ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

11 November 2009

Inilah dia pemimpin PAS sebenar.

Sewaktu berkhidmat di Harakah lama dahulu, saya kerap juga bertemu dengan almarhum Datuk Fadzil Noor. Sikapnya yang bersahaja, tidak terlalu berprotokol memudahkan urusan ramai orang. Datuk Fadzil pergi mengadap Allah SWT lebih lapan tahun dabulu, dalam keadaan ahli-ahli PAS dan umat Islam masih mendambakan khidmat baktinya. Saya tidak akan dapat melupakan, pada tahun 2000 saat saya menjadi perwakilan ke Muktamar PAS di Taman Melewar, gaya dan cara Ucapan Penangguhan Presiden oleh Datuk Fadzil amat mengesankan. Saat itu, beliau menasihati pimpinan muslimat agar lebih rasional dalam berfikir dan bertindak. Uslub nasihat Datuk Fadzil kala itu saya rasakan lebih kepada seorang ayah menasihati anaknya. Sejuk dan menyamankan jiwa. Tidak menyakitkan telinga dan hati. Begitulah kelebihan beliau yang sempat saya rasa.

Anda tahu, ramai orang menganggap Datuk Fadzil sebagai perintis dalam menyatukan saff parti-parti opposisi pelbagai ideologi di Malaysia. Sewaktu beliau mengunjungi DSAI selepas dipecat oleh DrM, ramai pemimpin dan ahli PAS marah-marah. Rupa-rupanya, ia tindakan bijaksana yang membawa rahmat kepada PAS. PAS dilihat satu-satunya parti yang mendahului dalam usaha membela keadilan apabila ada orang yang kena zalim – hatta yang dizalimi itu adalah musuh politiknya satu waktu dahulu. Akhirnya, rakyat Malaysia yang selama ini mempunyai PERSEPSI HITAM kepada PAS berubah 180 darjah. PAS bukanlah ekstrimis; tetapi fundementalis Islam yang praktis.

Itulah kebijaksanaan Datuk Fadzil Noor.

Saya masih ingat, di dalam satu tulisan oleh Sdr Hanipa Maidin, peguam yang terkenal dalam PAS (dan tahniah kerana Hanipa lebih terbuka mendepani teguran demi kebaikan PAS berbanding segelintir pemimpin PAS yang lain), Hanipa ada menceritakan betapa hemahnya Datuk Fadzil Noor saat menjawab atau menangkis serangan soalan yang memerangkap beliau atau lebih tepatnya kepada PAS yang bernuansakan Islam.

Hanipa menceritakan, semasa beliau menjadi penterjemah kepada satu sesi wawancara antara Datuk Fadzil bersama wartawan Austria, wartawan itu bertanya apa akan jadi kepada Pusat Perjudian di Genting jika PAS berkuasa? Ini memang soalan perangkap. Jika segelintir pemimpin PAS hari ini yang diuar-uarkan bermasalah, yang kononnya terlalu ISLAMIK hingga semua nak DIRAMPAS dan DIHARAMKAN, maka pastilah jawapannya: KAMI AKAN TUTUP PUSAT PERJUDIAN ITU! KAN JUDI ITU HARAM DI SISI ISLAM!!

Tetapi, Hanipa menyatakan, jawapan Datuk Fadzil adalah seperti ini: “Bagi kita ( PAS ) ada isu yang lebih besar dari isu yang kamu bangkitkan tersebut. Bagi kita ( PAS ) isu tentang penyalahgunaan kuasa, isu rasuah , isu pencabulan hak asasi dan isu pencabulan sistem demokrasi dalam negara ini adalah isu-isu besar yang rakyat mahukan kita ( PAS ) membuat perubahan jika kita ditakdirkan mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional.”

Nah! Saya sokong 100% apabila Hanipa menyatakan, dia begitu kagum dengan uslub dan jawapan Datuk Fadzil Noor. Jawapan itu bukanlah seperti mana yang diharapkan oleh wartawan Barat yang memang skeptical dengan Islam dan bukan juga seperti jangkaan ramai orang. Tetapi jawapan itu padat dan sarat dengan intipati perjuangan PAS yang akan dilaksanakan jika sudah menguasai politik Malaysia. Secara tidak langsung, Datuk Fadzil mencerminkan jiwa besar PAS dalam wawasan politiknya; tidak hanya tahu mengHARAMkan sahaja! Namun, beliau sedikit pun tidak menafikan bahawa judi itu haram, cuma seperti kata ramai orang, itulah dia politikus Islam, bijak mendepani keadaan, tidak gopoh, tidak suka mencari popularity dan publisiti murahan dan lebih utama, sedar atas implikasi ucapannya. Bukankah nabi ada menyatakan: “Berkatalah kamu kepada manusia di depan kamu mengikut kapasiti minda dan kadar penerimaan diri mereka.” Datuk Fadzil sedar siapa di hadapannya dan ada perangkap sudah dipasang, lalu dia bijak menyusun bicara.

Sebaliknya, ada segelintir pemimpin PAS hari ini sudah tidak mewarisi kebijaksanaan ini. Mereka ghairah dengan kekuasaan yang didapati tiba-tiba. Mereka merasakan, semuanya kena dilaksanakan SEGERA. Tutup itu tutup ini. Haram itu haram ini. Larang itu larang ini. Akibatnya, ia mendatangkan gambaran buruk kepada PAS dan lebih teruk kepada Islam yang PAS lagang selama ini. Orang bukan Islam yang sudah mulai tertarik kepada PAS, tiba-tiba merasakan PAS sudah menghampiri garis ekstrimis. Iyalah, tiba-tiba sahaja ada pemimpin PAS yang bertindak di luar jangkaan, menegah itu menegah ini, mengharamkan itu mengharamkan ini. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Mereka melihat, keanjalan PAS selama ini sudah kian menghilang diganti dengan kekerasan dan kebekuan. Bagi saya, kebebalan sebenarnya, maaflah…kasar bahasa ini!

Walhal, Datuk Fadzil Noor begitu hebat memberikan citra baharu kepada imej PAS. Begitu juga, TGNA juga bersungguh-sungguh memberikan wajah yang indah kepada PAS. Hampir 20 tahun mentadbir Kelantan, tak ada sekali pun kita dengar orang bukan Islam di sana mengeluh tentang tindakan PAS yang menyakitkan mereka. Hatta orang Hindu pun sanggup menyarung T-Shirt berwajah Tok Guru. Begitulah, mereka menyanjungi PAS dengan cara mereka sendiri. Sayangnya, kerana sikap segelintir pemimpin PAS, semuanya sudah pudar. Semuanya mulai hilang diganti dengan gambaran negatif dan momokan halus yang penuh pra-sangka. Dan inilah akhirnya melahirkan PERSEPSI negatif yang merugikan PAS.

Cadangan saya, semua pemimpin PAS kena duduk kembali dan buat semakan semula (muhasabah dan koresksi diri). Upayakan suatu penjernihan fikrah agar PAS kembali di atas landasan yang betul. “Islam untuk semua” hanya akan tinggal slogan penuh retorika jika ia tidak diisi dengan tindakan yang menyokongnya. Benar kata Sdr Hanipa, Nabi Muhammad saw sendiri enggan membunuh Abdullah bin Ubay si kepala munafik, kerana enggan ditohmah: “Muhammad sendiri membunuh sahabatnya…”, maka soalan saya…gawat sangatkah keadaan hari ini sehingga perlu semuanya DILAKSANAKAN segera tanpa mengambil kira wake’ atau maslahah semasa? Jika Nabi SAW sendiri mampu bersabar…kenapa tidak kita? Hmmm…Hanya mereka yang berkenaan dan membaca tulisan ini sahaja, ada dan tahu jawapannya.

Wallahua’lam!


Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

No comments:

Post a Comment