ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

01 November 2009

Ada apa dengan Hikayat Musang Berjambang?

Ketika tersiar cerpen Hikayat Musang Berjambang pada 4 Oktober lalu di Mingguan Malaysia , ada kalangan rakan-rakan yang bertanyakan motif penyiaran cerpen itu. Ada banyak pertanyaan lagi dan dalam ruang terbatas ini tidak dapat saya tulis semua soalan itu, dan tidak dapat saya putarkan semua jawapan bagi setiap soalan.


Seorang pegawai DBP, kebetulannya kami pernah bersama ke Samarinda, Kalimantan Timur kerana mengikuti program Mastera anjuran DBP telah berkata lewat sms…

"Ia adalah sebuah cerpen parodi…" katanya. Untuk mendapat penjelasan lebih lanjut, lalu saya terus ke pejabat beliau.

Kata beliau, (setakat yang saya faham) karya parodi, adalah cedukan daripada karya lain, dan kemudian kita menokok-tambah dengan beberapa adegan, dialog, watak baru untuk diberi nafas baru. Wallahu'alam

Mungkin saya tersasar ketika menerangkan maksud parodi. Maklum saya hanya menulis cerpen dan tidak terasuh dalam bidang teori dan kritikan sastera. Saya tidak tahu apakah istilah-istilah yang kerap digunakan dalam bidang-bidang kajian kusasteraan ini.

Adaptasi Musang Berjanggut

Memang benar. Sesiapa yang membaca cerpen itu mungkin dapat menangkap pengertian yang sama, iaitu karya tersebut diangkat daripada filem Musang Berjanggut.

"Sebenarnya memang ada naskhah manuskrip Musang Berjanggut. Jadi, P. Ramlee ambil sedikit babaknya dan membuat tokok-tambah di dalamnya.

"Kemudian, saudara mengangkat semula karya filem Musang Berjanggut itu lalu saudara tambah sikit dengan babak yang saudara rekacipta sendiri," rakan saya menambah.

Selepas memungut pendapat, cadangan, meneliti syor dan komen beliau itu, maka petang itu saya berkesempatan pula ke pejabat Utusan Melayu di Jln. Lima , Chan Sow Lin.

Saya bertemu semula editor ruangan sastera di Mingguan Malaysia lalu beliau memberi tips-tips untuk memudahkan idea-idea yang disifatkan berbau kritikal dan radikal supaya dapat menyelinap masuk ke ruang, medan sastera arus perdana.

"Kena ada sedikit unsur komedi dan perlu ambil latar kisah-kisah lama, latar-latar purba. Macam ada sebuah drama yang diarahkan U Wei. Dia kritik sistem kehakiman.

" Ada latar sebuah kampong kecil, seorang penduduk dari kampung luar datang singgah minum-minum di kedai kopi itu. Tiba-tiba ada sedikit salah faham berlaku lalu dia diadili oleh beberapa penduduk kampung di situ," kata beliau.

Kata Ku Seman lagi, ketika 'hakim-hakim' dan 'juri-juri' datang dari kampung yang sama, dan yang tertuduh itu seorang saja datang dari kampung berlainan, jadi yang tertuduh itu tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

"Akhirnya, dia terus dihukum dan sudah tentu kalah," jelas pengarang ruangan sastera itu lagi sambil mengulas cerpen Maharaja Beruk dan Piem oleh Yahaya Ismail dan Shahnon Ahmad yang menyebabkan kedua-dua editor Dewan Sastera yang tersingkir.

Tambahnya, cerpen-cerpen itu masih boleh dipertahankan dan tidak sepatutnya semata-mata cerpen tersebut, editor yang meluluskan cerpen itu dikenakan tindakan sebegitu.

Sebagai pendatang baru yang masih banyak lompang kelemahan di sana-sini, saya masih setia mendengar dan menadah sekawah hikmah, mendulang 'wahyu', 'firman', juga petua-petua yang boleh diamalkan sebagai azimat.

Penjelasan mengenai Musang Berjambang

Kepada rakan-rakan yang bertanya sebelum ini, maka di sini saya perturunkan beberapa penjelasan. Sama ada terbit kekurangan daripada jawapan itu dan ada kelemahannya atau tidak menjawab soalan dengan tepat, maka saya dahului dengan ucapan maaf.

Saya menjawab ini dalam keadaan saya tidak mengetahui bahawa di sana , memang sudah ada manuskrip Musang Berjanggut yang termasuk dalam kategori Jenaka Rakyat sebagai yang disebut oleh sahabat saya di DBP tadi.

Jadi, saya tak tahu, mana satu babak-babak yang ditokok-tambah oleh P. Ramle dan mana satu adegan yang benar-benar asli daripada Musang Berjanggut edisi manuskrip itu.

Dengan jujur saya mengakui bahawa saya ingatkan memang hal itu direka oleh P Ramlee dan saya pun menceduk beberapa adegan bulat-bulat dari filem itu lalu menambah babak-babak baru bersama dialog-dialog yang saya reka sendiri.

Jadi, saya tidak pasti, adakah kisah Menteri Nikah Kahwin diperangkap masuk ke dalam peti itu benar-benar jalan cerita manuskrip Musang Berjanggut atau memang hal itu telah direka oleh sosok seniman agung berkenaan.

Saya tinggalkan dulu hal itu sehinggalah berjaya menatap senaskhah Musang Berjanggut pada masa-masa yang akan datang, insya Allah Ta'ala.

Setelah meneliti filem, saya selalu memikir sesuatu. Selain penyampaian mesej mengenai perbezaan antara perempuan dengan betina (termasuk juga lelaki dengan jantan), rasanya, seniman agung itu cuba menyampaikan mesej kepada watak-watak agama juga.

Hujah-hujahnya

Antara hujah-hujah yang ketara jelas dalam hal itu ialah, Menteri Nikah Kahwin adalah menteri yang diperangkap masuk ke dalam peti itu. Yang lain, semuanya selamat.

Kedua, babak Menteri Nikah Kahwin terkhayal, tersepak batu sehingga memeluk patung 'orang-orang' di sawah bendang itu ditumpukan begitu lama, jelas sekali kalau dibanding menteri-menteri yang lain termasuk baginda sultan.

Juga, menteri yang paling awal sampai ke rumah Puspawangi apabila ketiadaan suaminya menjelang Maghrib adalah Menteri Nikah Kahwin.

Dan akhirnya, yang paling jelas serta menarik perhatian saya ialah, ketika menteri mabuk ingin bermesra dengan Puspawangi, setiap patah bicara dialog Menteri Nikah Kahwin itu yang dipersembahkan dalam bentuk paling jelas berbanding menteri dan sultan.

Puspawangi bertanya kepada Menteri Nikah Kahwin, "Apa hukum kalau seseorang lelaki memasuki rumah seorang perempuan ketika ketiadaan suaminya?"

Lalu, dijawab menteri tersebut, "Oh! Itu salah besar…"

Puspawangi bertanya lagi, menduga menteri itu, "Jadi, kanda pun salah jugalah."

Menteri kaget. Menyedari kesilapannya itu lalu dia bersuara. Dan dalam menjawab itulah menteri itu menyebutkan suatu tindakan yang biasa dilakukan orang-orang yang berkuasa pada setiap masa, tempat dan keadaan.

"Eh! Salah jugalah. Tetapi, jangan risau. Dalam negeri ini undang-undangnya kanda yang pegang. Semua kesalahan itu boleh padam."

Pada zaman sekarang ini, telah pun banyak laporan rasuah, kes tertunggak dengan ribuan alasan. Yang paling melucukan, borang laporan telah hilang. Hilang atau dihilangkan, hal itu boleh dilanjutkan perbahasannya.

Dan, oleh sebab itu juga Menteri Agama atau Menteri Nikah Kahwin mendapat hukuman yang jauh lebih berat, setimpal dengan kedudukannya yang sepatutnya memelihara Islam, tapi beliau lebih kurang sama, malah dialah yang terawal membuat kejahatan.

Sesiapa pun yang mengarang manuskrip Musang Berjanggut itu jika benar jalan ceritanya sedemikian, ternyata dia bijaksana serta bergeliga orangnya. Saya kini mencari, menelaah dan membedah lagi tinggalan warisan pemikiran nenek-moyang kita yang baik itu.

Semua ini patut diperkembangkan sebagai bahan renungan dan iktibar yang berpanjangan dalam meniti arus kehidupan, khasnya buat mereka yang bergelar pemerintah yang sering bergelut merebut kerusi dan takhta pemerintahan.

Sekolah Pemikiran Kg Baru

No comments:

Post a Comment