ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

09 November 2009

Buaya makan cicak, SPRM makan ikan bilis saja

SPRM (dulu BPR) dari dulu dan terutamanya sejak kebelakangan ini nampaknya sedang menjalankan kerja ‘kotor’ yang sama, semua mereka yang ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah hanyalah merupakan ‘ikan kecil’ dengan nilai rasuah yang amat kecil.

Secara peribadi, penulis percaya memang semua bentuk rasuah wajib dibenteras tidak kira kecil atau besar. ‘Duit kopi’ yang sering diminta polis ditepi jalan itu juga merupakan jenayah rasuah dan wajib dibenteras. Tetapi, tindakan terhadap rasuah besar pula perlu diutamakan kerana kesan buruknya terbukti adalah lebih besar berbanding rasuah ‘duit kopi’. Misalnya, rasuah bersaiz RM2 juta dalam projek membina jambatan gantung sudah tentu adalah lebih merbahaya berbanding kes penyelewengan melibatkan RM2 ribu dalam aktiviti pembelian bendera kecil.

800857118_indon

Penunjuk perasaan menunjukkan patung ‘buaya memakan cicak’ ketika aksi di Jakarta hari ini, sebagai simbol menentang tindakan Komissi Pencegahan Korupsi yang hanya menangkap pelaku rasuah kecil. — Reuters pic


Kita akan terpaksa bergantung dan berharap agar persepsi rakyat secara umum akan terus mempertikaikan kewibawaan SPRM dan kesungguhan kerajaan dalam memerangi jenayah rasuah jika dengan jelas kerajaan hanya berminat melakukan pendakwaan terhadap kes-kes kecil semata seperti kes membeli bendera sedangkan begitu banyak kes-kes besar dilepaskan begitu saja.

Di Indonesia, sepanjang pemerintahan diktator arwah Haji Soeharto kegiatan rasuah yang telah membarah adalah punca utama menyebabkan negara itu hampir muflis dan kehilangan daya kuasa ekonomi ketika dihujung zaman pemerintahannya. Rakyat biasa yang terpaksa menanggung kesusahan dan melarat akibat kemorosotan ekonomi yang terdedah kepada krisis kewangan global ketika itu itu telah bangun menentangnya kerana isu rasuah.

Pada zaman perintahannya, dikatakan apa saja urusan perniagaan memerlukan para peniaga terpaksa meninggikan harga pasaran keluaran mereka akibat menanggung kos berlipat kali ganda memandangkan hampir semua perkara perlukan suapan atau ‘pungli’ (pungutan liar, menurut bahasa pasar mereka).

Sebagai contoh, seorang pengimport susu tepung untuk pasaran tempatan akan perlu membayar rasuah bukan saja bagi mendapatkan kebenaran mengimport dari kementerian bertanggungjawab, malah untuk membawa keluar barang-barangnya dari pelabuhan pun beliau wajib menyediakan sejumlah bayaran kepada para pemungut ‘pungli’ yang berada di “bebarapa peringkat” pintu sebelum dapat keluar dari pelabuhan.

Beberapa peringkat yang penulis maksudkan adalah kerana secara ‘literal’ memang kegiatan ‘pungli’ di sana melibatkan semua peringkat dan pangkat para penguatkuasa dari pelbagai agensi seperti imegresen, kastam, polis, tentera dan lain-lain. Agensi-agensi ini mendirikan beberapa pondok kutipan di sepanjang jalan keluar dari pelabuhan. Selain itu, terdapat juga begitu banyak lagi para pemungut ‘pungli’ yang memang liar dan sering berkeliaran di luar pondok agensi-agensi ini. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa minuman bersusu seperti ‘teh tarik’ di Malaysia sukar ditemuai dijual di Indonesia kerana harga barangan tenusu memang terlalu mahal di sana.

Sekitar pengamatan penulis ketika berada di Indonesia pada sekitar tahun 2003, amalan pungli memang masih berleluasa dan dilakukan secara terang-terangan walaupun dikhabarkan pemerintah pasca arwah Haji Soeharto pada ketika itu memang bersungguh-sungguh melaksanakan program membenteras kegiatan rasuah. Hanya pada sekitar tahun 2005, penulis diberitakan oleh teman-teman di sana bahawa kegiatan rasuah terbuka ini sudah semakin berkurangan, namun penulis percaya kegiatan rasuah kecil-kecilan umpama ‘pungli’ memang mudah untuk dibenteras dan dibendung berbanding rasuah besar melibatkan para penguasa dipuncak kuasa kerana ‘ikan bilis’ atau ‘cicak’ tentu saja tidak berupaya mengelak tindakan dan dakwaan. Sedangkan ‘jerung ‘ atau ‘buaya’ merupakan para penguasa yang sering rakus menggunakan kuasa di tangan akan mudah melepaskan diri walaupun pada hakikatnya rasuah yang mereka lakukan dengan melibatkan jumlah besar sudah pasti memberi kesan jauh lebih buruk terhadap sesebuah negara samada dari segi ekonomi, ketelusan pentadbiran dan sebagainya.

Selain rasuah atau korupsi, negara jiran kita itu memang pernah teruk dilanda masalah krisis kepercayaan rakyat terhadap pemerintah berhubung kes-kes Kolusi dan nepotisme (KKN sebagai singkatan kepada Korupsi, Kolusi dan Nepotisme) akibat pemerintahan kuku besi arwah Haji Soeharto selama lebih 30 tahun itu. Hanya melalui keberanian massa rakyat Indonesia yang bangkit menuntut perubahan dalam bentuk ‘reformasi’ pada ketika itu dengan turun ke jalanraya yang dapat meneyelamatkan keadaan dan menamatkan cengkaman ganas pemerintahan yang masih tetap mahu mengekalkan ’status quo’, termasuklah amalan KKN yang menjadi tulangbelakang asas kekuatan kuasanya selama ini.

Kesan gerakan reformasi 1998 di Indonesia terhadap pemikiran politik rakyatnya adalah dalam bentuk kesedaran menentang amalan KKN sehingga saat ini adalah bukti kejayaan besar gerakan. Gambar tunjuk perasaan seperti dia atas adalah lumrah akibat kekuatan sejati rakyat Indonesia perolehi dari Reformasi 1998. Melalui gambar ini juga penulis berjaya melihat legasi atau peninggalan dalam bentuk kesedaran yang berjaya ditanamkan oleh para reformis pada tahun 1998 terhadap rakyat Indonesia. Sebab itulah kesedaran rakyat tentang KKN tetap saja masih lagi menjadi perhatian rakyat walaupun setelah bapa KKN itu telah berjaya digulingkan pada tahun 1998.

Ketika isu KKN di Indonesia telah berjaya menumbangkan kekuasaan tirani pada tahun 1998, sejarah perjuangan awal Reformasi di Malaysia pula menunjukkan kebangkitan rakyat ketika itu juga telah mengangkat tema dan slogan serupa namun dalam bentuk tempatan yang lebih dikenali sebagai Rasuah, Kronisma dan Nepotisma. Pada masa yang sama, Malaysia memang sedang bergelut menghadapi masalah kemerosotan ekonomi serupa yang sedang dihadapi oleh Indonesia. Seperti Indonesia, sistem ekonomi Malaysia dikatakan terdedah kepada kemerosotan teruk akibat krisis kewangan antarabangsa kerana faktor amalan rasuah, kronisma dan nepotisma yang berleluasa. Haji Soeharto bernasib lebih malang berbanding Mahathir kerana rakyat Indonesia yang sebelum ini telah diperintahnya melalui muncung senjata telah lebih awal menyusun gerakan penentangan yang tersusun dan mereka berjaya menggulingkannya.

Biasanya, persoalan rasuah orang-orang besar sudah tentu tidak dapat dipisahkan dengan kuasa politik atau hubungan kekeluargaan. Adalah mudah untuk membenteras rasuah jika sipelaku tidak ada hubungan dengan orang yang berkuasa atau tiada talian kekeluargaan dengan mana-mana orang berkuasa. Tindakan si perasuah berlindung atau mengelak dari dikenakan tindakan dengan menggunakan kuasa politik dan hubungan keluarga ini dinamakan sebagai Kronisma dan Nepotisma. Kronisma dan Nepotisma adalah dua unsur yang menyebabkan rasuah sukar dibenteras secara menyeluruh.

Kerana itulah para reformis di Indonesia telah berkempen menentang ketiga-tiga penyakit itu secara serentak pada tahun 1998. Maka, jika benar kerajaan Malaysia di bawah SPRM serius membenteras amalan rasuah di negara ini, amalan kronisma dan nepotisma juga perlu dibenteras secara serius dan serentak.

Walaupun, gelombang Reformasi 1998 di Malaysia dikatakan sebagai lebih bersifat spontan dan kebangkitan spontan itu dipercayai adalah salah satu punca yang mengakibatkan kegagalan membina gerakan massa rakyat dalam bentuk lebih tersusun kerana kebangkitan dan penentangan itu tidak terhasil dari ‘kesedaran tulin’ rakyat terhadap isu-isu politik (sebagaimana Reformasi di Indonesia), namun tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan membawa kesedaran dan penentangan terhadap isu rasuah, kronisma dan nepotisma ke khalayak umum merupakan kejayaan besar para reformis. Akibat kejayaan rakyat mendengar dan memahami laungan para reformis di jalanraya tentang isu panas ini, mendorong Mahathir dan kuncu-kuncunya terpaksa melakukan apa saja dalam usaha mereka menepis tanggapan dan tuduhan bahawa pemerintahannya tercemar dengan najis rasuah, kronisma dan nepotisma.

Akhbar harian dan media di bawah cengkaman pemerintah terpaksa digunakan secara terang-terangan memainkan propaganda menunjukkan bahawa Mahathir dan juak-juaknya adalah suci dan bersih. Sebaliknya, media yang sama pula terpaksa diperkudakan untuk menelanjangkan Anwar Ibrahim melalui pendedahan senarai panjang mengandungi nama-nama yang didakwa sebagai kroni bekas timbalan Mahathir yang pada ketika itu merengkuk dalam penjara. Lucunya, disebalik usaha Mahathir menepis tuduhan kronisma dan nepotisma, pada masa yang sama rakyat telah berjaya memperolehi maklumat (melalui media alternatif, Internet, demonstrasi, CD, kaset, ceramah dan lain-lain) bahawa salah seorang anak Mahathir telah diberikan sejumlah wang yang besar dalam bentuk ‘bailout’ bagi menyelamatkan perniagaannya.

Sekitar waktu itu, Mahathir sebagai perdana menteri telah berusaha dan berjaya mempengeruhi ‘persepsi’ serta penerimaan rakyat umum terhadap isu kronisma melalui alasan (’justification’) dangkalnya bahawa “kronisma tidak salah” kerana kononya “semua rakyat juga adalah kroni kerajaan”. Malangnya, alasan dangkal Mahathir untuk menghalalkan amalan kronisma ini tidak pernah berjaya dipatahkan dan disanggah orang lain.

Pengamatan menunjukkan bahawa seperti di Indonesia, Thailand, Philippine atau negara dunia ketiga yang lain Malaysia juga sebenarnya sedang mengalami kesan teruk setiap kali krisis ekonomi antarabangsa kerana pemerintah gagal membenteras penyakit rasuah, kronisma, dan nepotisma.

Maksudnya, sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia ini tidak hanya wajib diselamatkan dari kesan buruk akibat amalan rasuah semata-mata sebagaimana dipropagandakan kerajaan melalui media massa, tetapi mengabaikan isu kronisma dan nepotisme.

Pengalaman selama lebih 50 tahun pemerintahan Barisan Nasional di Malaysia, pemimpin mereka telah memperolehi keuntungandan dan kekayaan melalui penyelewengan serta amalan rasuah dengan cara memanipulasi kebocoran dan kelemahan polisi kerajaan terutamanya dalam perlaksanaan projek-projek kerajaan melalui pemberian tender secara tertutup dan tidak telus. Rahsiah umum menunjukkan bahawa pemimpin politik Barisan Nasional bermatian-matian mempertahankan sistem pemberian kontrak secara tertutup ini, dipercayai bagi memudahkan pembahagian projek kepada kroni dan malahan keluarga juga.

Kenapa pemimpin-pemimpin UMNO sering berselindung di bawah slogan ‘ketuanan Melayu’ dan ‘Hak Istimewa Melayu’ dan ‘Dasar Ekonomi Baru’ untuk menghalalkan tindakan mereka mempertahankan sistem tender secara tertutup? Sedangkan hanya segelintir orang di sekeliling pemimpin-pemimpin ini yang akan mendapat kontrak-kontrak tersebut. Orang Melayu biasa tidak akan pernah berpeluang dianugerahkan kontrak yang diberikan secara sorok-sorok ini.

Jawapan secara lojik mudah, kerana pemimpin tersebut di atas hanya berusaha sedaya upaya memperkayakan para penyokong atau kroninya supaya dia akan kekal mendapat sokongan. Slogan-slogan yang mereka laungkan itu hanyalah umpama penutup mangkuk jamban bagi menutup kebusukan niat keji mereka menipu orang Melayu supaya terus mengundi UMNO.

Dari sudut pandangan massa rakyat selama ini, secara umumnya percaya bahawa pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional memang tidak akan pernah mahu berhasrat membenteras amalan rasuah, kronisma dan nepotisma secara seruis kerana seperti arwah Haji Soeharto mana mungkin mereka mahu menghapuskan amalan yang selama ini menjadi asas kekuatan kuasa mereka. Maksudnya, jika amalan rasuah, kronisma dan nepotisma dihapuskan sudah tentu mereka tidak lagi mampu mengagihkan kontrak secara senyap-senyap kepada para penyokong dan akibatnya para kontraktor tidak akan mengundi mereka lagi.

Umum di Malaysia juga beranggapan bahawa lagi besar jawatan seorang pemimpin parti memerintah seperti UMNO, maka lebih besar peluang dan tentulah lebih besar jumlah rasuah yang diperlukan untuk kesinambungan sokongan politiknya. Misalnya, untuk memastikan Najib memenangi undi sebagai presiden dalam pemilihan UMNO, beliau pasti akan memberikan jumlah yang lebih besar kepada setiap perwakilan berbanding jumlah pemberian yang diperlukan oleh seorang ahli biasa bertanding merebut jawatan ketua bahagian.

Seperti parti Golkar di bawah Haji Soeharto, sistem rasuah, kronisma dan nepotisma di dalam UMNO sendiri memang diakui secara terbuka oleh pemimpinnya dan adalah amat mustahil untuk dibersihkan. Kecuali, jika rakyat membuat keputusan memberikan pengajaran dengan menjatuhkan UMNO sebagaimana Golkar diajar oleh rakyat Indonesia. Ternyata, setelah digulingkan dan apabila berkuasa semula Golkar dikatakan telah berubah ke arah lebih baik sedikit.

Rakyat Malaysia secara umumnya juga memang maklum bahawa terdapat isteri-isteri pemimpin utama negara yang terlibat dalam urusan perniagaan yang melibatkan penganugerahan kontrak secara sorok-sorok. Umpamanya, sering menjadi buah mulut perbualan rakyat tentang Rosmah Mansur yang dikatakan memperolehi kontrak besar sejak ketika Najib masih berada di Kementerian Pertahanan lagi. Rakyat juga pasti tidak dapat dihalang dari membayangkan dan berspekulasi tentang berapakah pula jumlah kommission yang dikutip isteri perdana menteri ini bagi setiap kontrak besar kerajaan. Benar atau tidak, tapi persepsi masyarakat umum di mana-mana terhadap ‘penemu kotak anak raja’ ini tetap saja menyamakan peranannya dengan Khairy Jamaluddin ketika bapa mentuanya berkuasa.

Pemimpin-pemimpin perasuah ini pasti saja merasa selamat kerana mereka tahu mereka memiliki kuasa dan pada mereka rakyat tidak penting. Kerana itu pemimpin-pemimpin ini sangat berani menyeleweng kerana percaya rakyat tidak penting kerana tidak mempunyai kuasa menghalang kerja jahat mereka. Apa susah? Semua maklumat boleh dirahsiakan di bawah OSA dan lain-lain. Lebih menguntungkan dan memudahkan kerja pemerintah menyorokkan rahsia adalah sikap rakyat Malaysia masih mempercayai dan mudah ditipu dengan helah penubuhan jawatankuasa demi jawatankuasa bagi menyiasat sesuatu kes rasuah besar. Padahal, jawatankuasa ini semua hanyalah kilauan cahaya bertujuan mengaburi mata rakyat semata.

Secara lojiknya, kekaburan mata akibat kilauan cahaya tidak akan kekal lama kesannya. Semoga setelah kekaburan mata itu hilang, rakyat Malaysia akan dapat menyedari bahawa mereka telah ditipu lagi.

Sebagaimana kes ‘buaya dan cicak’ di Indonesia, kes ‘ikan bilis’ dalam pendakwaan terpilih yang dijalankan kerajaan Barisan Nasional kebelakangan ini sudah pasti akan menyebabkan golongan ‘buaya’ dan ‘jerung’ besar di Malaysia akan terus mampu tersenyum dan berasa lega. Mereka senyum lebar tentu saja kerana mereka telah terselamat dan akan masih mampu terus bermaharajalela dan mengganas kerana SPRM selamanya hanya berani bertindak terhadap ikan-ikan kecil. Melainkan seluruh rakyat negara ini juga berjaya memahami dan mahu melakukan sesuatu bagi memperbetulkan masalah kepincangan SPRM dan semua agensi kerajaan ini sebagaimana kawan-kawan kita di Jakarta memahami dan melakukannya dengan bangkit mendesak SPRM supaya jangan takut turut mendakwa semua kes-kes besar seperti kes penyelewengan PKFZ, V. K. Linggam, pembelian kapal selam dan banyak lagi.

Jika pemerintah UMNO dan Barisan Nasional selama lebih 50 tahun, telah dan masih saja terus gagal atau tidak ada kemahuan menunjukkan kesungguhan dan keupayaannya membenteras rasuah, kronisma dan nepotisma secara menyeluruh di Malaysia, kini sampai masanya untuk semua pihak seperti orgnisasi masyarakat sivil (sivil society organisations) dan parti politik massa yang prihatin menggembeling tenaga untuk mendidik rakyat tentang isu dan kesan buruk rasuah supaya apabila ‘putaran ekonomi merudum’ (Economic Cycle Recession) datang lagi nanti, rakyat akan mahu dan mampu bangkit bersama menumbangkan Najib, Rosmah dan kuncu-kuncunya sebagaimana arwah Haji Soeharto diajar rakyatnya akibat kes KKN dihujung pemerintahannya.


perakexpress

No comments:

Post a Comment