ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

31 January 2010

Semak-semak Yang Perlu Ditebas..

Assalammualaikum,


Amatlah malang bagi rakyat Malaysia yang cintakan keadilan pada hari ini apabila mengetahui harapan yang telah disandarkan mereka kepada calon2 pilihan telah mengkianati amanah setelah dipilih pada PRU ke 12 yang lalu. Setelah sahaja dipilih maka terserlahlah keberibadian calon2 tersebut. Harapan baru Untuk Malaysia seperti yang menjadi menifesto PKR hancur punah. Yang ada hanyalah kebobrokkan individu calun itu sendiri.


Maka terserlahlah keperibadian calun2 tersebut. Ada yang nampak alim dan zuhud tapi haprak.....jarang2 balik kekawasan tapi membuat kenyataan seolah olah sentiasa berada dikawasannya. Menyatakan semua masalah rakyat seperti pemotongan rumput, pembersihan kawasan dan masalah setempat telah diselesaikannya. Piiirah...janji sana janji sini lepas tu muka pun tak nampak. Boleh dikira dengan jari program turun kekawasan. Nasib baik ada blackberry. Kalau nak dibandingkan dengan MP lain yang bertanggung jawab cukuplah dibezakan dengan adanya Pusat Khidmat Ahli Parlimen. Ini apa pun tarak, takcaya buka blog Junjungan Mulia.

Bagai melepas batuk ditangga....tup2 selesai masalah sana masalah sini. Baru2 ni buat statmen menyatakan semua keputusan samada meletak jawatan atau melompat parti terletak ditangannya...betul, rakyat tak nafikan. Tapi yang memilih hang adalah rakyat, rakyat pula memilih bukan pasal hang tu bagus atau pun hang tu zuhud. Tapi rakyat memilih hang pasal hang bertanding atas tiket Parti. Sebab Pakatan Rakyat mencalunkan hang wakil jadi rakyat memangkah lah agar PKR dan Pakatan Rakyat menang. Hang kena ingat pengorbanan pemimpin dan penyokong parti yang membantu hang dengan duit ringgit dan peloh sendiri walau pun hang tak mengeluarkan duit, Apa ke JADAH manusia jenis tak mengenang jasa orang, spesis ni mai kot mana?..

Lepas ni hang bertanding atas nama individu kalau hang berani dan nak tengok langit tinggi ke rendah, nak dapat undi berapa banyak dan hilang wang pertaruhan. Kalau nak syok lagi hang minta bertanding atas tiket Ameno nak tengok Aziz Kadiaq bagi ke tak!!!. Lagi hang dok tulis lagi orang Kulim meluat kat hang. Lani macam jadi cerita lawak bila berbicara pasal hang. Tajuk pasai nama hang aje orang dok ketawa berdekah dekah tak kira di kedai kopi, surau atau Mesjid. Yang pasti semuanya mengeluarkan kalam menyesal memangkah dan memilih hang menjadi wakil rakyat Kulim Bandar Baharu...

Cerita di Parlimen Merbuk pun khabarnya sama aje. Ada Ahli Parlimen duduk di kawasan tapi yang peliknya taktahu Kampung2 dalam parlimennya. Jangan ke jalan tak tahu tapi nama kampung pun tak tahu juga. Nampak sangat tak pernah turun ke kawasan. Ada juga kedengaran nak melompat parti.

Mana taknya, dok kawan dengan pengkianat parti. Pusat khidmat Parlimen dok berjiran dengan kedai orang yang menjual parti untuk menjadi kaya. 30hb, baru ni siap tolong rasmikan majlis perasmian syarikat Nabba iaitu pusat kecantikan di Taman Tuanku Hamimah. Empunya syarikat adalah si Zamil Ibrahim yang membuat kerja-kerja kianat untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Beliau lah yang menjadi orang tengah berjumpa dan membuat tawaran kepada Adun2 PKR agar berpaling tadah. Ada juga khabarnya 3 kroni MP merbuk ni yang dilantik menjadi ahli Majlis Sg. Petani hadir sama. Seolah olah meredhoi kerja buat si Zamil.

Kita tak la nak marah kalau atas nama persahabatan tapi apa pula PERSEPSI penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Kawasan tersebut adalah kubu kuat PR. Kalau berakal adalah lebih baik dan afdal kalau berkecuali. Tak payah pi rasmi. Nampak bercelaru dan juga kekaburan yang ada selama ini makin ternampak jelas. Kerajaan PR hampir tumbang bila telah ada adun yang bersetuju untuk melompat dan projek ini terpaksa ditangguhkan dulu kerana masih ada Adun yang kuat semangatnya walau pun Adun tersebut orang susah tapi semangan perjuangannya kental. Umum juga tahu bahawa MP ini juga adalah calun pilihan Zamil and the gang tapi perlulah MP ini ingat bahawa berhidmat untuk rakyat adalah segala galanya dari termakan budi yang menyebabkan boleh rosakkan siasah dan perjuangan. Biarkanlah Zamil dengan kekayaan yang diperolehi dari menjual maruahnya tetapi MP tersebut kena teruskan berkhidmat untuk rakyat terbanyak.

Di Pulau Pinang juga ada cerita nak melompat parti. Kita sebagai penyokong Pakatan Rakyat dikhabarkan bahawa semua alasan untuk melompat adalah hilang kepercayaan kepada pimpinan PKR. Telah lari dari asas perjuangan...Nak tanya pembaca betul ke?????. Sebagai pemerhati bebas rakyat marhain yang tiada berkepentingan melihat dan menilai bahawa banyak bezanya antara pemerintahan PR dan UBN. Yang sebenar lari prinsip perjuangannya adalah UBN.

Hanya mengisi perut dan tembolok sendiri dan kroni. Cuma ada segelintir MP PR yang terikut ikut dengan rentak MP UBN. Dulu masa bejuang untuk rakyat naik teksi dan bas ekspress tapi kini dah beli Mercedes mata kacang siap dengan no plet yang ditender. Dulu dok rumah teres tapi kini dah beli banglow ratusan ribu ringgit. Kerana harta dunia ni lah yang menyebabkan kita lupa pada prinsip dan perjuangan. Dah lupa bumi yang dipijak dan lupa kepada rakyat yang perlu dibela. Tapi kesal juga bila Ketua Menteri PP ni pi biaq MPPP dok roboh gerai2 peniaga melayu ni buat apa!.

Dok bagi peluru kat musuh maka senang la musuh menembak balik kita. Sepatutnya Lim Guan Eng ni patut mengarahkan operasi peruntuhan tersebut ditangguhkan kerana beliau mempunyai kuasa. Panggil peniaga ni berbincang dengan mereka dan kalau perlu dibina gerai baru, bina untuk pendapatan harian mereka. Ini tidak dok biarkan MPPP bermaharaja lela seolah ada tangan2 ghaib yang mengarahkan kerja tersebut untuk memalukan kerajaan PR.

Kerana kita tahu bahawa ini semua adalah peninggalan kerajaan korup yang terdahulu. Tapi sekurang kurangnya berbincanglah terlebih dahulu dengan rakyat........!!!. Bagi negeri Pahang pula dah lama dulu ada juga kedengaran untuk melompat parti dari sumber2 geng Kelab Anti PKR ni. Rakyat rasa terkedu juga apabila tiada hujan dan ribut tiba2 MP Indera Mahkota ni membuat kenyataan akhbar meletakkan jawatan dalam PKR Negeri. Bagi saya yang dah dengar cerita dulu ni berasa apakah berjaya pula kerja buat Kelab Anti PKR ni....Semoga semua MP yang diatas menguatkan semangat perjuangan sekurang kurangnya sehingga PRU ke 13 akan datang.

Dalam Mingguan Malaysia hari ini muka depan dengan tajuk "Ramai lompat keluar bila PKR hanyut" dengan gambar Presiden Kelab Anti PKR. Akhbar propaganda ni pikir rakyat akan mempercayai tohmahan tersebut. Sepatutnya dia sebut Ramai yang lompat keluar bila UBN hanyut.....kerana yang teruknya adalah UBN sendiri. Mereka bertambah kronik dan barahnya dah sampai tahap empat iaitu boleh membawa maut dan tiada ubatnya. Hanya tunggu untuk dibaca surah Yassain sebelum dikafankan.

Dengan berlakunya berbagai peristiwa keji seperti kehilangan injen jet, kenaikan harga barangan dan tak lama lagi kenaikan harga minyak petrol dan disel. Rakyat terbeban dan tak mempercayai UBN lagi oleh kerana itu makin kuatlah propaganda menekan dan memburukkan PR. Lagi kuat ditekan dan dimainkan sentimen perpecahan PR bermakna sebenarnya semakin kronik UBN. Sehingga terpaksa membuat progran merekalah kononnya juara Rakyat......

Sebagai kesimpulannya untuk dimasa hadapan PKR perlulah memilih dan menilai calun2 yang akan diketengahkan sebagai calun dimasa dan waktu yang ada ini. PKR perlu menebas semua semak2 dan belukar yang ada agar rakyat yang menaruh harapan tinggi kepada PR tidak hampa dan menyesal untuk memilih sekali lagi. Memang Rakyat mengharapkan DSAI menjadi Perdana Menteri agar segala ketidak adilan dapat diatasi dan mengubah negara kearah yang lebih baik. Itulah harapan rakyat sebenarnya. DSAI perlu betegas dan tiada kompromi dalam soal ini.

Saya terkesan juga dengan tulisan Raja Petra dalam Malaysia Today dalam artikel terbaru beliau. Negara Malaysia ini kaya dengan hasil minyak dan hasil dari bumi. Rakyat mahukan sumber ini digunakan sepenuhnya untuk kebaikan rakyat. Malaysia tida kemarau teruk dan gempa bumi.Jadi tiada alasan unuk dikecapi nikmat dan rahmat ini bersama. Bagi MP diatas lupakan lah kerja2 busuk melompat parti. Teruskan kerja membela rakyat dengan sebenar benarnya. Jangan lah berlakun tulus mulus tapi tak turun kelapangan. Ingatlah kamu ada ikon yang menjadi perhatian rakyat. Kalau kamu berperangai begini elokbenarlah kamu digelarkan MP sepenggal. Kalau DSAI memilih juga kamu bermakna Zalim lah DSAI itu sendiri. Zalim kepada Rakyat........Berkata benarlah walaupun pahit..............

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN

Kerajaan Kikis Petronas Ketika Ekonomi Jatuh




Ekonomi Negara terjejas teruk apabila harga pasaran minyak dunia jatuh merudum, ekoran kebergantungan kerajaan kepada sumber petroleum.

Kegagalan kerajaan mempelbagaikan nadi ekonomi Negara, menyebabkan pendapatan merosot RM20 bilion dengan dari RM50 bilion kepada RM30 bilion dengan kejatuhan pasaran minyak dunia.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata kerajaan Pusat diancam kelumpuhan sekiranya situasi ini berterusan.

Namun apa yang dikesalkan adalah Umno-BN terus memerah perbendaharaan Petronas agar Belanjawan Perdana Menteri Najib Tun Razak dapat dilaksanakan.

“Keuntungan Petronas yang turun kepada lebih 60 bilion daripada dekat 100 bilion, sewaktu itu pada tahun 2009, 2008 sumbangan Petronas kepada kerajaan ialah 50 bilion lebih, separuh daripada keuntungan, tetapi 2010 ni, sumbangan Petronas mesti berdasarkan keuntungan 2009, dan 2009 diumumkan bahawa keuntungan hanya 60 bilion lebih saja, maka bergegarlah pihak-pihak kementerian khususnya Menteri Kewangan menghubungi Petronas dan mendesak Petronas membuat pengumuman esok harinya bahawa komitmen Petronas pada Kerajaan pada tahun ini tetap kekal sebagai 50 bilion lebih”, jelasnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Ceramah Perdana Sempena Pelancaran Maljis Pakatan Rakyat Negeri Sembilan di Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Yang amat dikesalkan adalah pemerintah enggan menuruti nasihat Pakatan Rakyat supaya memperketatkan displin perbelanjaan, memulihkan ketanggungjawaban kementerian-kementerian kerajaan bagi mengekang kelembapan yang semakin membengkak.

Ketua Audit Negara melaporkan kira-kira RM20 bilion setiap tahun tanpa dapat dikesan kerana kebocoran dan pembaziran.

“Kita menyebutkan perkara yang berlaku, perbelanjaan yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional tiap-tiap tahun di mana sebanyak lebih 20 bilion tidak dapat dikesan dan ini dinyatakan oleh Ketua Audit negara memberi komen ini adalah hasil dari 3P iaitu Pemborosan, Pembaziran dan Penyelewengan”, tambahnya lagi. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Jangan Sampai Orang Kata "PAS Serupa Dengan UMNO"

Salah seorang exco Dewan Pemuda PAS Pusat secara terang-terangan mengkritik keputusan JK Disiplin PAS Pusat.

Bahkan, jika dibuka banyak lagi blog, akan ditemui sekian banyak rasa tidak puas hati kepada keputusan itu.

Sehingga kini, belum ditemui blogger yang menulis menyokong dan berpuashati dengan keputusan itu kecuali artikel Roslan SMS bertajuk ‘Sucikanlah hati… (di sini). Sementara yang lain melahirkan rasa tidak puas hati sekurang-kurangnya secara tersirat.

Hukuman yang dikenakan dikatakan tidak setimpal samada ke atas Khalid (terlalu berat berbanding kesalahan) atau ke atas Hassan (terlalu ringan kerana ada pertuduhan yang tidak diambil kira).

Bahkan, ada yang menganggap hukuman ke atas Hassan sekadar ‘wayang’ sahaja untuk dilihat umum bahawa JK Disiplin PAS adalah telus dan adil. Manakala hukuman ke atas Khalid adalah hukuman sebenar.

Isunya bukan Hassan atau Khalid. Pimpinan tidak boleh menghadkan kesan hukuman itu ke atas Hassan dan Khalid sahaja tetapi lebih penting adalah kesan kepada parti.

Kalau suatu ketika dulu Lembaga Disiplin Umno dikritik kerana mengenakan hukuman yang berbeza, kini JK Disiplin PAS juga berhadapan kritikan yang sama. Jangan sampai orang kata, “JK Disiplin PAS dan Lembaga Disiplin Umno, sama saja.”

Pemimpin PAS tidak boleh berasa selesa dengan situasi parti masa kini. Jangan menganggap begini, “Tak apa, kita buat macam mana pun, orang PAS tetap akan undi PAS…” Anggapan itu mungkin benar untuk suatu ketika tetapi tidak benar untuk sepanjang masa.

PAS menang bukan kerana undi orang-orang PAS sahaja, tetapi undi orang Umno juga. Justeru kalau orang Umno yang undi PAS menyimpulkan PAS sama dengan Umno, bagaimana? Jangan sampai orang kata, “PAS dan Umno, sama saja.”

Kecuali, PAS tidak berminat lagi dengan pilihanraya dan PAS ingin jadi badan kebajikan atau badan dakwah sahaja. PAS boleh persetankan semua itu.

Bagaimana kalau suatu hari nanti ada orang berkata begini, “Aaaahh… nak perjuangkan Islam bukan melalui PAS sahaja, saluran lain pun boleh?” Tolonglah, jangan sampai orang kata begitu.

Kebimbangan lain ialah, ada pemimpin PAS yang berasa tahun 2010 adalah sama dengan tahun 1985. Politik kini lebih rencam. Media baru sangat besar kesannya kepada masyarakat.

Rakyat bukan ‘ular sawa’ yang menelan tanpa mengunyah. Rakyat adalah ‘harimau belaan’ yang sanggup menerkam tuannya pada bila-bila masa sahaja kalau tidak dilayan dengan betul.

JK Disiplin tidak boleh melihat Hassan sebagai Hassan, begitu juga Khalid. Lihatlah kepada ‘idealisme’ yang mereka bawa. Khalid dengan idealisme Pakatan Rakyat dan Hassan sebaliknya (saya tidak mahu menyebut ‘idealisme’ Hassan, sebab saya meluat).

Saya percaya juga pada waktu ini, jika ditampilkan Khalid dan Hassan untuk suatu pemilihan yang berkaitan dengan ‘idealisme’ itu, ahli dan penyokong PAS akan memilih Khalid.

Adakah JK Disiplin tidak memahami, meneliti dan merasai gelombang ini? Atau, gelombang ini dipersetankan?

Saya tidak bimbang dengan dasar dan perjuangan PAS tetapi saya bimbang dengan keupayaan PAS untuk mendepani cabaran politik masa depan yang semakin rencam dan kompleks, jika PAS seperti sekarang. Iaitu, gagal menyelami denyut nadi, aspirasi serta harapan masyarakat umum.

Saya ulangi, PAS boleh ketepikan semua itu dengan syarat PAS tidak perlu memasuki pilihanraya.

wayang kulit apa yang ko orang mainkan labuuuuu....!!!!

Zahrain, 2 lagi MP PKR nafi sertai BN

Tiga orang daripada sekumpulan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk Datuk Seri Zahrain Hashim, yang disebut-sebut akan meninggalkan parti itu untuk menyokong BN, menafikan khabar angin sedemikian.

Ketiga-tiga wakil berkenaan – masing-masing dari Bayan Baru, Pulau Pinang, Merbok, Kedah dan Indera Mahkota, Pahang menyangkal spekulasi mereka sudah memutuskan untuk meninggalkan PKR.

Wakil rakyat Merbok dan Indera Mahkota juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas PKR di ibu negara pagi ini.

Zahrain tidak hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR Selasa lalu dan hari keesokannya mengeluarkan kenyataan mengecam kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Beliau tidak dapat dihubungi sejak empat hari lalu.

Bagaimanapun dalam temu bual dengan Sinar Harian hari ini Zahrain berkata “belum terlintas” untuk keluar PKR.

“Walaupun saya kurang senang dengan perkembangan yang berlaku dalam PKR, saya belum terlintas untuk keluar parti kerana masih mahu menjayakan agenda perjuangan,” kata beliau.

“Saya akan bersama PKR walaupun banyak perkara yang saya tidak setuju.

“Saya harap akan berlaku perubahan dalam PKR seperti yang dijanjikan kepada rakyat,” kata Zahrain lagi.

Semalam Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengesahkan beliau ada mendengar tiga hingga empat ahli Parlimen akan keluar PKR.

“Tidak betul, tidak betul,” kata Ahli Parlimen Merbok Datuk Rashid Din ketika dihubungi The Malaysian Insider untuk mendapatkan pengesahan mengenai desas-desus itu.

Semasa dihubungi malam tadi beliau dalam perjalanan ke ibu negara untuk menghadiri mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat PKR pagi ini.

Ditanya sama ada beliau ada menerima sebarang tawaran daripada Umno dan BN, Rashid berkata, “tidak, tidak.”

Dengan ketawa besar beliau memberitahu; “Saya ada jawatan, saya ada keluarga, saya ada anak isteri, apa lagi saya mahu.”

Dalam pada itu Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail juga menolak tanggapan sedemikian.

“Ia mengarut, tak berasas (spekulasi) sama sekalu, sampah,” kata beliau ketika dihubungi.

Beliau juga mengesahkan akan menghadiri mesyuarat khas pagi ini yang bermula pukul 10 pagi.

Ditanya apakah spekulasi itu dikaitkan dengan keputusannya melepaskan jawatan Timbalana Pengerusi PKR Pahang, Azan memberitahu, beliau telah menjelaskan bahawa ia tiada kaitan dengan kedudukannya di peringkat pusat.

“Saya sudah jelaskan sebelum ini saya mahu memberi tumpuan di pusat, jadi tak timbul isu saya akan keluar parti,” kata beliau yang berulang kali mengatakan desas-desus itu “mengarut”.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof berkata beliau perlu meneliti laporan media sebelum ini membuat sebarang kenyataan.

“Saya baru balik dari luar negara (persidangan di Filipina) dan kurang sihat, saya akan membuat kenyataan kemudian,” kata beliau.

Tiga hari lalu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau tiada hasrat untuk keluar PKR.

Beliau yakin dapat menerangkan kepada lembaga disiplin tentang keputusannya membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad.

Zulkifli akan disiasat oleh lembaga itu dalam tempoh sebulan.

Desas-desus beliau akan keluar PKR sudah kedengaran sejak akhir 2008.

Ruang-ruang Manipulasi dalam e-undi



Berikutan bantahan mahasiswa yang berlaku di Universiti Malaysa terhadap e-undi atau e-vote. Suka untuk saya gambarkan kenapa e-undi ini tidak diyakini. Saya tidak merujuk kepada sistem undi mana-mana universiti tetapi saya merujuk kepada sistem e-undi secara umum mengikut kefahaman saya dan budaya rasuah yang serius di negara kita.




E-undi adalah penggundian yang tidak menggunakan kertas. Ia melibatkan semakkan identiti pengundi dan pengiraan hasil undian seseorang pengundi. Keraguan terhadap manipulasi adalah seperti berikut :

1. Identiti pengundi ditentukan oleh sistem. Sistem ini merujuk kepada pengkalandata(database) yang telah dibina. Biasanya identiti ini merujuk kepada nombor kad pengenalan atau nombor metrik pelajar. Apabila nombor kad pengenalan atau nombor metrik dimasukkan dalam sistem maka sistem akan menyemak dengan data dalam pengkalandata. Persoalannya :

a. Apakah data itu betul ? Bagaimana mengesahkan data dalam pengkalandata? Siapa yang mengesahkannya? Apakah pengundi hantu tidak boleh dimasukkan dalam daftar tersebut?
b. Jika telah disahkan pun adakah ia tidak boleh ditindankan(replace) data tersebut dengan data-data yang telah dimanipulasi ?

2. Hasil pengundian seseorang pengundi akan dikira bagi menentukan siapakah yang menang dalam sesuatu pertandingan itu. Kiraan ini sepenuhnya dibuat oleh sistem. Persoalannya :
a. Apakah sistem kiraan ini tidak boleh diganggu oleh pihak lain ? Siapa yang boleh mengesahkan ia bebas daripada manipulasi sedangkan ia dikendalikan oleh sistem yang tidak boleh bercakap dengan kita.
b. Apakah tidak boleh kiraan data dimanipulasi ? Contohnya jika calon A menang kemudian hasil undian calon A dibuang. Akhirnya calon B yang menang. Siapa yang boleh mengesahkan ianya tidak boleh berlaku? Sistem tidak boleh bercakap dengan kita.

3. Realiti rasuah di Jabatan Kerajaan adalah ditahap yang membimbangkan. Bayangkan sebuah kementerian yang tugasnya menjaga pertahanan negara cuai menjaga dua buah enjin jet F-5E sehingga boleh hilang dan sampai ke negara Amerika Selatan. Jika enjin jet F-5E boleh hilang. Jika undi pos di MINDEF boleh dimanipulasi dalam pilihanraya Bagan Pinang. Apalah mustahilnya data-data pilihanraya di kampus dimanipulasi.

Kesimpulannya hanya satu sahaja iaitu Kerajaan Barisan Nasional perlu ditukar dalam pilihanraya akan datang.Oleh: Ketua Penerangan DPPP

Ini Dia Pahlawan Tua Melayu. yang dah gila....gila babi bai....!!!!


Orang kalau dah gila, macam-macam jenis gila..., ni yang sorang ni pun kira gila atau separuh gila, gila apa...., gila dari mamak nak jadi melayu....Hidup melayuuuu.

Sanggup dok tahan kepala, syarat popular semula...., dalam perjumpaan UMNO , ahli UMNO dah tak layan dah,,, dah tak ada apa-apa projek..... dah tak masyuuukkk



simangkok gila meroyan yang rajin dok layan dia ni...semangat tu tu dengan tengkolok..., macam raja ada sekali padang..., kalau dah raja jangan dok kutuk pula, kang naya....




keris dah mula huloq,.., penumbok dah genggam dah, siap sapa yang nak kena lepas ni,, keris hitam tu..., black metal punya ka atau Parpu Kari punya keris tu...

Royalti minyak : UMNO kaji tindakan ucapan Ku Li

UMNO sedang dalam proses untuk mengkaji ucapan yang disampaikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah semasa perhimpunan menuntut royalti minyak Kelantan di Kota Bharu. Ucapan daripada ahli parlimen Gua Musang itu masih belum diterima dan tindakan yang akan diambil masih belum boleh ditentukan. "Kita sedang meneliti, belum dapat apa yang diperkatakan oleh Tengku Razaleigh jadi bagi tempoh masa kepada kita untuk dapatkan laporan apa yang diucapkannya," kata Najib. Beliau turut memaklumkan parti akan membincangkan dengan lebih lanjut bentuk tindakan yang akan diambil.

"Apa yang berhubung dengan rakyat kelantan, kita akan bagi. Kita tak lari daripada tanggungjawab kita. Tapi kita mesti buat apa-apa berdasarkan perlembagaan," katanya lagi. Selain itu, beliau turut menolak dakwaan pembangkang yang cuba memanipulasi isu serangan ke atas rumah ibadat dengan UMNO. "Ini kaedah biasa yang dilakukan oleh parti pembangkang. Pertamanya mesti dia tuduh Umno. Belum ada apa-apa bukti, tuduh Umno dulu. Itu dia punya modus operandinya,” tambahnya.



penyapu sial


Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng' dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.

Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya. Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .

Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng' mahu.

Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian. Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas.
Tetapi jenis specis yang `busuk hati' dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan.

Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya. Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh' kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak, jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang' di negeri itu.

Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai.

Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana. Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, ``tobat lahom' Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan

Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya.

Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai. Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.

Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati' mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Jika `Najib and geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk' lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.


Itulah cara pemerintahan Barisan Neraka, sesiapa yang tak sebulu denganya akan dihukum dengan apa cara sekalipun. Kita semua maklum, Kuli lebih arif Kelantan berhak menerima royalti minyak tapi dipermainkan oleh Kerajaan Barisan Neraka!!

Tengku Razaleigh cipta sejarah lagi

"Peristiwa Solat Hajat dan Pidato Perdana Royalti Minyak di Stadium Sultan Muhammad IV anjuran GEGAR pada 28 Januari 2010 lepas sekali lagi menyaksikan rentak politik Kelantan melonjak dan panas. Ia berlaku ekoran penampilan Tengku Razaleigh (Ku Li) dikhalayak hadirin yang menjangkau puluhan ribu (lebih 40 ribu) orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kaum dan partisan.

Sekaligus mengesahkan martabat isu tuntutan hak wang royalti minyak daripada Petronas oleh Kerajaan Negeri Kelantan adalah isu penting untuk seluruh rakyat Kelantan yang sudah mengerunkan pemimpin BN.

Dua malam sebelum itu (26 Januari), Datuk Mustapa Mohamad, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengatur langkah pre-ampt dengan mengadakan taklimat wang ehsan di Hotel Renaissance Kota Bharu. dalam taklimatnya, dirumuskan bahawa penyaluran wang ehsan adalah betul dan berteraskan prinsip Kerajaan Pusat sedia membantu rakyat Kelantan. Namun, kehadiran yang terhad sekadar memenuhi ballroom tidak cukup bertenaga untuk spinning prinsip yang tidak tepat dengan selera rakyat Kelantan.

Meskipun media pengampu sedia memasukkan siaran taklimat itu dalam berita waktu perdana, tetapi kehadiran Datuk Ibrahim Ali yang menyerang habis-habisan peribadi Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan telah memberi impak songsang kepada rasionaliti majlis taklimat itu. Hakikatnya, batang tubuh Ibrahim Ali telah memperbodohkan kesarjanaan Mustapa dan kedoktorat Datuk Awang Adek. Maka, wajar sekali sindiran Datuk Husam Musa kepada soalan wartawan semasa sidang media selepas mesyuarat EXCO (27 Januari). Menurut Husam, "ingatkan Mustapa dan Awang Adek itu pandai, kononnya Ibrahim Ali lebih pandai, kerana dok pakai 'buah' Ibrahim."

Nyata sekali, pre-ampt Umno Kelantan boleh diketepikan begitu sahaja oleh khalayak Kelantan. Lantaran kehadiran Ku Li adalah jawapan objektif yang bernilai positivisme, tak perlu dipertikaikan kebenarannya. Ia diperkukuhkan lagi oleh latar belakang penganjurnya bukan PAS mahupun Kerajaan Negeri, tetapi GEGAR sebuah NGO yang menghimpunkan pimpinan masyarakat yang bersetuju secara kohesif memperjuangkan tuntutan hak royalti minyak rakyat Kelantan.

Sebenarnya, kehadiran Ku Li pada malam itu telah mencipta lembaran sejarah baru kepada rakyat Kelantan. Ia suatu sejarah kerana buat julung kali menjelang 20 tahun pentadbiran PAS di Kelantan telah menyaksikan pentas aspirasi rakyat Kelantan digumandangkan dengan suara lunak pemimpin Umno bersikap songsang dengan pendirian partinya sendiri. Pendirian itu adalah berkenaan dengan isu hak tuntutan wang royalti minyak yang menyebelahi rakyat dan misi Kerajaan Negeri dipimpin PAS.

Turut tercipta sejarah, kehadiran Ku Li pada malam itu juga memberitahu kepada khalayak rakyat Kelantan, bahawa beliau bukan keseorangan di dalam menyatakan objektiviti perjuangan rakyat, malah bersama NGO serta di belakangnya sedia berdiri penyokong Umno dan pemimpin Umno. Kerana pada malam itu, kelihatan Tamrin Ghafar (Umno Melaka) turut mengiringi Ku Li berada di pentas utama.

Segala-galanya cukup membuktikan sikap simpati kepada rakyat Kelantan turut dizahirkan oleh pemimpin Umno yang lain, maka Ku Li tidak keseorangan. Sewajarnya, penyokong Umno sendiri turut merakamkan terima kasih kepada Ku Li kerana menceritakan kebenaran atas isu dan fakta sejarah penubuhan Petronas. Ia telah memberi kefahaman betapa perjanjian Petronas yang memberikan hak untuk Kerajaan Negeri menikmati wang tunai royalti minyak sebanyak lima peratus. Malah, paling penting Ku Li telah menerangkan dengan jelas nilai "political will" yang dikongsi sama kalangan negeri-negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak bersama-sama Kelantan yang merupakan negeri pengeluar minyak.

Ternyata pidato Ku Li yang mengambil masa kira-kira 40 minit itu telah menjawab pembohongan Umno kepada rakyat Kelantan, termasuk penyokong Umno sendiri. Selama ini, mereka telah terpaku dengan pembohongan demi pembohongan dalam semua isu yang melibatkan hubungan antara Pusat dengan Negeri.

Tepat sekali dengan madah Dr. Abu Hassan Hasbullah, pensyarah Universii Malaya selaku pengerusi majlis pada malam itu yang menobatkan Ku Li sebagai pejuang rakyat sebenar sedia mengambil langkah harmoni demi bumi pertiwi Kelantan. Langkah Ku Li itu juga adalah sebenarnya berbeza dengan Mustapa. Lalu memaksa Datuk Seri Mohd Najib sendiri yang terpaksa respon atas penglibatan Ku Li iyang dikatakan bernilai discredit kepada Umno dan Kerajaan BN. Umno dikatakan akan meneliti pidato Ku Li pada malam itu dan mungkin mengambil tindakan disiplin ke atas Ku Li.

Jika demikian keputusan Mohd Najib, maka tunggulah Ku Li pasti akan terus segar di pentas rakyat Kelantan. Suatu catatan sejarah politik baru sekali lagi bakal berulang mengalun rentak dan political mood rakyat Kelantan menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Tindakan politik Ku Li itu secara sah, makin menebalkan lagi persepsi terkini, betapa Umno sebuah parti yang gagal membela kepentingan rakyat. Dan ayat-ayat doa tok guru sedang dimakbulkan Allah.

patut pun mangkuk haramjadah nie naik hantu....masih pakai otak karat UMNo rupanya....!!!!

Kerana kecewa, Zahrain naik berang dengan Guan Eng ?


















DAP Pulau Pinang berkata bekas pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang naik berang terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng mungkin berpunca daripada sebab peribadi.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata beliau percaya Zahrain kecewa berhubung keenganan Lim untuk tidak menyokong tender bagi pengurusan kelab golf Bukit Jalil kepada sebuah syarikat.

“Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chow juga berkata Zahrain juga kecewa berhubung penyingkirannya sebagai pengerusi PKR negeri.

Beliau berkata DAP negeri dan semua wakilnya melahirkan sokongan penuh terhadap LIM bagi meneruskan kepimpinannya sebagai ketua menteri.

Semalam, laporan akhbar menyebut Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru menuduh setiausaha agung DAP itu sebagai seorang diktator dan cauvinis dan berfikiran komunis.

Bernama

Polis Jangan Campur Dalam Politik

Kerajaan negeri Selangor menggesa pihak polis untuk tidak mencampuri urusan politik negara kerana ia boleh menjejaskan profesionalisma polis dan menghakis keyakinan rakyat kepada institusi penguatkuasaan itu.

Exco Dr Xavier Jayakumar berharap kejadian seperti insiden perobohan paksa pada sambutan Thaipusam di Batu Caves semalam tidak berulang-lagi di masa hadapan.

"Saya harap tahun hadapan yang akan datang kita akan ada bincang dengan lebih rapat dengan polis. Kalau dari mula polis kata tak boleh tak apa. Di sini polis tunggu sampai saat-saat yang terakhir untuk beritahu dengan kita, tidak boleh buat ini, tidak boleh buat itu, itu saya tidak boleh terimalah," kata Xavier.

Menyifatkan kejadian itu sebagai tidak sewajarnya berlaku, Xavier berharap sambutan Thaipusam tahun ini memberi manfaat bukan sahaja kepada sektor pelancongan Selangor, bahkan turut menyumbang kepada perpaduan rakyat negeri ini.

tvs

Tahniah PAS....ketawa 500 kali sehari boleh mengembalikan kesihatan dan kecerdasan.....


kelmarin memang wa  banyak ketawa bai , sebahagian besar kerana berasa sangat lucu dengan keputusan Jawatan Kuasa Disiplin PAS yang menggantung jawatan Khalid Samad selama 6 bulan dan Hassan Ali cuma diberi amaran.

Malangnya wa  tidak menghitung berapa kali  wa ketawa terhadap Pas kelmarin.  Pagi kelmarin  wa  bangun dengan badan agak longlai, ia mungkin petanda ketawa wa  kelmarin terhadap Pas belum mencapai angka 500. Mungkin wa  cuma ketawa sekitar 100-200 kali saja. Jadi wa  perlu ketawa lagi untuk mencukupkan bilangan 500.

Hari ini wa  akan ketawa sekurang-kurangnya 500 kali, kebanyakannya untuk Jawatankuasa Disiplin Pas. Dan anda pembaca blog ini, jom berama-ramai ketawakan 500 kali untuk Pas!! Bukan apa, selain dari melepaskan tension, ia baik untuk kesihatan dan kecerdasan.

Bagi yang ada rezeki lebih, boleh anjurkan Peraduan Ketawa 500 Kali Untuk Pas. Kelakar bai...!!!!!

Ha...ha....ha....ha....ha....ha...ha.....ha...ha....ha....ha....ha.....ha....ha.....ha...ha....ha....ha.....ha....ha.....ha...(sila (ulangi hingga 500 kali...bai...!!!.)

Hasrat TGNA Tidak Kesampaian....MEMANG CELAKA DAN SUNDAL KAKI KAKI BUNTUT UG DALAM PAS....DEPA TIDAK KENA SEBARANG TINDAKAN.....UMNO DAN PAS TIADA BEZANYA....PTUI....SIAL...!!!!




lambang bendera  separuh tiang menandakan matinya  perjuangan PAS membela islam dan TGNA  demi buntut buntut UG dan UMNO....bravo PAS...!!!!....

nasib baik aku tak jadi ahli PAS seumur hidup pada hal aku lah penyokong tegar dari dulu sampai sekarang........naya....kalau begini caranya...

Setelah sekian lamanya, maka akhirnya Badan Disiplin PAS yang diketuai oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudahpun buat mengumumkan keputusannya.

Khalid Samad digantung 6 bulan daripada jawatannya sebagai YDP Shah Alam dan Hasan Ali sekadar diberi amaran bertulis .

Tetapi ; bukankah pada awalnya TGNA telah secara jelas menamakan tiga orang yang perlu diambil tindakan iaitu, Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Mustaffa Ali?

Tetapi anehnya, ketiga-tiga orang tersebut yang sepatutnya diambil tindakan telah terselamat; entah macam mana, kelincahan permainan silap mata geng UG ini boleh menyebabkan Khalid Samad masuk perangkap lalu tergantung terkapai-kapai!

Apakah permainan silap mata ini benar-benar telah memenuhi hasrat Tuan Guru Nik Aziz dan dan orang-orang PAS yang ramai yang mahu melihat proses pemutihan dalam PAS?

Ramai yang tidak berpuas hati.Macam mana mahu berpuas hati ? Pokok persoalan awal mulanya adalah rungutan terhadap tindakan puak UG ; terutamanya terhadap Hasan Ali sendiri gara-garanya menghebahkan rahsia PAS kepada blogger Umno.

hasrat mahu melihat operasi pemutihan dalam PAS tidak kesampaian.Saya dari mula lagi telah meragui Badan Disiplin ini dan lebih memihak kepada kehendak asal TGNA iaitu supaya diadakan EGM.

TGNA sendiri pernah menyatakan awal dulu lagi ketika minta diadakan EGM :

"Tidak boleh jadi ni, kita duk ‘ghok-ghak’ (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana,"


Amat dikhuatiri,tindakan sebegini tidak akan dapat mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap PAS itu sendiri kerana PAS dilihat telah gagal untuk membersihkan dirinya.

Saya pernah meramalkan bahawa tindakan menghadapkan Selangor kepada JK Disiplin nampaknya sudah tersasar dari tujuan asal gesaan TGNA.Tindakan ini tidak akan mengubah persepsi orang ramai yang mahu melihat perubahan dalam PAS sebagaimana yang telah digesa oleh TGNA dalam blognya tempohari. [klik sini]

WALA....MCM INI NAK WALA....PODAHHHH....PENGHIANAT PERJUANGAN ISLAM....!!!!

nampaknya pokok bergoyang di sebabkan BERUK bergayut di atasnya....4 MP PKR bakal jadi katak dan barua BN

Kalau dua atau tiga hari yang lepas, beberapa orang pemimpin tertinggi PKR menafikan laporan media tentang khabar angin yang mengatakan beberapa orang pemimpin PKR Negeri Pulau Pinang akan keluar parti..

Hari ini Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang sendiri iaitu Dr Mansor Othman tlah mengiayakan khabar angin tersebut..

Kan orang tua-tua dah kata, kalau tak ada angin mana mungkin pokok nak bergoyang kecuali atas ada kera atas pokok tu..
 
baca nie...

PKR Pulau Pinang akui 4 MP mahu ‘dipikat’ BN













PULAU PINANG, Jan 30 — Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu ada membayangkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen.

Mereka termasuklah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.

Kini, PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).

“Saya pun ada dengar, tiga atau empat orang (anggota Dewan Rakyat) yang hendak keluar... BN memang hendakkan dia (Zahrain),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Bagaimanapun Zahrain gagal dihubungi sejak kelmarin.

Mansor enggan menyatakan sama ada mereka kesemua dari Pulau Pinang ataupun termasuk ahli Parlimen PKR dari negeri-negeri yang lain.

Difahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga lapan orang, membabitkan negeri Selangor dan Kedah.

Malah ada sumber yang mengatakan jumlah itu boleh sampai 10 orang bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN memerlukan 11 lagi kerusi daripada 222 anggota di Dewan Rakyat untuk mencapai sasaran itu.

Usaha ke arah itu juga disebut-sebut akan menerima sokongan wakil rakyat Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin yang akan dirujuk kepada lembaga disiplin.

“Itu saya tidak tahu (sama ada membabitkan negeri lain)... macam mana anda tahu, saya pun dapat tahu ada wakil rakyat yang menunjukkan hasrat keluar parti,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 negeri.

Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP 28.

Kata Mansor walaupun beliau ada sudah lama mendengar hubung tidak mesra Zahrain dengan Lim, tetapi isu hendak keluar PKR “hanya baru didengar.”

Mansor juga berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pagi esok.

The Malaysian Insider difahamkan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat (PR), juga esok. Pemimpin PR bersidang selepas MPP PKR.

Semalam Mansor berkata beliau kesal dengan kenyataan Zahrain yang juga Parlimen Bayan Baru, yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

“Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama itu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior,” kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai ketua PKR tahun lalu.

Mansor juga dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti tahun lalu.

Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.

Sehubungan itu Mansor berkata, walaupun Zahrain pernah mengkritik kepimpinan Lim tetapi hanya kali ini ia kelihatan “terlalu keras.”

“Isu ini akan dibincangkan esok, akan dibincang Datuk Seri Anwar dan kenyataan akan dikeluarkan kemudian,” katanya.


Oleh G. Manimaran


penyapu sial

2 ekor bangsat nie...terutamanya si zahrain dan si zulkifli dari PKR dah lama aku dengar depa nie nak membelot...cuma berita tu nampak belum sahih lagi....macam kata orang tua tua...pokok walau pun tak ada angin akan bergoyang dengan kencang sekali bila di atas nya ada beruk beruk babi negara bergayut... ..kedua dua manusia sial tak ada maruah dan tokoh jadi pemimpin perjuangkan hak rakyat....sanggup kena jual demi dendam dan kepentingan politik haramjadah depa...betul lah ...kalau kuah asal dari najis UMNO...akan tertumpah ke kolam najis UMNO juga...kedua dua jenis makluk perosak nie patut di nyah ketingkan....sebelum keadaan menjadi semakin parah...kedua dua dia nie lebih teruk dari komunis.....

kepada ZAHRAIN DAN ZULKIFLI.......LANCAU....BERAMBUS LAH CEPAT CEPAT DARI PKR/PR.....KITA ORANG DAH MENYAMPAH .....BERAMBUS LAH DAN MASUK PARTI AHLI NERAKA JAHANAM UMNO...ITULAH TEMPAT SELAYAK UNTUK KO....!!!!

PERKARA-PERKARA HARAM NAK DI HALALKAN DEMI KAKI KAKI BUNTUT UMNO DALAM PAS

PERTAMA;

Pimpinan PAS dibenarkan mengadakan pertemuan dengan Blogger UMNO, kemudian dedahkan kepada mereka tentang dalaman parti, seperti Baiah Talak isteri.

KEDUA;

Pimpinan PAS dibenarkan melakukan sebarang tindakan yang boleh mengugatkan kesepakatan dalam tiga parti dalam Pakatan Rakyat; PAS, PKR dan DAP.

KETIGA;

Pimpinan PAS dibenarkan mengadakan pertemuan sulit dengan UMNO, waima ia bakal membawa perpecahan dalam PAS.

KEEMPAT;

Pimpinan PAS dibenarkan menipu ahli-ahlinya, juga rakyat Malaysia keseluruhannya. Jangan bimbang, ada nas yang menghalalkannya.

KESIMPULAN

Segala kebenaran-kebenaran ini, tidak boleh diingkari. Mengingari segala ini, pasti akan dikenakan tindakan Disiplin sehingga melayakkan dipecat dari sebarang jawatan dalam parti.

Syarat sah menjadi pimpinan PAS, perlu jadi penyokong Tegar Kerajaan Perpaduan.

Bangganya aku jadi ahli PAS...wa ka ka ka....makna PRU 13 PAS hanya bermimpi di siang hari...nasib tak baik ...selama ini aku rajin bagi undi kat depa...nampak nya terpaksa merosakkan undi...

nak bagi kat UMNO....depa lagi besar PUKIMAKKKKKKKKKKK....!!!!!....POOODAAAHHHH...!!!!

30 January 2010

PKR Pulau Pinang kesal dengan kenyataan Zahrain

Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.

“Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama iu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior,” kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai Pengerusi PKR Pulau pinang tahun lepas.

Beliau mengulas kenyataan Zahrain hari ini yang menyifatkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Lim pula enggan mengulas perkara tersebut. “Oleh kerana saya adalah pihak yang terlibat, saya enggan mengulasnya hari ini sebaliknya saya benarkan Mansor membuat respons,” katanya.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Zahrain.

“Kita tidak melihatnya sebagai satu masalah dalam Pakatan Rakyat kerana dia (Zahrain) hanya melahirkan apa yang dia fikir,” katanya.

Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa Pakatan tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Beliau berkata Lim tidak suka dikritik dan melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional. Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.

Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti.



penyapu sial


patut lah dah ada kabar angin yang nak jadi katak sundal dari PKR di Penang....

Zahrain sepatutnya diketepikan saja sebelum PRU12 dulu. Asal dari UMNO karat, mana mungkin perangai dia akan berubah. Jangan dok besar kepala, anda diberi undi hanya kerana Anwar.

zahrain ini kan seperti zulkifli - mengkritikan parti komponen sendiri secara terbuka (public). nampaknya dia tidak puas hati LGE jadi ketua menteri, tidak puas hati DAP majority kerajaan p.pinang. kenapa dia harus cakap untuk semua orang p.pinang bahawa negerai p.pinang lebih baik tanpa LGE?

aku kesian betul kat DSAI,,dah kena kes fitnah...ahli parti pulak macam beruk!

mana-mana ahli tak berdisplin..ambil sahaja tindakan..
kalau dibiar mulut menguap...bermacam-macam bau keluar..
kalau mulut terlebih akal..otak yang besar tiada guna...
membuat fitnah sesuka hati..elok sangat lah kalau mati..

Polis robohkan pentas MB Selangor untuk Thaipusam

Kerajaan negeri Selangor mendakwa pihak polis bertindak merobohkan pentas yang dibina bertujuan untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves. Pentas tersebut adalah untuk dijadikan majlis Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan sebanyak RM1 juta kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil Hindhu di negeri itu. “OCPD Gombak dan pegawai polis lain datang pada jam 6.30pm dan mendakwa ia untuk tujuan keselamatan," kata penyelaras program itu yang Ahli Majlis Tempatan Selayang, George Gunaraj.

Beliau mendakwa Abdul Rahim selaku OCPD Gombak telah memberi kebenaran lisan untuk membina pentas tersebut ketika mesyuarat. Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar turut menegaskan Majlis Perbandaran Selayang telah memberikan penjelasan. "Kita telah angkat program ini di laman sesawang kerajaan negeri, promosi besar-besaran telah dibuat, ribuan pengunjung tahu akan program ini. Selepas perbincangan dibuat dan persetujuan dicapai, mengapa disaat-saat akhir polis mahu berhentikan acara ini," kata Xavier. Bagaimanapun Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa pembinaan pentas itu didirkan di kawasan kenderaan polis dan ianya tidak menjadi masalah sekiranya didirikan di lokasi yang berbeza. Beliau turut memaklumkan bahawa perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.



penyapu sial


disebabkan oleh kedatangan NAJIS,....anjing berlesen ni sanggup membuat apa sahaja untuk tuannya

Serangan gereja : UMNO nafi dakwaan Azmin Ali

Umno bahagian Ampang menolak dakwaan Naib Presiden PKR Azmin Ali yang mendakwan ahli pertubuhan itu ada terlibat dalam serangan ke atas gereja di Desa Melawati. "Saya menafikan sekeras-kerasnya. Itu bukan tindakan kita. Mungkin tuduhan itu dibuat kerana kita terlibat menghantar memorandum kepada Sultan Selangor berhubung perkara ini. Walaupun begitu, dalam masa yang sama kita menentang kekerasan. Kita juga tidak bersetuju dengan tindakan tersebut," tegas Datuk Ismail Kijo. Sebagai Ketua UMNO bahagian.

Azmin mendakwa Pemuda Umno Gombak dan Ampang telah terlibat dalam serangan terhadap Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, pada 8 Januari lalu. Beliau yang merupakan ahli parlimen Gombak berkata akan mendedahkan identiti mereka yang terlibat. "Kalau kita tengok, pada 31 Disember apabila keputusan dibuat, walaupun ada bantahan dibuat, kita lihat tiada tindakbalas. Tetapi bila Umno serah memorandum sahaja, mulalah kes bakar gereja. Seolah-olah sengaja dibuat kerana hendak menuduh Umno yang buat," kata Ismail.



penyapu sial


hehehehehe....UMNO yang buat keje ke? dah syak dari awal lagi dah.....UMNO cakap terbalik....makna nya ya....

ORANG BUAT JAHAT TAKKAN NAK MENGAKU JAHAT. YA TAK? INILAH PENJAHAT YANG SEDANG MENGGANAS DALAM NEGARA.

29 January 2010

serabai dan cibai PAS....Khalid Samad digantung, Hasan Ali hanya amaran....INI TIDAKKKK....ADILLLL.....

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad digantung daripada jawatannya selama enam bulan manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali ‘terselamat’ dengan amaran.

Selain itu Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam dilarang daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan dengan parti.

Khalid yang kini berada di luar negara merupakan anggota Lajnah Politik PAS.

Mengumumkan keputusan jawatankuasa disiplin petang ini, pengerusinya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Hasan juga diberikan amaran daripada membuat sebarang kenyataan berkaitan dengan Pakatan Rakyat.

“Kami mendapati Khalid Samad bersalah di bawah Seksyen 75 perlembagaan parti dan memutuskan untuk menggantung beliau daripada jawatannya selama enam bulan.

“Sepanjang tempoh itu beliau dilarang membuat kenyataan yang boleh memberi kesan ke atas imej PAS dan Pakatan Rakyat.

“Dan jawatan yang beliau pegang termasuk sebagai ketua PAS Shah Alam dan anggota Lajnah Politik parti,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Naib Presiden berkata Khalid disabitkan kesalahan kerana beliau mendedahkan masalah dalaman parti menerusi kenyataannya dan tulisan blog beliau.

Khalid juga didapati bersalah mendedahkan kandungan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor.

Tuan Ibrahim menambah Khalid menerima hukuman berat kerana tindakannya telah menjejaskan parti secara langsung.

“Malah ketika disiasat beliau (Khalid) mengaku sedar akan keseriusan tindakan beliau,” katanya.

Khalid ada ruang untuk melahirkan rasa tidak puas hati tetapi oleh kerana tidak berbuat demikian beliau telah menjejaskan nama baik parti.

Tuan Ibrahim juga berkata Hasan didapati bersalah kerana mengkritik Selcat secara terbuka.

Katanya sebagai Exco, Hasan seharusnya membawa isu berkaitan dengan Selcat dalam mesyuarat kerajaan negeri.

Kedua-dua Khalid dan Hasan diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Hasan ketika ditemui wartawan memaklumkan keputusan jawatankuasa disiplin dan menyalahkan media kerana mensensasikan kes beliau.

Jawatankuasa disiplin membuat keputusan terhadap dua pemimpin PAS Selangor itu Jumaat lalu dan hanya diumumkan hari ini.

Khalid menghadapi dua pertuduhan iaitu membuat ucapan terbuka mengkiritik Pesuruhjaya PAS Selangor yang mengkritik isu tatatertib oleh Selcat dan menulis dalam blognya, mendedahkan minit mesyuarat badan perhubungan PAS Selangor pada 27 Sept lalu.

Hasan juga menghadapi dua tuduhan di mana beliau dituduh membuat kritikan terbuka berkaitan dengan prosedur tatacara pendengaran Selcat dan membuat kritikan terbuka terhadap pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Minggu lalu Tuan Ibrahim berkata keputusan itu dibuat secara sebulat suara berdasarkan kepada perlembagaan parti.

Terdapat empat pilihan hukuman yang boleh dikenakan iaitu diberikan amaran, digantung keahlian, digantung jawatan dalam parti atau digugurkan dari parti.

Mengikut pindaan perlembagaan parti 2009, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa pusat PAS atau Majlis Syura Ulama.


penyapu sial

.Ana tak boleh duduk bawah kepimpinan Hassan Ali.Ana juga dah tak nak endah pasal Pas lagi.Hassan Ali adalah punca sebenar.Mengapa Dia cuma diberi amaran....bangkai ini yang telah membocorkan rahsia PAS kepada UMNO....menjadi host pertemuan gelap dan dalam kelambu antara blogger pecacai PAS angkat najis UMNO dengan blogger blogger UMNO haprak....INI TIDAK ADIL....undang undang ini sangat baik ....menambahkan king kontrol pro UG....

Hassan acted against PR by criticising Selangor Government for Self-Interest. Khalid spoke on this issue sincerely without malice but Hassan has intent to hurt the PR coalition.

Now Khalid gets suspended and Hassan gets warning? PAS still has UMNO style thinking - allow those who do malice to get away with it but the one who speaks the truth gets punished. WHat message is PAS sending to the people???

PAS still need to correct their ways of working in PR Coalition!

Politik Biadab Nakal Perjudi Dan Peralatkan Rumah Ibadat Bagi Kepentingan Politik

Peristiwa membakar surau dan melempar kepala babi di dalam masjid adalah gambaran bagaimana persoalan emosi dan sentemen umat Islam cuba di provokasi bagi membangkitkan kemarahan umat Islam terhadap penganut agama lain kursusnya Kristian. Usaha ini di lakukan setelah kegagalan membentuk dan membangkitkan kemarahan umat Islam di dalam peristiwa pembakaran gereja ekoran dari isu penggunaan kalimah Allah.

Penangkapan suspek dalam kejadian pembakaran gereja dan surau yang terdiri dari kalangan umat Islam dan kini melemparkan kepala babi ke dalam masjid ternyata gagalnya pihak berkuasa agama Islam dan mereka yang punya kuasa dalam hal ehwal Islam memberikan kefahaman yang jelas betapa Islam sangat memuliakan rumah ibadat.

Melemparkan kepala babi yang di bungkus dalam pelastik lutsinar adalah petunjuk ianya di lakukan oleh orang yang jijik dan haram dengan babi. Kalau ianya di lakukan oleh orang tidak jijik dan tidak haram dengan babi sudah tentu ianya tidak perlu di letakkan dalam pelastik lutsinar. Kejadian tersebut ternyata berpunca dari kenakalan politik mengadudombakan rumah Ibadat bagi mencapai cita-cita politik Biadab Nakal.

Tindak tanduk politik Biadab Nakal ini adalah berpunca apabila mejoriti rakyat pelbagai kaum dan agama menolak dan tidak lagi terpengaruh dengan kenakalan politik golongan ini. Lalu mereka melakukan percubaan yang mengharapkan umat Islam kembali berpayung kepada politik murahan Biadab Nakal bagi memastikan kelangsungan kuasa politik mereka.

Saya sangat kesal dan kecewa apabila pembakaran gereja, surau dan kini melemparkan kepala babi dengan menjadikan rumah ibadat sebagai alat untuk mencaturkan politik adu domba dan menjejaskan keharmonian hidup rakyat Malaysia.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia bertanggungjawab menghentikan dan menamatkan politik Biadab Nakal dan Usaha Memporakporandakan Negara Orang Malaysia .

"SELAMAT MALAYSIA "

DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.

aduka oh aduka..kalau tak tutup muka lagi glamer beb.....kick tendang bola (kickdelfella) pun tak dapat layanan istimewa macam ini beb...!!!








Semua gambar yang dirakamkan di mahkamah menunjukkan dia menutupkan separuh mukanya.

Malu apa dia hingga terpaksa tutup mukanya? Malu apanya, mukanya bukan buruk, malah boleh tahan hensemnya.

Lagipun dia bukan lakukan jenayah. Dia bukan dituduh di bawah Kanun Acara Jenayah, Kanun Kesiksaan, Kanun Prosedur Jenayah atau apa-apa Akta dan Kanun lain yang ada kaitan dengan jenayah.

Dia tidak bunuh orang, dia tidak letup orang dengan C4, dia tidak rogol budak perempuan 14 tahun, dia tidak raba punggung mana-mana perempuan, dia tidak cium mana-mana bini orang atau anak dara orang.Jadi mengapa malu?

Dia hanya dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia. Jadi dia tidak perlu rasa malu. Tak perlu tutup muka hensemnya!

aduka taruna jadi blogger glamer...di ikat jamin dan identiti terdedah jua....!!!!

Aduka Taruna, atau nama sebenarnya, Khairul Nizam Abd Ghani, 29, seorang penulis blog mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Jan.

Khairul Nizam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Johor. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No.297, Rumah Rakyat Panchor, Paroi, di sini antara 7.25 malam dan 9.05 malam.

Beliau sebelum ini diperintahkan ditahan reman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu. Perintah tahanan reman itu berakhir hari ini.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A)Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkannya diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Masri Mohd Daud mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000.

Bagaimanapun, hakim Zamri Bakar mengurangkannya sebanyak RM5,000 dengan mempertimbangkan rayuan Khairul Nizam yang akan mengadakan majlis persandingan esok.

Pengantin yang baru sebulan mendirikan rumah tangga itu diwakili peguam Mohd Razlan Jalaludin.

Hakim juga memerintahkan passport antarabangsa Khairul Nizam diserahkan kepada mahkamah.

Khairul Nizam kelihatan tenang sepanjang prosiding tersebut. Isterinya turut hadir di mahkamah.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.

UMNO TERLIBAT...POLIS PULAK BERSUBAHAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI

ANASIR DARI UMNO DAN POLIS TERLIBAT DENGAN INSIDEN KEPALA BABI?

Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan, antaranya:

Pertama, kawasan di sekeliling masjid di Taman Medan itu didiami oleh orang Melayu dan tidak mungkin bagi seorang bukan Melayu yang dikenali atau tidak dikenali berani memasuki kawasan untuk membuat kerja buruk ini.

Kedua, kepala babi hutan itu dimasukkan dalam plastik dan diikat dengan tali, menunjukkan kemungkinan besar ia diletak dekat masjid oleh seorang atau lebih Muslim yang tidak mahu memegangnya kerana tahu ia dilarang dalam Islam.

Ketiga, ramai penduduk Taman Medan menganggap kerja ini mungkin dilakukan oleh beberapa orang extremis, termasuk ahli Umno, kerana mereka biasa dengan cara lama Umno ini untuk mengapikan kemarahan kaum.

Keempat, KPN Musa Hassan mengandaikan bahawa kepala babi itu mungkin dibeli dari restoran, dan ekoran dari andaian ini ramai penduduk mengesyaki ada anasir polis yang boleh jadi terlibat, kerana mereka saja – tidak orang biasa – yang boleh mendapatkan empat kepala babi hutan dari restoran sekaligus.

Saya menggesa pihak-pihak berkuasa menyiasat dengan segera dan teliti segala kesimpulan orang ramai ini sebelum ia merebak sebagai yang sebenarnya.


DR SYED HUSIN ALI
Timbalan Presiden KEADILAN

MESYUARAT EXCO PEMUDA BERUK KECOH - DESAK KETUANYA LETAK JAWATAN




Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang diadakan baru-baru ini berakhir dalam keadaan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.

Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut.

Bukan lagi rahsia bahawa Pemuda UMNO gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu. Antara yang menimbulkan kemarahan ramai ahli pemuda ialah tindakan Khairy melantik Ketua-ketua Pemuda Negeri yang tidak mendapat sokongan majoriti ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri tersebut.

Antara Pemuda negeri yang bergelut dengan krisis kepimpinan ialah Pemuda UMNO Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor. Ini berikutan tindakan Khiry melantik Ketua Pemuda Bahagian yang menyokong beliau dalam pemilihan lalu sungguhpun mereka ini tidak disukai oleh majoriti ketua Pemuda Bahagian yang lain.

Pemuda UMNO Selangor misalnya sehingga hari ini gagal mengadakan mesyuarat penuh. Sebanyak 13 daripada 22 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selangor menolak kepimpinan Suhaimi dan mengambil keputusan bergerak secara bersendirian di bahagian masing-masing.

Di Perak juga berlaku kemelut kepimpinan Pemuda yang serius apabila Mesyuarat Pemuda Negeri Perak minggu lalu meminta Ketua Pemuda Negeri berundur secara terhormat. Memorandum 18 Ketua Pemuda Bahagian Perak juga khabarnya telah dihantar kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Di Pulau Pinang, Sdr Norman juga ditolak kepimpinannya oleh majoriti Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Demikian juga yang berlaku di Johor dan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan mereka mengambil keputusan menggerakkan bahagian secara bersendirian bagi memastikan UMNO Bahagian terus kukuh dalam menghadapi pilihan raya.

Selain isu perhubungan Pemuda UMNO Negeri, Khairy juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh Ketua-Ketua Pemuda Bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepada beliau apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir. Daripada itu pula kebanyakannya ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.

Beberapa EXCO yang bercakap kemudiannya bertindak mempersoalkan kegagalan Khairy menjadi suara Pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunakan Pemuda bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada juga yang mempersoalkan alasan Khairy bahawa beliau tiada jawatan menyebabkan beliau tidak boleh menggerakkan Pergerakan Pemuda.

Menurut mereka jika dahulu Khairy berjanji untuk mengorbankan harta bendanya untuk Pergerakan Pemuda jika menang, bila menang lain pula alasannya.

Saudara Hishamuddin Yahya dan beberapa lagi exco yang dihubungi enggan mengulas perbincangan dalam mesyuarat EXCO sebentar tadi buat masa ini. Bagaimanapun kesemua mereka tidak menafikan berita ini.

penjelasan dari YB Khalid

DENGAR SENDIRI CERITA DARI YB KHALID


Salaam dari Timur Tengah,

Pada asalnya saya tidak bercadang untuk membicarakan persoalan kunjungan saya selaku ahli Parlimen Shah Alam menghadap Baginda SultanSelangor. Ianya sebenarnya merupakan satu kunjungan hormat yang sememangnya patut dilakukan oleh sesiapa sahaja yang dipilih rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Shah Alam.

Di atas dasar itulah maka saya menulis pada 20 November 2009 untuk diperkenankan mengadap. Oleh kerana kesibukan Baginda, maka pada tarikh 22 Januari 2010 barulah permintaan saya itu diperkenankan.

Oleh kerana tidak mahu menghebohkannya atau mempolitikkannya, maka apabila ditanya wartawan mengenainya pada hari berkenaan maka saya hanya menjawab, “Tiada komen, sila dapatkan penjelasan dari pihak Istana”.

Malangnya respon yang bersahaja itu telah disalah ertikan. Akhirnya, beberapa akhbar telah menyiarkan berita saya mengadap Sultan di muka surat depannya, “Khalid dititah mengadap Sultan” seolah-olah saya telah diperintah menghadirkan diri atas sebab DYMM Sultan murka terhadap saya.

Maka bersoraklah kumpulan-kumpulan UMNO tegar dengan berkata “Khalid dimurkai sultan”. Begitu jugalah NGO-NGO UMNO yang muncul di merata rata tempat. Tumbuh bagaikan cendawan selepas turunnya hujan.

Bagaikan langau di timbunan sampah yang ingin menangguk di air yang keruh.

Keadaan sebenar adalah seperti surat yang dipamirkan beberapa hari sebelum ini di blog saya.

Maka teramatlah dukacita golongan-golongan ini namun mereka terus dengan usaha durjana mereka dan dibuatlah laporan polis oleh berpuluh-puluh NGO jelmaan ini.

Mereka baru muncul entah dari perigi hantu yang mana tiada siapa ketahuan. Tidak kedengaran akan kewujudan mereka sebelum dari ini dan mungkin juga tidak akan kedengaran lagi selepas ini. Mati ditanam di kubur yang tiada bertanda.

Selepas dipelahap segala peruntukan, maka hilanglah mereka bagaikan bayang-bayang diwaktu senja.

Saya difahamkan Kementerian Belia mempunyai peruntukan untuk NGO bagi golongan belia dan pemuda UMNO di seluruh negara diminta mendaftarkan NGO-NGO mereka supaya dapat disalurkan peruntukan ini kepada mereka.

Habis lagi wang rakyat dipelahap golongan ini. UMNO tidak berubah dan tidak akan berubah. Duit, duit, duit, itu sahaja matlamat mereka dan kekuasaan yang dikejar adalah bermatlamatkan ini. Hanya kekalahan mutlak akan melenyapkan mereka.

Sudah, cukuplah dengan kisah mereka itu. Saya rasa ramai yang ingin mengetahui apa yang telah berlangsung semasa saya mengadap DYMM Sultan Selangor. Saya tidak boleh menceritakan semua dan sememangnya saya tidak bertujuan untuk mempolitikkan institusi ke Sultanan Selangor.

Oleh itu yang akan saya ceritakan di sini hanya sekadar menjelaskan apa yang dibincang tanpa meletakkan satu pendirian politik kepada DYMM Sultan. Ini adalah kerana sebagai Sultan, Baginda adalah ‘above politics’ dan tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Sebelum itu saya ingin merakamkan betapa besarnya hati saya atas kesudian DYMM Sultan mengizinkan saya menghadap dan meluangkan masa Baginda sehingga lebih dari sejam lamanya untuk berbicara.

Perkara-perkara yang dibincangkan adalah seperti berikut:-

1. Wawasan terhadap pembangunan Bandar Raya Shah Alam

Inilah matan utama disebalik pertemuan dan perbincangan yang diadakan. Baginda menjelaskan wawasan yang ingin dilihat melalui pembangunan yang terancang, bersama banyaknya kawasan-kawasan lapang yang disertakan tempat-tempat beriadah untuk warga Shah Alam. Kehidupan yang selesa tanpa sebarang bentuk kesempitan pembangunan yang sering digelar ‘concrete jungle’.

2. Persoalan Enakmen-Enakmen Negeri dan isu kalimah ‘Allah’

Baginda menegaskan kepada saya bahawa persoalan ini tidak patut dipolitikkan dan dipolemikkan. Sekiranya ada cadangan yang ingin dikemukakan, maka ianya perlu diserahkan mengikut prosedur dan peraturan iaitu dengan menulis secara rasmi dengan menjelaskan mengapa dan apa yang perlu dikaji semula. Pada masa yang sama cadangan berhubung perubahan-perubahan yang ingin dilakukan boleh dikemukakan, termasuk, menurut Baginda, “syarat-syarat yang ingin dikenakan sekiranya penggunaan kalimah ‘Allah’ ingin dibenarkan kepada yang bukan Islam. Jangan sekadar menyatakan secara umum ‘dikenakan syarat’, tetapi dijelaskan apa syarat-syarat berkenaan”.

Saya sempat menjelaskan kepada Baginda Sultan bahawa sememangnya kami (PAS) tiada niat untuk mempolitikkan dan mempolemikkan persoalan ini dan begitu jugalah rakan-rakan dari Pakatan Rakyat. Kami (PAS, terutamanya sayalah kot?) hanya memberikan respon kepada suasana di mana ada ‘pihak’ yang ingin mengapi-apikan suasana. Mereka memberikan gambaran bahawa orang Kristian menghina Islam dan mencemar kesucian kalimah Allah dan oleh itu ummat Islam harus bersatu untuk menyanggah tindakan golongan Kristian. Dalam suasana begitu kita terpaksa tampil ke hadapan untuk menafikan dakwaan golongan ‘provokator’ ini demi menjamin ummat Islam tidak tertipu dengan rethorik mereka. Melalui respon sebegini, maka ummat Islam akan dapat mendengar perspektif yang jelas berbeza dan dengan itu keselamatan dan ketenteraman negara dan negeri Selangor lebih terjamin. Lebih-lebih lagi apabila tafsiran dan kesimpulan golongan provokator ini adalah jauh dari kebenaran yang sebenarnya.

Baginda Sultan menegur saya kerana mengikut laporan akhbar saya mengatakan enakmen berkenaan ‘ketinggalan zaman’ dan ‘buruk’. Saya sempat menjelaskan bahawa itu adalah perkataan yang digunakan wartawan, bukan perkataan saya. Apa yang saya nyatakan adalah bahawa undang-undang pentadbiran seperti enakmen-enekmen berkenaan telah digubal berdasarkan keadaan dan suasana tertentu pada ketika ianya digubal. Sekiranya suasana dan keadaan berubah, maka undang-undang tersebut perlu berubah bersamanya. Oleh itu kesesuaian enakmen-enekmen ini perlu dikaji dari masa ke semasa.

Dalam persoalan ini, kesimpulannya adalah bahawa kami (PAS) telah dikehendakki mengemukakan cadangan yang lengkap dan sempurna secara rasmi. Perkara ini akan saya serahkan kepada PAS dan rakan angota PR untuk memikirkannya.

Pada masa yang sama molek juga sekiranya dicadangkan pindaan terhadap enakmen yang berhubung dengan persoalan tauliah. Supaya pemberian tauliah lebih mudah dan lebih telus dan penarikan balik tidak juga dilakukan secara sewenang-wenangnya.

3. Persoalan Menghormati Institusi Raja

Saya juga mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa PAS menghormati institusi Raja-Raja Melayu dan tiada apa-apa niat untuk mencabar atau menjatuhkannya. Saya menyebut bahawa selama ini, oleh kerana kami sebagai pembangkang, maka tiada peluang untuk mengadap dan menyatakan pendirian kami dalam persoalan ini. Pada masa yang sama, terdapat ‘pihak’ yang telah menggunakan kedudukan mereka untuk menyebarkan fitnah bahawa PAS dan juga PR tidak setia kepada Sultan. Mereka ingin menimbulkan kesangsian terhadap kami, sedangkan kami menghormati institusi raja sebagai sebuah institusi yang ‘above politics’ yang boleh menyatu-padukan rakyat jelata. Strategi ‘pihak tertentu’ untuk melagakan PR dengan raja adalah satu strategi yang akan terus usahakan walaupun ianya satu pembohongan yang nyata.

Baginda Sultan menyatakan kedukacitaan Baginda terhadap amalan ‘biadap’ terhadap institusi raja, khususnya oleh bloggers yang Baginda sebut sebagai ‘fan-club’ saya. Saya menjelaskan bahawa saya sendiri tidak pernah biadap terhadap institusi raja dan begitu juga pimpinan PAS mahupun PR, termasuk pimpinan di Perak. Kata-kata dan tulisan yang keterlaluan oleh mereka-mereka yang menyatakan sokongan terhadap kami adalah sukar untuk kami kawal. Ianya mungkin berlaku oleh kerana tanggapan dan mungkin juga gambaran yang ditonjolkan oleh ‘pihak tertentu’ bahawa raja-raja Melayu adalah bersama mereka. Kaedah dan pendekatan yang sebegini adalah amat berbahaya dan merupakan usaha mengheret institusi raja ke kancah politik sehingga dilihat berpihak kepada satu parti sahaja.

Baginda Sultan menyebut bahawa Baginda tidak berpihak dan apa yang diinginkan oleh Baginda adalah untuk melihat yang terbaik bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Saya menjawab bahawa saya, bagi pihak PAS dan PR, akan berusaha untuk mempertahankan institusi raja-raja sebagai institusi yang bebas dari fahaman politik kepartian. Saya akan juga mengingatkan rakyat, termasuk para bloggers mana-mana ‘fan-club’, untuk menghargai institusi raja-raja dan peranannya dalam sistem Demokrasi Berpelembagaan sebagai salah satu institusi ‘pengimbangan’ yang berkesan. Usaha untuk mengelabui mata rakyat bahawa kononnya raja-raja adalah pro parti tertentu dan hanya golongan ini sahaja yang pro Raja-Raja Melayu perlu dibenteras dengan serta merta.

4. Kunjungan Hormat oleh Ahli Parlimen PAS

Saya juga berkesempatan untuk menyebut bahawa kesemua ahli-Parlimen PAS Negeri Selangor ingin melakukan kunjungan hormat terhadap Baginda Sultan sepertimana yang saya lakukan. Bginda menyebut kesediaan Baginda untuk bertemu setiap wakil rakyat Negeri Selangor dan Baginda menghormati hakikat bahawa kita telah dipilih oleh rakyat Selangor di kawasan yang kita bertanding. Baginda menyebut mereka perlu menulis kepada pejabatnya, sepertimana saya dan Baginda akan berusaha untuk menetapkan waktu yang sesuai untuk bertemu dengan mereka.

Saya merasakan kagum dengan kesediaan dan keterbukaan Baginda Sultan Selangor dalam persoalan ini. Saya amat berharap agar melalui kunjungan hormat yang sebegini Baginda Sultan dapat mengenali wakil rakyat PAS dan dengan itu menilai pendirian, sikap dan kesungguhan serta kemampuan kami menerajui Negeri Selangor.

Melalui pertemuan seperti ini, adalah diharapkan agar Baginda Sultan dapat membandingkan kami dengan wakil rakyat pembangkang negeri Selangor dan seterusnya dapat melihat bahawa harapan untuk sebuah Selangor yang maju dan makmur tidak pernah terletak bersama golongan ini. Juga bahawasanya terdapat sebahagian dari rakyat Baginda di kalangan orang Melayu Islam negeri Selangor yang tidak korup, tidak tamak dan tidak mementingkan diri, yang ikhlas melibatkan diri dalam arena politik bukan untuk mengkayakan diri dan kroni, tetapi atas dasar prinsip dan semangat perjuangan dan pengorbanan yang kental.

Apa kata pepatah Melayu? Tidak kenal maka tak chenta? Selama ini tidak berpeluang untuk mengenalkan diri, maka sekarang perlulah dimanfaatkan sejauh mungkin.

5. Meninggalkan Istana Bukit Kayangan

Melihat jam sudah 12.45 tengah hari maka pertemuan terpaksa ditamatkan. Saya amat menghargai peluang yang telah diberi untuk mengadap. Begitu juga dengan teguran-teguran serta nasihat yang telah diberikan. Saya meninggalkan majlis selepas bersalam dan mengangkat sembah dan sejurus itu amat terkejut dengan berpuluh wartawan yang menunggu di pagar yang entah sejak bila. Pada mulanya saya ingin terus jalan tetapi memikirkan bagaimana mereka telah sabar menunggu, saya berhenti seketika sekadar menafikan saya telah dititah untuk mengadap kerana Sultan murka.

Seterusnya saya ke Masjid Batu Tiga, Masjid ‘Fastabikul khairat’, kerana dimaklumkan bahawa Dato’ PJ akan berkhutbah di sana. Selepas itu saya terus ke Sri Gading, Johor, untuk menghadiri program ‘Sehari bersama YB Shah Alam’ yang bermula denga Hi-Tea, diikuti Kuliyyah Maghrib dan berakhir dengan ceramah umum.

6. Jawatankuasa Disiplin

Pada pagi yang sama saya telah dihubungi oleh Jawatan Kuasa Disiplin, meminta saya datang ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pada jam 11 pagi. Saya menjawab tidak mungkin, kerana ada pertemuan menghadap Sultan. Lepas Solat Jumaat saya dihubungi sekali lagi, meminta saya ke Pejabat Agung pada jam 3 petang. Saya meminta maaf sekali lagi, kerana ada program di Sri Gading.

Akhirnya saya difahamkan pertemuan dengan JK Disiplin akan diadakan pada 29 Januari ini. Namun saya sekarang sedang berada di Saudi untuk beberapa minggu. Saya memaklumkan kepada Tuan Ibrahim akan perkara ini dan meminta agar saya diwakili oleh seorang sahabat yang akan berbicara bagi pihak saya. Tuan Ibrahim membenarkannya.

Saya berharap agar isu ini selesai dengan sebaik yang mungkin dan secepat yang mungkin. Supaya kita boleh kembali memberi tumpuan kepada persoalan menumbangkan UMNO. Kerana Malaysia akan lebih aman tanpanya.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia

depa dah kena baling kasut....najib dan pimpinan UMNO bila lagi nak senasib dengan depa nie...!!!

Hakim wanita Israel cedera dibaling kasut



BAITULMAQDIS - Seorang lelaki Israel membaling kasutnya ke arah Hakim Mahkamah Agung, Dorit Beinisch yang merupakan seorang wanita semasa perbicaraan sedang berlangsung di sini semalam.

Suami hakim wanita itu, Yeheskiel Beinisch memberitahu sebuah stesen radio awam bahawa balingan tersebut mengenai dahi, hidung dan menyebabkan cermin mata isterinya pecah.

Petugas mahkamah kemudian menangkap lelaki itu manakala Dorit yang berumur 67 tahun menerima rawatan di bilik pejabatnya sebelum kembali ke dewan mahkamah sejam selepas insiden itu.

Semasa sesi perbicaraan, lelaki yang berusia 50-an itu berdiri dan kemudian membaling sepasang kasutnya sambil menjerit 'rasuah' dan 'busuk', lapor sebuah stesen radio.

Dorit diberikan rawatan dengan menggunakan ketulan ais di kamarnya sebelum kembali semula ke bilik mahkamah dan menyambung perbicaraan beberapa jam kemudian.

Beberapa wartawan, peguam dan orang ramai memberikan tepukan kepadanya semasa dia kembali memasuki bilik mahkamah.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang sedang melawat Poland dilaporkan menghubungi Dorit bagi melahirkan perasaan terkejut dengan serangan itu.

Sebelum ini seorang wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush pada 14 Disember 2008 di Baghdad.

Pada Isnin lalu, seorang lelaki Sudan, Adil Mohammed Fath al-Rahman Mahjub membaling kasutnya ke arah presiden negaranya. Omar al-Beshir namun balingannya tersasar. - Agensi

28 January 2010

hari hari kita ditipu

Harga gula telah dinaikkan sebanyak rm0.20 sekilo, kenaikan yang begitu kecil oleh golongan yang berada, seolah-olah mencapat 10 kilogram ke laut, tiada ada apa-apa kesan kepadanya. Kesan kenaikan dari harga gula di hilangkan dengan mudah oleh kerajaan dengan menimbulkan beberapa isu yang semakin memualkan merimaskan rakyat Malaysia. Dengan isu kalimah Allah, dengan isu pembakaran gereja, dengan kesan vandalisme surau di johor dan yang terbaru adalah kes 2 kepala babi yang dilontarkan ke dalam masjid. Isu-isu ini seolah-olah membangkitkan sentimen perkauman dan keagamaan, atau isu ini hanya diwujudkan kerana untuk menghapuskan jejak kesan lain. Untuk mengelakan rakyat terus memperkatakan tentang isu kenaikan harga gula, isu yang tidak sepatutnya berlaku telah berlaku.

Apakah Tok Jib menggunakan ilmu yang sama seperti ilmu ayahandanya dalam mengukuhkan institusi kepimpinannya. Sewaktu 1969 13 mei berlaku, isunya agak hampir sama, Perikatan waktu itu mengalami keadaan seperti sekarang iaitu kehilangan undi 2/3 dari parlimen. 1969 perarakan kemenangan parti-parti pembangkang menjadi punca rusuhan atau tragedi 13 mei 1969. Dan pihak perikatan dapat memulihkan kekuatan dengan mewujudkan MAGERAN(MAJLIS GERAKAN NEGARA) yang mana diketuai oleh ayahanda Tok jib. Diwaktu mageranlah perikatan waktu itu sempat memulihkan maruah dan semangat yang telah tercalar dan koyak rabak kerana kehilangan banyak kerusi.

Dan pada hari ini, isu-isu yang seakan-akan sama telah berulang kembali, semacam strategi yang sama digunakan. Barisan Nasional akan pulih kembali kekuatan, maruah dan intergritinya jika dapat memanupulasikan keadaan semasa ini. Pihak Pas dibebankan dengan isu-isu keagamaan, Pkr diberi tugas untuk mendamaikan kaum-kaum yang mana selama ini harmoni dan tenteram, Dap terus diperdajalkan dengan isu-isu perkauman. Apabila Pakatan Rakyat ini diperdajalkan dan diperbodohkan dengan isu-isu semasa yang tidak masuk akal, ketiga parti ini disibukkan lagi oleh para pemblog yang mahu menaikan rating blognya. Pemimpin-pemimpin ketiga pakatan ini akan terus berhempas pulas untuk mendamaikan, mententeramkan dan mengharmonikan suasana, pada waktu ini Barisan Nasional sedang menikmati saat-saat penyembuhan, perubatan yang bertaraf dewa dalam keadaan tenang dan damai.

Hari ini kita lihat mca tenang, mic tidak ada kocakan, umno terus selesa dengan menjadi juara rakyat, yang ada kita lihat hanya parti pembangkang sahaja yang bertarung dengan bayang-bayang isu yang sengaja dimomokan oleh media. Pas dengan masalah Ugama islam, kebanyakan NGO, pemimpin Pas sendiri, pemimpin Parti pembangkang sendiri memberi masalah kepada pemimpin Pas, mengeluarkan hujah kononnya ini adalah demokrasi yang subur dalam Pas. timbul aje isu berkaitan dengan agama islam Pas akan mengalami banyak masalah. Makin hari makin banyak isu agama ditimbulkan dan tidak memberi ruang langsung kepada PAS untuk bernafas dengan selesa dan memberi serangan kepada UMNO. Akhirnya PAS akan lelah dan semput sendiri tanpa bantuan oksigen dari pendokong, penyanjung dan pemimpin sendiri.

Pemimpin dalaman PAS sendiri membekalkan maklumat dalaman Pas kepada orang luar yang tidak sepatutnya tahu apa yang berlaku dan musuh-musuh pas akan mudah menyerang pas menggunakan kelemahan ini. PKR dibebankan dengan masalah-masalah pentadbiran, isu-isu pasir, isu kepala babi, isu-isu tanah yang mana isu ini tidak sepatutnya menjadi duri dalam daging dalam pemerintahan. SPRM telah berjaya mewujudkan suasana yang tidak tenteram dalam pentadbiran Selangor, Sejak dari mula sehingga kini, MB ini dibebankan dengan masalah-masalah rasuah yang mana sepanjang pemerintahan kerajaan baru ini tidak pernah sunyi dari kunjungan SPRM, sudah menjadi lumrah kepada MB baru ini akan sentiasa berhadapan dengan SPRM.

Kedah tidak mendapat kunjungan SPRM, Penang ada sekejap dapat kunjungan SPRM, Kelantan baru-baru ini mendapat kunjungan SPRM, Perak tidak lama dapat kunjungan SPRM kerana dah karam kerana pendayungnya dah lompat ke kapal lain, sambil lompat sambil menebuk kapal yang ditumpanginya itu, apakah jenis manusia ini, yang pasti Selangor adalah negeri dibawah naungan SPRM. Pentadbiran menjadi kelam kabut kerana terlampau menghadap kepada isu-isu ini, diperbesar-besarkan dalam media, menjadi makanan rutin di Selangor akan mendapat kunjungan SPRM.

Pakatan rakyat akan terus dihidangkan dengan masalah-masalah yang makin banyak direkacipta untuk memudahkan umno dan barisan merawat lukanya yang parah. dalam rawatan pihak umno perlu mencipta sebanyak mana isu untuk menyusahkan pakatan rakyat untuk menyelesaikan dan umno ada masa untuk berubat. Masa ini pakatan rakyat tidak berupaya untuk menyerang umno kerana dibebankan dengan tugas-tugas khas yang diberikan oleh Umno. Keadaan selesa akan menyebabkan umno akan cepat sembuh dan mampu bangkit kembali seperti selepas tahun 1969

wah...ini macam istana penyu vs istana bali....al maklum lah mat said dan khir toyol sekapal geng perompak rakyat gamaknya...!!!!







PERCAYAKAH ANDA… sebuah rumah banglow mewah dua tingkat berwarna biru serta dihiasi langskap persekitaran yang menarik ini merupakan rumah seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu.

Wah!! Kaya betul pemimpin tersebut sehingga boleh buat rumah dan ‘Istana’ yang hebat-hebat. Siapa pun pasti akan mengenali pemimpin tersebut.

Awang sedia maklum bahawa pemimpin ini sebenarnya datang dari keluarga miskin dan susah. Ayahandanya seorang ‘penyadak nyior’ (pengait kelapa) yang miskin serba kekurangan tetapi mampu melahirkan seorang anak yang kaya-raya.

Pemimpin Umno tersebut diperingkat bahagian politik merupakan Ketua Umno Bahagian di hujung negeri Terengganu Darul Iman.

Jika diperingkat negeri pula jawatan politiknya agak besar iaitu sebagai orang nombor dua di negeri ‘Darul Runtuh’ ini.

Manakala, jawatan dalam kerajaan dan eklusifnya dia (pemimpin) merupakan Menteri Besar (MB) Terengganu pilihan ‘Istana’ dan bukan pilihan pemimpin bawahan atau pertengahan Umno negeri.

Istana ‘YB’ yang tersergam indah berkenaan terletaknya di Kijal, Kemaman berhadapan dengan Kolej Universiti TATI.

Sumber Awang memberitahu harga sebuah banglow mewah seperti Istana tersebut harganya mencecah jutaan ringgit. Angka tepat tidak dapat Awang dedahkan kerana tertakluk ‘Akta Rahsia Rasmi Peribadi’. Tapi Awang tidak ambil rasuah untuk tutup mulut.

‘Dan Sebenarnya’….mungkin orang tidak tahu, rakyat tidak tahu dan mungkin pengundi pun tidak tahu bahawa ‘Istana’ milik pemimpin Umno tersebut sebenarnya telah dibina sebelum dia (pemimpin) jadi ‘Yang Amat Berhormat’ lagi.

Waktu itu, dia (pemimpin Umno) sebagai pembangkang antara tahun 1999 – 2004. Maklumlah, waktu itu ‘wang ehsan’ banyak hasil ‘rompakan’ politik kerajaan Persekutuan atas cadangan para pemimpin Umno Terengganu.

Banyak projek-projek sekolah, jalan raya, balai raya, ‘hantu raya’ dan sebagainya yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Apa yang orang kata pemimpin tersebut banyak juga dapat projek-projek wang ehsan waktu itu dan sebab itulah dia kaya-raya boleh buat apa sahaja termasuk ‘Istananya’.

Oleh itu, sebagai kenal-kenalan kita di Facebook untuk menambahkan koleksi seorang pemimpin yang baru pulang dari mengerjakan Haji di Mekah dengan ini diumumkan nama pemilik banglow mewah tersebut adalah Dato’ Haji Ahmad Said al-Kijali.

TETAPI….dengar ceritanya, dia (Mat Said) jarang sangat duduk kat Istana tersebut kerana mungkin kurang selesa sebab berjawatan MB atau mungkin kerana dia banyak duduk di Istana Sri Iman, Kuala Terengganu.

Lagi pun banyak sangat cerita-cerita pelik yang Awang dengar al-kisah akan rumah banglow tersebut sejak dari pembinaan hingga siap yang penuh dengan kisah MISTERI !!!!!!


~ Apa Orang Kata

ini rupanya perangai ustaz cibai kulim firaun kecil PKR....!!!!

MP Kulim: TEMBELANGNYA TELAH PECAH!!!!

Sebagai orang Kulim Bandar Baharu rasa terpanggil juga untuk menulis mengenai MP Kulim BB sekoq ni apabila tidak tahan lagi melihat tingkah laku dan kenyataan2 yang menyakitkan hati rakyat terutamanya penyokong pakatan Rakyat. Rasa marah,benci yang meruap ruap dikalangan pemimpin Pas dan PKR di Kulim BB dah tak tertanggung lagi rasanya. Bukan setakat seminggu dua ini tetapi sejak bermulanya PRK yang ke 12 lalu. Apabila disahkan sahaja mendapat pencalunan untuk bertanding dari PKR pusat dengan penerimaan tauliah menjadi calun maka mulalah membuat onar dan duri dan menunjukkan wajah sebenar yang kononnya seorang pejuang Islam sejati.

Makian dan sumpah seranah serta carut mencarut tak lekang dari mulut seorang ustaz yang dianggap zuhud pada mulanya. Kalaulah kata2 itu keluar dimulut budak2 dah lama kena makan penampar. Dana pilihanraya yang diberi kepadanya oleh PKR pusat dah habis sebaik mendapat jadi calun katanya sehinggakan duit membeli borang pencalonan dari SPR sebanyak RM25 pun tak dibayar balik kepada orang yang membelikannya. Duit ringgit dalam tempoh berkempen semuanya di keluarkan sendiri oleh pimpinan dan penyokong pakatan rakyat di Kulim sendiri. Kalau minta padanya bukan nak diberi tapi kata2 yang tidak enak didengar telinga yang akan diperolehi darinya. Padahal banyak duit derma dari seluruh Malaysia yang didermakan untuk kemenangan beliau tapi heranya kemana duit tersebut hilang hanya beliau yang tahukannya sampai ada yang telah mendermakan dari duit zakat yang tidak menghalalkannya setelah mengetahui belang sebenar beliau.

Ada juga hamba Allah yang mendermakan sebiji rumah untuk beliau semasa PRU dulu untuk penginapan dan dijadikan markas strategi beliau dan seterusnya dijadikan istana hinggap sehingga habisnya PRU dan tidak diselenggara dengan baik.jadi kotor dan tuan rumah pula dijadikan seperti hamba mencuci kekotoran dan sampah yang beliau buat sehinggakan tuan rumah terpaksa menukar kunci apabila tidak tahan lagi menjadi amahnya

ustaz cibai setiapkali beliau turun ke Kulim. Akhirnya beliau datang sekali sekala dan berpejabat didalam bas ekspress. Mai pagi balik petang dan masalah orang Kulim BB hampa selesailah sendiri. Buka pusat khidmat parlimen tak dibayarnya sewa dan duit ubahsuai pejabat maka tuan kedai terpaksalah menutupnya dan si MP Kulim BB ni pun bukalah pejabat khidmat Parlimennya di Kuala Lumpur apa berita melalui blackberrynya. Nak tau yang tulus mulus baca diblognya.HAPRAK!!

Sebenarnya kesah2 ini telah saya tulis dulu dalam tajuk MENANTI TEMBELANG MP KULIM BB PECAH. Begitu juga dengan penulis lain di Kulim seperti MIE ITIK dan MAMAT. Membongkar ke bobrokkan MP Kulim ni yang dianggap seorang pembela Islam sejati oleh orang2 yang tak mengenali beliau secara rapat.

Tetapi di mutakhir ini sedikit demi sedikit tembelangnya telah mulai pecah dan baunya telah menusuk dihidung rakyat malaysia yang cintakan keadilan. Pembongkaran kami mulanya disangkal dan tidak diendahkan oleh ramai pihak termasuk pimpinan PKR sendiri tapi akhirnya kebenaran telah timbul. Maka dimakbulkan lah doa orang2 yang telah diinaya dulu. Saya malaslah nak bercerita lagi tentang duit ringgit samaada yang diperolehi dari PKR pusat, dari Kerajaan Negeri dan dari sumbangan orang ramai. Jadi pembaca fikirlah sendiri samaada duit itu sampai ke gulungan sasaran atau ke Rakyat jika MP Kulim ni berperangai begini, kalau tanya seorang pemimpin tempatan iaitu Ketua Penerangan PAS Kulim beliau akan mengatakan bahawa Zul Noordin ni belum buka mulut lagi dia dah tau MP Kulim ni nak berbohong......sampai tara tu..jadi bhai fikirkanlah sendiri. Harapkan kepiah dikepala, mungkin nyorokkan sesuatu yang tak ada diatas rasanya.

Nak cerita panjang dah banyak laman2 blog juga dah membongkarkan kebusukan dan kecelaruan yang dilalkukan oleh Uztaz kedekut macam taik hidung masin nie.....ngeeee. Baca di Blog From Perak with Love. pendekar gunung Keriang, W, Fauzdin. Greenboc semua nya membongkar kisah2 busuk yang dibuatnya. Hanya blog kickdefella aje yang mempertahankanya. Itu pun budak tu dok di Kelantan tak mengenalinya secara dekat dan juga bermasaalah disana. Ramalan saya mungkin perjanjian si Zul ni degan Najib dan UBN ni telah sampai masa atau mungkin surat tanpa tarikhnya telah cukup tempoh. Maka selain dari perjanjian mengabaikan parlimen sendiri serta waktu untuk melompat dah pun sampai. Jadi salah satu caranya untuk tidak menjatuhkan maruahnya maka biarkanlah dirinya dipecat agar tidak nampak sangat ketara kebobrokkannya. PKR membiarkannya lagi maka lagi dasyatlah statment yang akan dibuatnya.

Terakhir ini beliau menyatakan Pakatan Rakyat seperti melancarkan revolosi seperti meminda perlembagaan negara. Jadi peninglah SUA PKR Baru Sdr. Saiffudin menafikannya. Baru nak fikirkan memperkasakan PKR terpaksa memikirkan mangkuk sekoq ni...Apa punya tuuuur.. Begitulah onak dan duri yang akan dilakukannya. Jadi tunggu apa lagi PKR...takkan nak tunggu rakyat pula menjatuhkan PKR!!!!!!!!. Penyokong dan Pendokong Pakatan Rakyat akan bersetuju dengan cadangan ini. Biar nampak zalim pada seorang dari menzalimi puluhan ribu rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat di Kulim Bandar Baharu. Lagi pun ramai pemimpin Ameno dah memperlawa beliau. Apa nak dikesahkan......

Beginilah nasib Pakatan Rakyat tak habis dugaan yang ditempohinya. Adat Perjuangan yang baik selalunya menempuh duri dan ranjau. Tekanan diterima hari kehari dan silih berganti. Ditepis rempuhan dari UBN tapi membisul dibadan sendiri, Pemimpin yang rakyat harapkan menikam sesama sendiri. Dalam waktu kesmpatan yang ada DSAI perlulah melakukan sesuatu yang drastik. Jangan dibiar barah membusuk dibadan sendiri. Buang dan Pecat kudis2 yang melekat dibadan PKR dan Tuan Guru Hj. Hadi perlu mambuang bisul di badan2 PAS. Jangan sampai biarkan sekelunit kulat tumbuh diserban PAS. Jadikan ianya satu perbedaan antara Pakatan Rakyat dan UBN. Rakyat ada mata dan menjadi hakim negara. Kalau biarkan maka rakyat akan menghukun Pakatan Rakyat,,,,maka hancur dan punahlah jalan ke PUTRAJAYA...!!!! Percayalah setelah teruk Selangor dihentam dan diduga dari setiap penjuru maka akan tiba saatnya KEDAH pula selepas ini........Perancangan UBN tak akan padam cuma masa yang akan menentukannya. Maka bersiap sedialah wahai Pemimpin Pakatan Rakyat Kedah!!!!....


Wallahhualam.

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN

Jin Brabus

Apa kehel ni bro..??? .....Zul diam Membatu Sembunyi teloq Bila Berhadapan Dengan Khalid di Rumah Anwar...

Memang kantoi betol Mamat yang tak sadar diri nih! Sepatutnya dia sedar yang arus politik dalam Pas sudah pun menjatuhkan hukum pancong sehinggakan tersingkir dari jawatan tinggi di Kawasan Bandar Tun Razak. Nasib menyebelahinya apabila disorong PKR menjadi calon Parlimen Kulim Bandar Baru. Detailnya telah pun saya tulis dahulu siap dengan senarai kehodohan susuk tubuh Zul.

Rentetan dari itu banyak surau-surau di kawasan Kuala Lumpur membatalkan kontrek ceramah atau kuliah subuh/dzohor. (bab percuma atau boleh asyuuk ni memang dia cukup suurrr.) Cuma masih ada yang melangganinya atas alasan tidak tahu disebabkan tidak melayari internet atau pun hanya melekat di blog Zul4Kulim sahaja. Kalau orang Kulim pun cemuih tengok Mamat ni, yang lain tu tunggu apa lagi? Jangan sesekali terpedaya dengan penampilan zuhudnya itu.

Saya mahu memperingatkan lagi betapa, Zul kulim memang ada membuat perjanjian syaitan dengan Najib berkaitan petisyen SPR berkaitan tiada penyata kewangan dahulu! Dua perkara yang perlu ditunaikannya telah dijayakan dengan sempurna- tidak turun ke padang dan juga membuat ulasan politik mulut hebiarq. Maksudnya, cakap macam orang bahlol atau badigol berkelulusan tinggi!

Zul ini siapa untuk menjadi jaguh soal kalimah Allah? Sedangkan pemimpin tertinggi PAS dan PKR sudah pun membuat keputusan yang cukup baik. Kenapa perlu bedebah ini membuat tarian kaldai muzik yang dijana pemimpin Umno? Allah..... toksah lah dok ligat chong dalam blog tu kalau hakikatnya macam kura-kura. Kalau depan DS Anwar bukan main berlakon. Lihat bagaimana dalam perjumpaan di rumah Dato’ Seri baru-baru ini seperti yang didedahkan blog sahabat-sahabat kita, dia boleh dok diam macam anak dara dipinang tatkala YB Khalid Samad berhujah! Kenapa tak sanggah? Dalam blog bukan main hebat kau bedal adik lelaki Dato’ Shahrir tu...

Untuk pengetahuan pembaca, dia hanya bekerja di hujung jari melalui telefon Blackberry. Dia tak turun melawat ke sana kemari. Semua pendokong kuat beliau selama ini sudah cabut lari. Dari Ust Ismail, Zulhelmi, sampai lah ke anak En Fadzil bernama Saari! Mana tahan asyik menjadi lembu korban sahaja. Tak larat mereka asyik nak kena mencuci bontot kaldai!

Jika benar dia seorang yang zuhud dan ilmuan dalam Islam, apa yang telah disepakati oleh Kepimpinan PAS dalam kenyataan akhbar mereka sudah mencukupi. Dan apa yang dinyatakan oleh YB Khalid memang ada asas untuk dibahas dan dipinda. Tetapi, seperti yang saya cakapkan di awal tadi, bukan setakat dia menari tarian sebagai kaldai Umno, bahkan dia sendiri dengan penuh sedar turun membuat laporan polis untuk menunjukkan betapa taat dan setianya ia menjadi barua Umno! QUACK!! Agaknya dia masih merasakan diri sebagai ahli Umno kot!

beginilah keadaan Zul sekarang! Menari sampai terangkat...

Memang itu lah kaedahnya Umno, buat kerja di dada akhbar, muntahkan berita sensasi, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa syarah, suruh orang berkorban dan dia sendiri balun belakang dan hadapan. Siap jaja ayat dan hadis Nabi. Tanam bibit perpecahan dan syak wasangka antara parti dalam Pakatan Rakyat. Dia memang felarq! Siyeeee......

Aku secara peribadi suka mamat ni dipecat dari parti. Malaon itu bagai melukut di tepi gantang. Perasan diri hebat. Zuhud kalau setakat kopiah saja tak jadi, sebab semua orang tau, kopiah terletak di situ sebab kepalanya sudah botak (dahi solah melepasi ubun-ubun). Tidak ada bukti yang boleh menjungkit imejnya di Kulim hatta di persada politik negara. Badigol ini macam orang tak ketahuan. Lebih terserlah jahatnya si misai nipis ni sejak dia ada perjanjian syaitan dengan Najib.

Dengan sikap mulut jelabas dan hebiarq macam tu, singkirkan dia dari politik negara terutamanya dalam Pakatan Rakyat. Macam ayam togel yang berlemoih tahi kat pungkoknya. Piirah.... orang Melayu bukan perangai macam dia, kedekut tahi hidungmasin, angkuh, sombong, kaki pekena orang. Bila dah terhimpit, nak gah kununnya untuk bercakap dalam ruang sebagai orang Islam dan Melayu!! Oiiit, kaldai.......................!! Sudah la. Umumkan saja nak masuk Umno dan kutuklah parti kami yang mengangkat hang dari status pariah politik tu. Kalau nak cakap bab Islam lagi la tak layak...

Muka macam siiiyeeeee! Bukan janggut kambing. Kaldai berjanggut.

Kalau lah dia ni spesis tumbuhan tentu sahaja, dia ni sepohon kadok. Kadok naik junjung seperti kata pepatah. Oih! Bukan main merak sehingga boleh buat tak kenal akan orang yang bertungkus lumus menaikkannya. “ Hang sapa?” begitu lah gambaran keangkuhannya apabila aktivis memberi pendapat. Kekadang tu, aktivis pun balas balik apabila mereka tidak menyambut tangannya untuk bersalam. “Oih..... hidup lagi rupanya, ingatkan dah mampoih dah!!”. Begitu lah gambaran pertautan hati yang ‘mesra’ antara Zul dan jentera parti di Kulim. Ismail Selama yang menjadi Ahli Majlis lagi lah..... “ Aku tak mahu dah berurusan dengan pelarq siyeee tu”.

Terkini, kami dengar Aziz Sheikh Fadzir sudah kalut untuk bersedia menghadapi pilhanraya kecil Kulim Bandar Baru. Saya ingatkan lagi, ..... bedebah Zul dikatakan ada menandatangani surat tanpa tarikh untuk meletakkan jawatan sekiranya fungsinya tidak diperlukan lagi.

Malaun siyee ini sedang menghampiri garis penamat sandiwaranya. Borang perletakan jawatan sudah lama berada dalam genggaman Najib.

Ohh... tentu sahaja sudah ada penawarnya dalam bentuk wang dan laba lainnya......memang itu pun nawaitu dan matlamatnya. Errr... bukan? Mengharap redha? Ikhlas....??

Piiiiraaaaaaaaaaaaahh.
.

Quaacckkkk………

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA
- Mi Itik