ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

06 August 2010

UMNO masih terus menyalahkan guna masjid demi kepentingan politik

Sikap double standard Umno menyalahgunakan masjid untuk kepentingan politik murahan mereka amat sangat di kesali.

Juga turut dikesali  dengan sikap Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama) yang didakwa turut memperkuda Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk menembusi masjid dan surau demi agenda politik mereka.

Ini merujuk kepada majlis Bicara Pemimpin Besama Rakyat dan Sumbangan Kepada Masjid-masjid dan Surau-surau Zon 3, di Masjid Alam Shah, 2 Ogos lalu.

Berdasarkan kain rentang yang dipamerkan, Lo' Lo' berkata program tersebut adalah anjuran Jawi bersama Umno bahagian Cheras dan bahagian Titiwangsa.

Namun apa yang dikesalinya, program tersebut langsung dilihat bukan kendalian Jawi namun didominasi Umno dari awal hingga ke akhir.

Umno mendominasi seawal tazkirah Maghrib yang diberikan oleh Ketua Biro Agama Pemuda Umno Cheras Syed Amru, kemudian solat Isyak diimamkan menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ucapan Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabsyi dan Pemangku Ketua Umno Titiwangsa, Johari Ghani.

Majlis ini anjuran Jawi, sudah pasti guna dana Jawi, sumbangan dari peruntukan Jawi, tetapi Umno menguasai dari awal hingga akhir.

Kita kesal dengan sikap double standard menteri yang memperalat Jawi untuk meluaskan pengaruh politik Umno BN walaupun  telah ditolak rakyat khususnya di Kuala Lumpur

Sepatutnya mereka sedar bahawa program tersebut diadakan di Titiwangsa yang dimenangi PAS dan juga selaku kerajaan di parlimen itu.

Kita  juga hairan dengan sikap Jawi yang sebelum ini melarang sebarang aktiviti politik dalam masjid, namun kali ini menjemput Umno untuk sama-sama terlibat.

Selain itu, kita menyifatkan Umno Cheras dan Titiwangsa hilang keupayaan dan wajar digelar orang kurang upaya (OKU) kerana terpaksa menempel kepada Jawi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat sebarang program.

No comments:

Post a Comment