ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

07 August 2010

pendatang lolos....menteri sotong nie patut bertanggiungjawab

Menteri Dalam Negeri di tuntut  supaya bertanggungjawab atas kejadian sekumpulan 20 warga Afghanistan meloloskan diri dari sebuah pusat tahanan Imigresen Ahad lalu.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya memikul tanggungjawab atas insiden berkenaan dan bukannya mencari kesilapan orang lain.

Dua puluh Afghanistan itu merupakan mangsa dalam kes pemerdagangan orang dan seksyen 25 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 memperuntukkan bahawa mangsa dalam kes seperti itu tidak boleh dilayan sebagai tahanan.

Apa yang jelas, 20 orang mangsa (warga) Afghanistan ini dilayan lebih seperti tahanan, yang semestinya menyebabkan rasa kekecewaan dan ketidakpuasan hati

Keadaan inilah yang mungkin membuatkan mereka cenderung untuk melepaskan diri.

Dalam kejadian tersebut, warga Afghanistan itu dipercayai memotong jeriji di dua pintu halangan sebelum menyusup keluar daripada Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Ahad lalu.

Beliau tidak memikul tanggungjawab itu sebagai menteri dalam negeri, sebaliknya beliau menyatakan bahawa ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan ketua pengarah Imigresen dipertanggungjawabkan atas insiden tersebut.

Sebagai menteri bertanggungjawab, beliau seharusnya memastikan kesemua ketua (di bawahnya) melengkapkan prosedur yang betul untuk memastikan keselamatan di pusat tahanan, dan tidak mencari orang untuk dipersalahkan selepas insiden (berlaku).

Turut di persoalkan  sama ada Hishammuddin telah melawat pusat tahanan terbabit untuk memastikan keadaan pusat tersebut sesuai untuk dijadikan pusat jagaan mangsa kes pemerdagangan orang.

Seksyen 42 dalam akta berkenaan turut memperuntukkan kuasa menteri untuk mewartakan sesuatu bangunan sebagai pusat jagaan mangsa dalam kes seperti itu.

No comments:

Post a Comment