang terbabit dalam bedah sisat kedua adalah Ketua Patologi Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, Dr Prashant Naresh Samberkar dan Dr Khairul Azman Ibrahim manakala pakar patologi, K Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ditugaskan merakamkan gambar bedah siasat itu.

Pemerhati pakar forensik bebas, Prof Dr Peter Vanezis dari United Kingdom mewakili SPRM dan Porntip mewakili kerajaan Selangor.

Pada pagi ini hanya laporan daripada Dr Shahidan diserah kepada mahkamah.

Terdahulu Peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa membantah permohonan Gobind kerana laporan polis itu dikatakan dibuat atas kapasiti peribadi dan bukannya SPRM.

Jumaat lalu dua anggota SPRM membuat laporan polis berhubung satu laporan sebuah akhbar tabloid tempatan Suara Keadilan yang bertajuk "Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh".

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya Hisyam Mohd Yusoff, 30, membuat laporan polis terhadap akhbar tabloid itu yang menyiarkan satu berita yang dianggapnya subjudis, melampaui kuasa satu inkues sedang berlangsung, manakala Raub juga dari cawangan yang sama membuat laporan polis mengenai tindakan Pornthip yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Kedua-dua mereka membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.



penyapu sial

Porntip tak perlu takut sebab negara dia tentu akan ambil tindakan keras terhadap negara kita kerana tindakan yang bodoh terhadap warganegara nya yang dihormati dan disanjungi

No comments:

Post a Comment