ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

04 November 2009

ramai lagi ulama boleh ditangkap

Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin semasa mengadakan ceramah di sebuah rumah rakannya adalah tindakan yang tidak wajar bahkan sekaligus menggambarkan kelemahan integriti pihak terbabit pada pandangan mata masyarakat umum.


Ia diakui bekas Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Muhammad Daud Iraqi, yang memungkinkan terdapat motif lain yang tidak diketahui umum di sebalik penangkapan tokoh agama itu.

Dr Asri adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis pada 2006 hingga 2008 dan merupakan pemegang ijazah doktor falsafah (PhD) dalam jurusan Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Al-Quran And Sunnah Studies).

Di samping itu beliau yang memiliki ijazah hadith dengan lima ijazah sanad menerusi ulama India ditangkap malam kelmarin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Hulu Klang kerana dikatakan menyampaikan kuliah tanpa tauliah selain didakwa mengamalkan fahaman Wahabi kepada pengikutnya.

Muhammad sesekali tidak faham dengan sistem jabatan agama yang mempersoalkan pasal tauliah sedangkan Asri sendiri mempunyai PhD di dalam bidang berkenaan. Malah menurutnya dalam kontek dakwah Islam mewajibkan seseorang itu menyampaikan dakwahnya walaupun hanya sepotong ayat yang diketahui.

“Kalau begini caranya saya rasa lebih ramai lagi ulama dan penceramah yang JAIS boleh tangkap selepas ini,” katanya

Ketika ditanya mengenai ajaran Wahabi, Muhammad berkata, ajaran tersebut tidak salah untuk diamalkan sambil meminta orang yang mendakwa ajaran tersebut adalah salah agar berhujah dahulu apa yang dimaksudkan dengan ajaran tersebut, sebaliknya jangan cepat melatah kerana ia boleh menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

Dalam satu perkembangan lain (berhubung perkara berkenaan) Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, dilapor meminta JAIS segera memberikan penjelasan mengenai penahanan Asri kerana tindakan itu akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam lebih-lebih lagi bekas mufti itu diketahui tidak pernah terlibat dengan mana-mana parti politik.

Tindakan terbabit telah secara tidak langsung mengundang persepsi tidak senang di kalangan umum terhadap imej ataupun kredibiliti jabatan berkenaan.

Apatah lagi jika melihat plot penahanan Asri itu berlaku dalam suasana tegang dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang, membayangkan situasinya tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di rumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.

No comments:

Post a Comment