ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

05 January 2010

Siasatan Enjin Jet Hilang, Mungkin Fakta Dan Bukti Juga Dihilangkan



Pengumuman yang di buat oleh Peguam Negara tentang hasil siasatan yang di buat oleh Polis sangat tidak meyakinkan malah sangat meragukan. Peguam Negara menyatakan tidak ada Pegawai Kanan atasan TUDM yang terlibat dengan kehilangan enjin jet F5E, katanya yang terlibat hanya Pegawai Rendah sahaja.

Persoalannya ialah adakah kehilangan enjin jet hanya membabitkan Pegawai Rendah dan anggota biasa sahaja? Ini bukan kehilangan spare part di kedai baiki kereta yang boleh seorang pormen boleh masukan barang dalam poket dia dan keluar dari kedai tersebut untuk jual di pasaran gelap. Kalau spare part kedai baiki motor hilang boleh lah di katakan tauke tak tahu ini enjin jet dan bukannya boleh di junjung di atas bahu seorang prebet cabuk TUDM, melainkan mesti satu pakatan yang cukup bersetrategi.

Ingin saya nyatakan berkaitan siasatan Polis yang di umumkan oleh Peguam Negara bahawa tiada penglibatan Pegawai Kanan atasan sangat meragukan. Tempoh masa yang panjang setahun 4 bulan bermula dari Ogos 2008 untuk siasatan dan tolak menolak antara Peguam Negara dan PDRM memungkinkan sebagai satu strategi untuk memadam dan menghilangkan bahan bukti dan fakta kes yang membabitkan Pegawai Kanan atasan TUDM dan penglibatan politik di KEMENTAH dan Kerajaan. Bukti yang jelas dalam kes kematian Altantuya ialah dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sepatutnya berada dalam simpanan Imegresen telah di hilangkan. Begitu juga dalam kes kehilangan enjin jet ini. Kenyataan awal yang di buat oleh Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera bahawa ada pegawai pangkat Bregedia Jeneral dan berbagai pangkat telah di ambil tindakan di berhentikan kerana terlibat dalam kes ini tetapi kemudian di nafikan dengan kenyataan mengatakan mereka di berhentikan kerana kes yang lain. Ini menunjukkan ada sesuatu yang cuba di sembunyikan.

Saya mencabar Perdana Menteri jika benar beliau menyatakan kerajaan tidak hendak menyembunyikan apa-apa dalam kes ini, beliau mesti berani menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk mengendalikan siasatan dalam kes kehilangan enjin jet atau pun sekurang-kurangnya memanggil segera sidang khas Parlimen dan membawa satu usul pembentukkan Jawatankuasa Siasatan Bebas di bawah Parlimen. Jika tidak saya menganggap siasatan yang di umumkan oleh Peguam Negara adalah satu konspirasi antara PDRM, TUDM, AG dan BN untuk memangsa dan mengkambing hitamkan Pegawai Rendah TUDM bagi menyelamatkan kepentingan politik BN bukan sahaja dalam kes ini tetapi dalam isu pembelian dan penjualan keperluan dalam industri Pertahanan yang melibatkan amalan rasuah dan penyelewengan pemimpin BN.

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.

No comments:

Post a Comment