ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

05 January 2010

UMNO Hina Syariat Allah, Herald Guna Nama Allah! Sama Saja....

Keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini tidaklah memeranjatkan atau pelik, malahan ia sepatutnya menjadi kebanggaan UMNO yang selama ini tidak henti-henti menghina syariat Allah. Pemuda UMNO tidak usahlah hendak berlakun dan bersendiwara kononya mereka membantah keputusan itu kerana selama ini pemimpin-pemimpin UMNO juga lantang menghina dan mempersendakan syariat Allah. Apa bezanya antara keputusan Mahkamah dan penghinaan UMNO ke atas syariat Allah itu.

Selama ini ketika pemimpin-pemimpin UMNO mempertikaikan syariat Allah, tidak pernah kelihatan seorang pun dari kalangan UMNO yang membantah atau membuat lapuran polis. Hudud hukum zalim, hudud undang-undang zaman batu, kalau potong tangan maka ramailah orang Melayu tidak ada tanagan untuk berkerja, jangan sesiapa pun orang Islam mengatakan Islam lebih dari agama lain kerana semua agama adalah sama, semua agama adalah sama cuma caranya saja berlainan untuk ke syurga dan berbagai penghinaan lagi keluar dari mulut pemimpin UMNO, mengapa Jakim tidak bising? Mufti tidak bersuara dan kemana pergi pemuda UMNO yang kononya menjaga kesucian Islam?

Mungkin pemilihan hakim dalam kes dan keputusanya adalah perancanagan UMNO kerana selepas itu mereka akan mendabik dada kononya merekalah pejuang Islam dan mempertahankan nama Allah, tetapi hukum dan syariat Allah mereka tak pertahankan? Adalah pelik satu kes yang melibatkan Islam di bicara di mahkamah sivil, liwat di mahkamah sivil, zina di mahkamah sivil. Ini merupakan peluang UMNO untuk menggunakan hakim dalam menentukan keputusan yang selari dengan kehendak UMNO. Itu sebabnya mereka tidak mahu kes liwat DSIA di bicarakan di dalam mahkamah syariah kerana bimbang mereka tidak boleh memutarbelitkan undang-undang syariat dan mengugut hakim dalam membuat keputusan.

Tahniah UMNO atas keputusan mahkamah itu. Tahniah juga kepada ulama-ulama dan mufti-mufti yang selama ini menyokong dan mempertahankan sangat UMNO. Inilah antara kejayaan UMNO yang paling besar dalam menghina Allah secara terang-terang setelah berpuluh tahun mereka menghina syariat Allah. Kalau dalam kes kerajaan Perak dan kes liwat DSAI mereka boleh pilih hakim-hakim yang sebulu dengan UMNO, tetapi mereka biarkan dalam kes Allah mereka biarkan orang bukan Islam yang menjadi hakim nya? Inilah lakunan dan sendiwara terbesar UMNO dengan tujuan orang Melayu Islam akan percaya dan akan mula menyokong UMNO kembali. Tujuanya hanya satu, buka kerana untuk menjaga kesucian nama Allah dan Islam tetapi kerana inginkan sokongan dan undi, itu saja matlamat UMNO dalam kes ini.

Ini semua adalah pembohongan UMNO sama seperti bohongnya mereka mengatakan hanya pegawai rendah saja yang terlibat dengan kehilangan enjin pesawat F5E. Beraninya Sarjan dan Koperal menjual enjin yang begitu dikawal rapi dan besar tanpa pengetahuan pegawai atasan atau orang politik? Apakah Rosmah tidak tahu semua ini? Bukankah beliau sangat berkuasa di Mindef ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dulu? Hanya kejatuhan Barisan Nasional di peringkat Pusat saja akan membongkar semua penyelewengan, salahguna kuasa, jenayah dan pembohongan UMNO ini. Jika tidak, sehingga kiamatlah rakyat terus di tipu dan diputarbelitkan.

No comments:

Post a Comment